Macam-macam idea dalam kepala hotak aku ni untuk rumah baru kitorang. Sebelum ni dah settle pasang lantai vinyl secara DIY. Lepas tu timbul idea nak buat katil dari kayu pallet.
Aku decide nak DIY jer katil kayu pallet sebab bila aku buat research, ramai yang sharing tak susah pun nak buat katil dari kayu pallet. Susun-susun jer dah siap… Hurmmm… Betul ke senang jer? Haa nak citer la ni…
Aku start survey cari idea untuk DIY katil pallet. Banyak jugak idea yang aku dapat, kos bergantung kepada design yang kita buat. Kalau design pakai banyak pallet, mahal la harganya.
Lepas aku survey, rupanya ada ada banyak jenis kayu pallet dan harganya pun pelbagai. Ni senarai harga kayu pallet yang aku dapat.
- Pallet Getah : RM15/ RM25
- Pallet Pine : RM30
- Pallet Epal : RM40
- Pallet Adik Epal : RM35
- Pallet Stick : RM35
- Pallet Plywood : RM40 (besar), RM25 (kecil)
- Pallet Plastik : RM50
- Pallet Keping : RM15
- Pallet Lerai : RM2.50 (sekaki)
Harga yang diberikan ni untuk 1 block kayu. Kualiti pallet paling cantik adalah jenis pallet Epal.
Tapi sebab aku nak jimat, aku ambik jenis Adik Epal. Tapi aku tak puas hati dengan kualiti kayu ni. Agak kasar dan kena buat finishing sendiri untuk lebih puas hati. Huhuhu…
Untuk beli kayu pallet, korang boleh try search kat facebook atau mudah.com. Ada banyak orang yang jual. Aku tak nak rekemen seller yang aku beli ni sebab kualiti kayu yang aku dapat tak seperti yang aku harapkan. Lepas tu kos penghantaran dia mahal. RM190 kos penghantaran walhal dalam KL jugak. Grrrr….
Dia kata kayu pallet yang dibekalkan semua dah diketam cantik tapi bila dapat kat aku tak diketam pun. 1 hal pulak aku kena beli mesin sander untuk licinkan kayu. Cisss…
Dengan bantuan sahabat aku Angah Judin, akhirnya kitorang berjaya siapkan 3 set katil dalam masa 2 hari. Mula-mula licinkan kayu dengan mesin sander, lepas tu pasang skru dan akhir sekali bungkus bahagian bawah dengan karpet supaya nampak lebih kemas. Hasilnya seperti kat bawah ni.
Ni katil di master bedroom, menggunakan 10 keping kayu pallet. Kos untuk katil ni adalah RM350.
Ni katil bilik kedua, menggunakan 6 keping pallet. Kos untuk katil ni adalah RM210.
Ni katil bilik ketiga. Aku beli set single ni dengan harga RM175. Jenis kayu campur-campur. Ada pallet playwood, ada pallet adik epal. Sebab aku ada extra pallet yang sepatutnya aku letak kat katil master bedroom, so aku buat sebagai tangga kat hujung katil single ni. Hehehe…
Permukaan katil yang nak letak tilam tu seeloknya alas dengan sesuatu sebab takut merosakkan tilam kalau direct dengan kayu. Sebab tu aku wrap dengan karpet nipis tu. Karpet tu aku beli dengan harga RM10/m2 kat Nilai 3.
Tips nak berjimat bila DIY katil pallet ni, beli kayu pallet yang lebih murah untuk bahagian dasar, cuma kepala katil jer korang beli kayu yang lebih elok kualitinya.
Nak kata mudah untuk buat katil DIY ni tak jugak sebab aku bukan jenis pandai bab-bab bertukang ni. Mujur ada member yang mahir dan ada peralatan yang lengkap. Tapi kalau korang ada peralatan yang lengkap dan pandai bertukang, mungkin mudah la kot.
dunlie says
nice
Pqah says
If untuk frame bed single sahaja berapa bajet