Dah kenapa tiba-tiba air bubble tea trending kat media social ni? Yang peliknya boleh pulak muncul macam-macam brand. Tapi semuanya lebih kurang jer. Tapi ada sesuatu yang lain dari yang lain yang aku dah try iaitu Tea Amo.
Ramai yang sanggup beratur panjang semata-mata nak dapatkan bubble tea. Termasuklah aku. Kehkehkeh… Aku memang jenis suka try benda-benda viral ni.
Tapi biasa la, bila benda trending mesti ada isu lain yang keluar. Antaranya isu halal, katanya ada beberapa brand yang menggunakan bubble dari Taiwan dan bubble tu diragui status halalnya. Hohoho.. Isu ni agak sensitif dengan masyarakat Malaysia.
Tapi mujur ada cafe bubble tea milik orang melayu tempatan, Tea Amo di SS15 Subang Jaya. Sekurang-kurangnya takde la rasa was-was dengan isu halal tu sebabnya bubble dibuat sendiri kat situ.
Gigih aku dengan family ke sana semata-mata benda ni. Tak susah pun nak cari tempat ni, search jer dalam waze TeaAmo Subang Jaya. Walaupun orang kata kat SS15 ni adalah bubble tea street sebab bersepah-sepah kafe bubble tea ada kat situ tapi pilihan aku adalah Tea Amo.
Diringkaskan cerita, berbaloi aku pergi situ. Banyak pilihan bubble tea yang ada, aku pilih Hazelnut Milk Tea yang dicampur Taufa Brown Sugar Pearl.
Yang ni memang terbaek wehh. Sebab diorang campur tau fu fah selain bubble. Serius sedap.. Rasa teh dia memang ummph then rasa manis sedang-sedang jer..
Pastu bila sedut terasa tau fu fah dengan bubble sekali. Bila kunyah bubble tu terasa flavor gula perang tu. Perghhhh…
Miss Permaisuri pulak minum air Rose Milk Taufa Brown Sugar with Pearl. Yang ni lagi sedap sebab rasa dia unik yang kitorang tak pernah rasa lagi. Ni air yang wajib korang try. Tak manis sangat pun tau. Just nice…
Untuk Akiff aku order Mango Passion Milk yang ditambah mango boba. Sedapppp…. Bila kunyah bubble tu terasa flavor mango.
Akiff suka sangat air ni, dia suruh balik buat kat rumah. Hahaha…
Oh haaa… Lepas lepak minum-minum, jangan lupa try diorang. Hari tu aku try Pearl Milk Tea Ice Cream yang dengan harga RM3.80 jer… Memang sedap, rasa macam ais krim teh tarik…
Dalam ais krim ni ada letak bubble. Bebudak ni berebut-rebut nak bubble dalam ais krim tu.
Benda sedap macam ni bila berebut lagi la sedap kan. Hahaha… Dak Azif tu sampai dah naik duduk atas meja.
Konsep kat sini memang untuk santai dan borak. Takde makanan, hanya minuman dan ais krim jer. Kalau korang lapar, tak sesuai datang lepak sini. Suasana dalam cafe memang ngam jadi port melepak.
So, hajat nak minum air bubble tea dah tertunai. Malamnya aku repeat skali lagi sebab dok teringat nak try air milk tea tiramisu.
Rupanya malam ramai orang. Dah alang-alang sampai beratur jugak la demi tiramisu milk tea with bubble. Muahaha…
Korang yang nak try bubble tea boleh cuba di Tea Amo sebab kat sini air dia memang sedap. Tak manis dan tak muak. Jangan lupa try Taufa Brown Sugar Pearl okeh. Kat tempat lain takde, sini jer ade.
Sebagai rujukan, nak tengok pilihan menu yang ada. Sekali dengan harga ada kat situ. Harga memang berbaloi.
Instagram : TeaAmoMalaysia
Facebook : Tea Amo Malaysia
Leave a Reply