Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Surya S Great Grain Minuman Untuk Kesihatan

May 24, 2019 by Admin 3 Comments

Spread the love

Bulan puasa ni sepatutnya bulan untuk kita kawal pemakanan. Sebab tu masa bulan puasa ni semua bersemangat konon nak diet untuk nampak kurus raya nanti.

Sebenarnya diet yang betul bukan untuk kurus semata-mata tapi untuk kesihatan tubuh badan. Bila kita mengamalkan diet yang betul, kesihatan kita dapat, kurus pun kita dapat.

Korang tahu tak yang nasi ialah sumber karbohidrat. Nasi hanya boleh buat kita kenyang untuk tempoh 3 atau 4 jam jer. Sumber makanan yang paling lama boleh buatkan kita bertahan dari lapar adalah makanan yang mempunyai serat yang tinggi.

Sebab tu Surya S Great Grain merupakan makanan yang paling sesuai untuk korang ambil ketika bersahur sebab ia mengandungi 18 jenis bijirin yang tinggi kandungan serat.

Antaranya ialah beras merah, beras perang, beras pulut, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rami, bijan hitam, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam dan benih chia.

Banyak betul campuran bahan-bahan yang digunakan, rasa pulak takde la pelik sangat. Macam minum oat jer. Tak manis dan tak tawar. Cuma texture dia agak ‘berpasir’. Mungkin sebab ada campuran beras kowt…

Kalau korang rasa tak boleh terima rasa dia, korang boleh kreatif sikit dengan tambah pisang ke, strawberry ke, milo ke yang boleh menambah rasa ikut selera tekak korang.

Yang membuat Surya S Great Grain ni istimewa sebab ia juga ada campuran 5 jenis makanan sunnah yang digalakkan untuk kita amalkan seharian iaitu habbatus sauda, ekstrak buah zaitun, buah delima, buah tin dan juga madu.

Surya S Great Grain sangat mudah disediakan, hanya koyak satu sachet dan campurkan dengan secawan air suam dan gaulkan. Walaupun warnanya pink tapi bukan bermaksud untuk wanita jer tau. Lelaki pun elok amalkan minum bijirin ni.

Korang jangan salah faham tau, Surya S Great Grain bukan sejenis suppliment tapi ia merupakan minuman untuk kesihatan dimana mengandungi nutrien yang komprehensif yang mengandungi protein, vitamin dan kaya dengan serat. Ia juga bertindak sebagai antioksidan dan mampu mengimbangi paras glukosa dalam darah.

Kalau bab HALAL tak perlu risau sebab Surya S Great Grain telah mendapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM. Nak tahu banyak lagi info berkenaan produk ni boleh layari Facebook Surya Malaysia dan Instagram @Surya.Malaysia

Loading

Filed Under: Advertorial, Food, Kesihatan, Review Tagged With: makanan serat tinggi, S Great Grain

« McDonald’s Malaysia Raikan 500 Anak Yatim Dalam Majlis Iftar Istimewa
Aku kagum dengan semangat Akiff. Bulan puasa pun training badminton. »

Comments

  1. Perdu Cinta says

    May 24, 2019 at 9:05 am

    Kombinasi bahan-bahan yang superb..boleh terjah ni..

    Reply
  2. sueizza says

    May 26, 2019 at 6:55 am

    Alhamdulillah boleh telan lagi yang ni agak sedap la

    Reply
  3. Dura Norell says

    May 28, 2019 at 1:26 pm

    Lepas habis ramadhan, boleh minum sbg menu diet lak ni. Hehe.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative