Bulan puasa adalah bulan yang penuh rahmat. Boleh dikatakan bulan puasa ni lah lubuk untuk menimba sebanyak mungkin pahala sebab segala kebaikan dan amalan yang kita buat akan digandakan pahalanya.
Dalam bulan Ramadhan ni jugak banyak badan korporat menganjurkan program kebajikan sambil menghulurkan bantuan dan meraikan golongan yang kurang bernasib baik. Antaranya adalah McDonald’s Malaysia yang setiap tahun menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim sambil sambil memberikan sumbangan dan duit raya.
Tahun lepas aku berpeluang bawak anak-anak aku hadir majlis iftar bersama anak-anak yatim anjuran McDonald’s Malaysia di Masjid Kampung Raja Uda, Klang. Tahun ni aku berpeluang berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran McDonald’s Malaysia tapi kali ni di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju.

Seramai 500 orang anak-anak yatim dari 10 buah rumah kebajikan terpilih telah hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Antara rumah kebajikan yang hadir adalah Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Perlindungan Nur Qaseh, Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak, Titian Kasih, Pusat Jagaan Kasih Murni, Darul Fikir, Baitul Hasanah, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha, Rumah Penyayang Darul Ilmi dan Baitul Ehsan.

Setiap rumah kebajikan ni akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dari RMHC dan anak-anak yatim dari rumah kebajikan tersebut pula menerima duit raya.
Alahai comel sangat bila tengok bebudak ni. Dalam masa sama sebak juga bila terbayangkan andai salah seorang dari mereka adalah anak-anak aku sendiri. Huhuhu…

Sebab tu dalam Islam cukup besar pahala bagi mereka yang meraikan dan menggembirakan anak-anak yatim. Bila semua orang mengambil berat dan peduli tentang keperluan anak-anak yatim, sekurang-kurangnya anak-anak ni tak terabai dan dapat menumpang kasih sayang masyarakat.
Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Dalam majlis berbuka puasa baru-baru ni, Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri turut hadir dan memberikan tazkirah kepada semua tetamu yang hadir.

Selepas tu ada majlis penyampaian sumbangan kepada wakil rumah kebajikan dan seterusnya berbuka puasa bersama-sama, solat maghrib, tarawikh dan moreh.
Menu buka puasa pun best, selain makanan masakan melayu ofcoz ada juga menu dari McDonald’s.
Tahniah McDonald’s Malaysia, RMHC dan PPZ-MAIWP sebab menganjurkan program berbuka puasa yang betul-betul meraikan anak-anak yatim sebagai VIP. Bebudak ni takyah beratur ambik makanan, tapi makanan dihidangkan terus kepada 500 anak yatim yang hadir.

Tahu tak korang yang McDonald’s Malaysia adalah antara pembayar zakat perniagaan terbesar di PPZ-MAIWP.
Sepanjang bulan Ramadhan ni, McDonald’s Malaysia ada buat pelbagai aktiviti kebajikan bersama masyarakat antaranya adalah tajaan moreh di surau-surau dan masjid. Bukan tu jer malah tajaan moreh diperluaskan sehingga ke institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.
McDonald’s Malaysia merupakan antara syarikat besar yang sangat konsisten dalam melaksanakan aktiviti kebajikan sepanjang tahun.
Contohnya diorang juga ada buat aktiviti kemasyarakatan setempat dan sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik. Contohnya sebelum ni aku sendiri pernah hadir program kayuhan di Perlis yang mendekati penduduk di pedalaman untuk menyampaikan bantuan sumbangan.
Selain tu, kalau musim kembali ke sekolah memang banyak sangat bantuan diberikan kepada masyarakat untuk meringankan beban persediaan ke sekolah.
Baru-baru ni sempena sambutan Hari Guru, McDonald’s Malaysia telah memberikan Anugerah Guru Inspirasi kepada guru terpilih sebagai pengiktirafan kepada guru-guru yang telah melaksanakan tugas lebih dari sebagai pendidik malah memberikan impak positif kepada pelajar dan komuniti.
Bulan Oktober setiap tahun pula akan ada banyak aktiviti kemasyarakatan yang difokuskan kepada kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak Malaysia.
Terima kasih McDonald’s sebab sentiasa menganjurkan program kebajikan bersama masyarakat. Harapnya ada banyak lagi syarikat korporat yang terinspirasi dengan kesungguhan McDonald’s Malaysia dalam melaksanakan kerja-kerja amal.
#McDIndahnyaRamadan #McDonaldsMalaysia
Leave a Reply