Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tips mudah. Sebulan dah cukup untuk kurus di bulan Ramadhan

May 29, 2019 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Bulan puasa dah nak sampai ke penghujung, korang dah kurus belum? Kekeke… Jangan tanya aku sebab aku tak tahu pun berapa berat aku sebelum puasa dengan selepas puasa. Tapi yang penting baju-baju aku yang dulu fit giler dah boleh ngam pakai. Hahaha…

Baru-baru ni masa kemas wardrobe baju kat rumah, ada beberapa helai jeans lama aku yang dah tak boleh pakai sebab sendat kat pinggang dengan paha. Mulanya ingatkan nak let go bagi anak-anak buah, tapi lepas aku try pakai rupanya ngam elok pulak. Muahaha… Excited wehhh.. Jimat! Takyah beli seluar baru raya kali ni.

Tips kurus aku simple jer… Elakkan pergi bazar ramadhan. Aku baru 3 kali pergi pasar ramadhan. Itu pun sebab teringin nak rasa kemeriahan situ.

Bila dah pergi memang penuh jari bawak balik makanan. Akiff dengan Azif la kejap nak itu, kjap nak ini. Tak beli kang kesian pulak lebih-lebih lagi si Akiff sebab dia kan puasa. Walhal bukan makan sangat pun.

Yang jadi tukang habiskan makanan adalah aku. Sebab tu aku cuba elakkan pergi pasar ramadhan. Bukan kedekut tapi tak nak membazir dan berlebih-lebih.

Tips kurus kedua aku pun simple jer. Time sahur aku makan ala kadar jer. Biasanya aku akan makan nasi sejemput jer untuk temankan si Akiff. Kang kalau aku tak makan, dia pun tak nak makan.

Lepas tu aku akan bancuh Surya S Great Grain. Korang boleh baca apa itu Surya S Great Grain yang aku dah tulis. Kebiasaan aku akan campur Surya S Great Grain dengan milo atau susu kambing coklat, nak bagi rasa tu ngam dengan tekak aku.

Kenapa aku suka minum mendalah ni time sahur? 1st sebab selera makan aku waktu awal pagi memang takde sangat. Sebab tu aku makan ala-ala jer. 2nd sebab Surya S Great Grain ni dah cukup memadai untuk aku bertahan sehingga berbuka. 3rd sebab senang nak bancuh, ambik 1 sachet dan gaulkan dengan air panas. Nak rasa seperti minuman kegemaran korang, tambah la apa yang korang suka macam milo ke, susu kambing ke atau ape-ape jer…

Bagusnya minuman ni sebab boleh buat tahan lapar, kandungannya tinggi protein dan serat serta mempunyai khasiat untuk mengurangkan dan mengawal kadar kolesterol dalam badan.

Selain kawal pemakanan dan mengambil minuman Surya S Great Grain, korang juga perlu amalkan gaya hidup aktif supaya badan cergas dan fit.

So, apa kata korang try produk Surya S Great Grain. Mana tau berhasil macam aku jugak. Nak tahu banyak lagi info berkenaan produk ni boleh layari Facebook Surya Malaysia dan Instagram @Surya.Malaysia

Filed Under: Beauty, Food, Info, Kesihatan, Produk, Review Tagged With: S Great Grain, tips kurus

« Resepi Mudah Kek Batik Red Velvet kegemaran kitorang sekeluarga
Sudah 4 Tahun kami pilih CVS Production sebagai Studio photoshoot raya. »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative