Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Keterujaan Adik Azif sambut birthday yang ke-4

June 12, 2019 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Kejap jer dak Azif ni dah masuk umur 4 tahun. Budak banyak mulut, cakap non stop. Ade jer benda yang nak dibualkan.. Kalau dia demam, sunyi rumah. Sekarang ni memang dia pegang tittle Baby Bos kat rumah.. Hahaha..

Azif excited gila bila sambut birthday walaupun dia sendiri tak faham birthday tu apa sebenarnya. Tapi yang dia tau, setiap orang ada birthday sendiri dan tiap kali birthday kena ada kek dan tiup lilin. Hahaha…

Mujur aku tak ajar dia tiap kali birthday kena tuntut hadiah. Sebab tu dia tak ambik kisah sangat bab hadiah, janji ada kek dan boleh tiup lilin.

Baru-baru ni aku buat sambutan birthday Azif masa hari raya pertama kat kampung. Save budget sebab tak yah order makan-makan dah sebab menu raya dah banyak. Tak yah jemput orang dah sebab adik beradik terdekat semua memang dah ada sekali.

Request dari Azif dia nak kek Upin Ipin. So, aku tempah kek Upin Ipin dari cousin aku punya kawan. Rupa memuaskan seperti yang aku mintak, tapi rasa tak seperti yang aku harap. Huhuhu…

Pejam mata jer la bab kek tu walaupun aku rasa tak berbaloi dengan harga. Janji Azif happy dapat kek Upin Ipin.

Tarikh yang sebetulnya birthday Azif adalah pada 11 Jun. Hari raya tu kitorang buat advance seminggu. So, masa 11 Jun aku beli kek kecik untuk celebrate kat rumah.

Masa ni Azif dah konfius sikit sebab birthday dia dua kali. Hahahha… Aku dah explain tapi ntah dia faham ke tak.

Abah doakan adik Azif membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Filed Under: Azif, Birthday, Family, Parenting, Personal Tagged With: Personal

« Akiff rasa tercabar bila aku puji tulisan kawan dia lebih cantik
FamilyMart bijak curi peluang disaat air bubble tea tengah viral »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative