Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Resepi Mudah Kek Batik Red Velvet kegemaran kitorang sekeluarga

May 27, 2019 by Admin 2 Comments

Spread the love

Bulan puasa ni aku jarang beli kuih muih untuk berbuka. Akiff dengan Azif bukan jenis yang suka makan kuih. Tapi kalau kek diorang memang suka. Hari tu aku try cari resepi kek batik red velvet dan jumpa 1 resepi mudah. Esoknya terus cari bahan dan buat.

Loyang aku ni besar sikit. Itu yg kek batik jadi nipis.

Menjadi wehhh… Sedap giler! Hahaha sorry terangkat bakul sendiri. Tapi betul sedap sebab Akiff setiap hari ulang makan time berbuka dengan sahur.

Cuma resepi yang aku dapat ni aku olah sikit ikut cara aku dan sukatan aku. Meh aku share resepi kek batik red velvet yang aku buat ni.

Aku buat kek batik ni dengan anak-anak sebab diorang menyebok nak tolong. Suruh dia patah-patahkan biskut dengan gaulkan jer…

Bahan-bahan

  • Biskut Marie – 1 bungkus (300gram)
  • Buttercup – 2 sudu besar
  • White Coklat – 300 gram
  • Susu cair – setengah tin
  • Susu pekat – 2 sudu besar
  • Serbuk Koko – 4 sudu besar
  • Garam – secubit
  • Esen Vanilla – 1 sudu teh
  • Pewarna merah – 1 sudu teh

Cara-cara

  • Campurkan susu cair, susu pekat, serbuk koko dan esen vanilla dan gaulkan hingga sebati.
  • Dengan menggunakan kaedah double boil, panaskan bancuhan tadi dan kemudian masukkan butter cup dan secubit garam. Kemudian kacau sehingga larut. Garam tu secubit kecik jer tau.
  • Masukkan coklat putih dan kacau sehingga larut.
  • Masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  • Gaulkan bancuhan coklat tersebut dengan biskut marie yang telah dipatah dua dan gaul sehingga sekata.
  • Oh yaaa… Bancuhan coklat tadi simpan sikit untuk tuang bahagian atas.
  • Tuang biskut marie yang dah disalut coklat tu ke dalam loyang dan padatkan.
  • Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Haaa itu jer.. Senang kan. Sebelum nak jamu orang, keluarkan dahulu kek batik dari peti sejuk setengah jam lebih awal dan kemudian potong.

Siapppp.. Senang kan.. Ok part paling susah adalah nak basuh balik semua peralatan yang dah digunakan tadi. Aku lemah betul part ni. Hahaha…

Aku terlebih serbuk koko. Itu yang warna merah dia tak menyerlah sangat.

Dulu aku selalu jer buat kek batik tapi dah lama tak buat. Resepi kek batik aku memang takde guna milo langsung. Aku suka guna serbuk koko sebab lagi lembut. Kalau guna milo nanti texture kek batik tu jadi chewy…

Haa raya ni plan nak buat kek batik laa… Sape nak rasa meh datang beraya kat rumah.. Hehehe…

Filed Under: Food, Personal Tagged With: kek batik red velvet, resepi kek batik red velvet

« Aku kagum dengan semangat Akiff. Bulan puasa pun training badminton.
Tips mudah. Sebulan dah cukup untuk kurus di bulan Ramadhan »

Comments

  1. Farah Waheda Wahid says

    May 30, 2019 at 3:54 pm

    menarik juga resipi ni…bolehlah cuba nanti…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative