Umur Akiff tahun ni dah masuk 8 tahun. Kiranya ini tahun ke 2 Akiff betul-betul berpuasa. Tahun lepas pun dia dah start puasa penuh tapi ada jugak sehari dua yang tewas terutama bila hujung-hujung nak raya. Tahun ni Akiff kata nak puasa penuh. Kita tengok macam mana perginya nanti.
Bab puasa aku tak paksa sangat sebenarnya, ikut style mak aku dulu. Tak pernah pun paksa aku puasa tapi diri sendiri yang rasa nak berpuasa. Akiff pun macam tu jugak. Dia sendiri yang bersemangat nak puasa.
Aku memang dah pesan kat Miss Permaisuri yang ‘acara’ sahur adalah wajib kat rumah kitorang. Tak boleh skip sebab time sahur ni la nak makan untuk simpan tenaga dan cover lapar sepanjang hari. Alhamdulillah, jarang sangat berlaku Miss Permaisuri terlajak tido sampai terlepas sahur.
So far Akiff puasa ok jer. Takde nampak lemah atau merungut lapar dahaga. Time sahur pun die berselera jer makan. Malu la kalau korang yang dah besar ni asyik bagi alasan gastrik jer untuk ngelat puasa. Penyakit gastrik ni biasanya popular waktu bulan puasa.
Gastrik ni adalah rasa pedih di bahagian perut disebabkan dinding dalam perut terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan.
Antara punca berlakunya gastrik adalah kerana pemakanan yang tidak teratur. Sebab tu ada yang beri alasan kononnya kalau berpuasa nanti akan kena gastrik sebab jadual makan dah lari. Haiyooo… Tak baik wooo menipu.
Sebenarnya ada tips dan petua yang elok diamalkan sepanjang bulan puasa ni supaya kita tak diserang gastrik. Tips ni aku terjumpa di instagram Lazz Susu Kambing Official…
1. Melewatkan bersahur
Bersahurlah menjelang waktu imsak. Jangan terlalu awal bersahur. Ada juga yang buat perangai tengah malam makan banyak-banyak konon-konon bersahur sekali. Haaa salah tu. Sahur sebaiknya dihujung waktu imsak. Itu yang kitorang amalkan.
2. Bersederhana ketika berbuka
Korang tahu tak yang makan terlalu kenyang menyebabkan kita cepat terasa lapar sebenarnya. Ini juga adalah punca berlakunya gastrik. Bila kita terlalu kenyang, asid dalam perut akan merembes dengan lebih cepat dan menyebabkan rasa pedih.
3. Solat tarawikh
Solat tarawikh sebagai senaman. Tahu tak korang yang pergerakan kita ketika solat tarawikh sebenarnya membantu sistem penghadaman kita lebih baik. Sebaiknya elakkan tidur beberapa jam selepas makan.
4. Elakkan makanan berasid
Elakkan makanan berasid tinggi, berlemak, kafein dan bergas. Makanan ni semua akan menyebabkan perut terasa pedih dan berlakunya gastrik.
5. Makanan tinggi kandungan serat
Makanan yang berserat tinggi boleh membuatkan kita berasa kenyang untuk tempoh 7 – 8 jam. Nasi / karbohidrat ringkas hanya mampu memberikan kita rasa kenyang untuk tempoh 3 – 4 jam sahaja. Manakala protein mambantu kita kenyang sehingga 5 – 6 jam.
So dah tahu kan yang makan banyak pun tak membantu untuk mengelakkan gastrik. Yang penting apa yang kita makan ketika berbuka dan bersahur.
Sebab tu sebelum puasa aku dah beli stock susu kambing Lazz untuk minum dengan oat waktu bersahur. Oat kan mempunyai serat yang tinggi serta dapat mengurangkan kolesterol. Susu kambing pulak mempunyai pelbagai khasiat. Makan menu ringkas ni jer pun dah cukup untuk tahan lapar waktu berpuasa.
Lazz Susu Kambing
Pilihan susu kambing aku dan anak-anak adalah Lazz Susu Kambing. Lazz ada banyak pilihan dan aku piih Lazz Choco sebab bebudak kan suka coklat. Lagi pun Lazz Chocho ada campuran kurma yang kite tahu mempunyai khasiat yang sangat tinggi.
Sekarang ni senang jer nak dapatkan susu kambing Lazz sebab diorang dah ada delivery sampai depan pintu rumah. Waktu malam pun ada agent dia yang boleh hantarkan.
Korang boleh layari www.lazzdelivery.com
WEBSITE : www.lazzsusukambing.com
FACEBOOK :- LAZZ Susu Kambing
INSTAGRAM :- @lazzsusukambinghq
PerekaPerabot says
InshaAllah sy cuba amalkan minuman Susu kambing ini utk bulan Ramdhan & istiqomah meminumya setiap masa..maklumlah kerja sy sbg carpenter utk kabinet custom amat memerlukan tenaga & stamina yg tinggi..lgpun ini antara amalan sunnah