Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Aku kagum dengan semangat Akiff. Bulan puasa pun training badminton.

May 26, 2019 by Admin 2 Comments

Spread the love

Alhamdulillah… Makin nampak perkembangan positif dalam sesi latihan badminton Akiff. Dulu masa mula-mula aku hantar Akiff jalani latihan badminton, Akiff takde langsung menunjukkan minat dalam sukan badminton.

1st day dia join training session, masa tu la 1st time dia pegang racket. Pukul pun langsung tak kena. Lama jugak nak dapatkan timing dia untuk dapat pukul shuttle cock.

https://www.facebook.com/lan.careno/videos/10210163532059324/
Akiff selepas sebulan training.
https://www.facebook.com/lan.careno/videos/10212651292651784/
Akiff selepas 11 bulan training.

Sekarang dah ok dah. Dia makin bersemangat dan minat dia dalam badminton pun makin menebal. Bayangkan bulan puasa pun dia jalani training badminton macam biasa walaupun dia puasa.

Mulanya aku cakap takyah puasa la hari training tu. Alaaa dia baru darjah 2 kowt… Aku tak paksa sangat pun. Tapi Akiff cakap dia nak puasa jugak.

So, ok laa… Masa 1st day training bulan puasa, aku siap bawak bekal air untuk dia. Mana tau masa training dia tak larat. Tapi sampai habis training dia ok jer. Perghhhh… Kagum wehhh…

Aku yang dok menunggu die kat dewan pun terasa perit tekak sebab dewan panas..

Dah balik rumah ingatkan terus terbaring. Huh takde maknanya. Terus ke padang main dengan kengkawan dia. Lain macam tenaga budak-budak kan…

Cuma semalam ja dia nangis masa training. Masa tu aku balik rumah kjap. Sampai dewan tengok dia tengah nangis tapi still training. Aku tanya coach kenapa dengan Akiff. Coach kata dia pun tak tau sebab tanya tak jawab.

Pastu aku panggil Akiff dan tanya kenapa.. Dia kata penat sangat. Alahai siannya. Terus aku suruh dia stop training. Cukup la sejam setengah jer training semalam.

Akiff memang gitu, kalau dia tak larat pun dia akan paksa diri dia sampai nangis. Tapi bukan nangis yang meraung tu, dia jenis nangis tak dengar suara. Keluar air mata pastu teresak-esak gitu jer.

Coach pun dah tau dia macam tu sebab masa umur 6 tahun dia selalu jugak nangis masa training. Tapi tetap jugak join training macam orang lain. Dulu coach tinggi suara pun nangis. Sekarang dah kental, cuma semalam jer.

Korang yang nak try hantar anak training badminton boleh hantar kat tempat Akiff ni. Sesi latihan diadakan di Pro One Badminton Centre, Cheras. Boleh waze Taman Tun Perak. Bersebelahan Bandar Tun Hussien Onn.

Kelab ni namanya HSBA Badminton Academy. Coach adalah ex national player Indonesia. Sebelum jadi coach kat kelab ni, dia dah ada pengalaman jadi coach di kelab-kelab lain yang lebih besar. Sekarang ni ada ramai player state under coach Hendro.

Kalau berminat korang boleh contact nombor dalam poster kat atas ni.

Loading

Filed Under: Akiff, Parenting, Sport, Uncategorized Tagged With: Badminton, Badminton kanak-kanak

« Surya S Great Grain Minuman Untuk Kesihatan
Resepi Mudah Kek Batik Red Velvet kegemaran kitorang sekeluarga »

Comments

  1. Sheila Adziz says

    May 26, 2019 at 7:11 pm

    Allhamdulillah… kuat semangatnya walaupun berpuasa… All the best akiff

    Reply
  2. zainuddin says

    December 18, 2019 at 11:44 am

    salam… nk tanya time n hari ape training??

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative