Jujur aku cakap yang idea nak buat photoshoot raya di studio ni hanya datang secara tiba-tiba jer. Dulu ingatkan nak shoot gambar studio ni mahal, rupanya murah jer.
CVS Production dah macam studio rasmi kitorang sejak tahun 2016. Antara sebab kenapa aku pilih studio ni sebab studionya luas dan selesa. Lebih-lebih lagi lokasi dia yang tak jauh dari rumah aku.
Lokasi CVS Studio terletak di Balakong iaitu tak jauh dari Aeon Cheras Selatan. Hasil gambar photoshoot boleh terus dapat selepas sesi photoshoot tapi korang kena bawak pendrive sendiri. Kemudian nanti pilih beberapa gambar untuk diorang edit.
Mengimbau balik masa tahun 2016, baju raya kami tema hijau. Masa tu si Azif baru umur setahun. Masa hari photoshoot tu la 1st time dia boleh berdiri sendiri tanpa berpaut. Hahaha.. Kemain nak tunjuk lagak depan camera.
Tahun 2017, tema baju raya kitorang warna mustard. Masa ni la tiba-tiba datang idea nak shoot possing yang sama dengan tahun sebelumnya sebagai trademark.
Tahun 2018, kitorang pilih warna merah senagai tema baju raya. Sekali imbas dah macam warna lampu trafik light la pulak. Hahaha..
Tahun 2019, adalah tahun ke-4 kami bergambar kat sini. Tema baju raya kami tahun ni adalah dark purple. Ni antara hasil gambar dari photoshoot raya hari tu.
CVS Production ada buat promosi photoshoot sambil beramal dengan setiap 10% hasil photoshoot raya akan disumbangkan ke Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah, Balakong.
Untuk tahun ni korang akan dapat sekeping gambar e-card dari CVS Production. Contohnya macam yang aku punya bawah ni.
Korang yang tercari-cari studio untuk photoshoot raya boleh WhatsApp ke 016-6664034 detail Nama, Pakej, Tarikh & Masa. Pakej photoshoot boleh tengok di Facebook CVS Production.
umminani says
yeayyy tekaan un berjaya..ada hadiah x…PURPLE
YB Shehan says
lawanya.. anakku xle dgn flash.. itu yg x pernah boleh nk studio bagai nih. sobs sobs