Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kita boleh dapatkan makanan FREE dengan Applikasi OhFreeFood.

April 4, 2019 by Admin 6 Comments

Spread the love

Aku mulanya agak pelik dengan idea ni sebab nak berkongsi rezeki tapi menggunakan aplikasi di smart phone. Ada ke asnaf atau gelandangan yang menggunakan smart phone untuk dapatkan makanan free dengan applikasi Oh!FreeFood ni.

Rupanya fahaman aku salah. Oh!FreeFood bukannya applikasi pemberian makanan percuma kepada golongan tertentu tapi ia merupakan applikasi untuk berkongsi rezeki tanpa mengira mana-mana golongan atau status.

Tapi golongan yang lebih memerlukan seperti gelandangan dan asnaf juga turut dapat manfaat dari applikasi ni sebab ada juga sukarelawan yang menggunakan applikasi ni untuk dapatkan sumber makanan dan agihkan kepada golongan asnaf dan gelandangan.

Aku baru jer cuba sendiri applikasi Oh!FreeFood ni. Sajer try beli extra nasi ayam kunyit yang ada jual kat pasar tani depan office aku ni dan aku hebahkan kat facebook supaya rakan-rakan aku alert tentang aplikasi ni dan diorang boleh request untuk dapatkan secara percuma.

Ada la beberapa orang yang request. So far pengalaman aku menggunakan apps ni ok jer. Bila orang request aku dapat notification. Aku dah set kan lokasi untuk meet up dan bagi makanan tu. Dalam apps tu jugak kita boleh chat dengan orang yang request tu. Senang la nak berkomunikasi.

Sebenarnya tujuan applikasi Oh!FreeFood ni dibangunkan bukan sekadar nak membudayakan berkongsi rezeki tapi nak mengelakkan pembaziran makanan jugak. Contohnya peniaga, lepas diorang berniaga kat pasar malam dan masih ada jualan yang tak habis tu, diorang boleh gunakan apps ni untuk bagi makanan secara percuma kepada pengguna apps. Dari dia membazir buang macam tu jer, baik die bagi secara percuma dan secara tak langsung mempromosikan produk jualan die jugak. Mana tau nanti orang yang dapat free tu akan jadi regular customer dia pulak.

Korang pernah tak beli makanan kat pasar malam sampai penuh tangan pastu bila balik rumah ada yang tak termakan pun sebab dah kenyang. Lepas tu simpan dalam peti, esoknya buang. Aku selalu macam ni wehhh… Huhuhu… So, lepas ni boleh la share makanan yang tak terusik tu untuk diberikan secara percuma. Jangan buang. Tapi kena make sure makanan yang kita kongsi tu bukan lah sisa makanan tau. Makanan yang belum berusik dan masih baru.

Itu baru pembaziran yang berskala kecik jer. Just imagine hotel-hotel yang setiap hari ada lebihan makanan yang dimasak dan dibuang begitu jer. Aduhhh… Membazirnya. Kalau diorang menggunakan applikasi ni, ramai yang boleh dapat manfaat. Ni dah nak masuk bulan puasa ni, lagi banyak makanan yang dibazirkan oleh pihak hotel dan restoran.

Tadi member aku ada tanya dalam group pasal susu dugro anak dia. Dulu dia beli banyak masa harga promosi. Lepas tu anak dia sekarang ni dah stop minum susu. Ada beberapa paket susu yang belum dibuka pun. Haaa masa ni la nak gunakan applikasi Oh!FreeFood ni.

InsyaAllah, aku akan share beberapa balang kuih bangkit cheese yang aku jual kat dalam Oh!FreeFood sebagai salah satu cara aku nak bagi tester sambil bersedekah. Nanti cepat-cepat request kat dalam apps okeh…

Cakap banyak takmo, apakata korang download sekarang applikasi Oh!FreeFood. Ni dah dekat bulan puasa, lagi ramai yang akan berkongsi rezeki kat dalam tu.

FB : ohfreefoodofficial
IG : @ohfreefoodofficial
Website : www.ohfreefood.com


Filed Under: Advertorial, Food, Info, Technology Tagged With: makanan percuma, pembaziran makanan

« Filem Animasi Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal penuh aksi tapi agak berat untuk difahami.
Cerita Hari Sukan Tadika Krista. Pengalaman Pertama Azif Bersukan. »

Comments

  1. Nina Mirza says

    April 4, 2019 at 1:47 pm

    Setuju . bagus Apps OhFreeFood ni
    Kita bukan aje boleh memberi malah boleh yang menerima. Nina pun dah download dan user .

    Reply
  2. SalinaJohari says

    April 4, 2019 at 1:48 pm

    Berkongsi rezeki adalah lebih baik..inisiatif terbaik apps ohfreefood !!

    Reply
  3. Papa Amyzal says

    April 4, 2019 at 2:05 pm

    Bagus ada apps macam ni. Memberi manfaat kepada orang lain

    Reply
  4. Radhia says

    April 10, 2019 at 12:46 pm

    terbaik apps ni..dapat tambah pahala dengan memberi kepada yang memerlukan.

    Reply
  5. ruggedmom says

    April 10, 2019 at 2:36 pm

    Bagusnya… geliga otak orang yang cipta apps ni, semoga berterusan pahala.

    Reply
    • Sofia says

      May 3, 2020 at 11:29 pm

      Slam

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative