Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Innochef Touch alatan memasak moden pelbagai fungsi yang lengkap dengan resepi

June 30, 2019 by Admin 3 Comments

Spread the love

Siapa yang tak pandai memasak langsung macam aku?? Hehehe… Sekarang ni dah tak valid alasan tak pandai memasak sebab dengan perlatan dapur Innochef Touch ni, korang pun dah boleh memasak makanan kesukaan korang sendiri tanpa perlu call mak setiap kali nak masak. Hehehe..

Percaya tak yang peralatan memasak ni dihubungkan dengan WiFi dan mempunyai 7″ touch screen. Innochef Touch ni mempunyai pelbagai fungsi yang memudahkan kerja memasak. Malah mesin ni akan guide kite memasak step by step..

Datuk Dr. Chef Wan baru jer melancarkan produk ni untuk pasaran Malaysia dan dia sendiri kagum dengan kecanggihan peralatan ni yang dikatakan boleh menyebabkan chef susah cari makan. Hahaha…

Dengan Innochef Touch korang boleh sukat timbangan berat bahan yang nak digunakan, boleh memotong, mengisar, memarut, menguli, menggoreng, kukus dan banyak lagi. Ia menggabungkan 13 fungsi dalam 1 mesin. Hebat kann…

Ada lebih 100 pilihan resepi menu tempatan tersedia dalam mesin ni termasuk resepi dari Chef Wan sendiri. Kiranya korang tak perlu lagi bukak buku resepi atau cari resepi online. Kat mesin tu sendiri dah ada screen paparan dan kat situ korang boleh cari jer resepi apa yang korang nak masak. Nak masak rendang ke, ayam masak kicap ke, asam pedas ke, masak lemak ke… Semue ada. Dan resepi tu akan bertambah dari masa ke semasa.

Apa yang korang perlu buat, lepas dah pilih resepi untuk di masak, sediakan bahan seperti yang disenaraikan di screen Innochef Touch. Bila bahan dah sedia, korang boleh mulakan memasak dan ikut panduan dari screen. Bahan apa yang perlu dimasukkan dulu, berapa lama nak kena menggoreng atau menumis atau bahan apa yang kena kisar dulu. Semua akan di guide oleh mesin canggih ni. Korang just follow step by step.

Tempoh untuk memasak jadi sangat pantas. Bayangkan kalau biasanya korang nak buat kangkung goreng belacan nak kena keluarkan mesin blender dulu. Lepas blender bahan-bahan nak kena masukkan dalam kuali dan menumis pulak, lepas tu masukkan kangkung. Paling cepat pun mungkin 10 minit start dari nak blend bahan-bahan tu.

Tapi kalau dengan Innochef Touch ni mudah jer. Masukkan bahan-bahan dalam mesin tu, blend dalam 10 saat. Kemudian dia akan terus tumis selama 2 minit. Kemudian masukkan kangkung. Tak perlu nak gaul-gaul bagai. Mesin ni sendiri akan gaulkan. Dah siap dia akan berbunyi. Memang pantas sangat. Kurang 5 minit dah boleh siap. Demo masak kangkung goreng belacan ni aku sendiri tengok Datuk Chef Wan tunjukkan masa hari pelancaran tu.

Untuk korang yang sebelum ni selalu bagi alasan tak sempat atau tak pandai masak, dengan Innochef Touch ni alasan tu dah tak valid. Kena bagi alasan yang sebenar iaitu malas. Hahaha… Sebab kalau ko dah jenis pemalas, bagi la mesin canggih macam mana pun memang tak jalan.

Tapi dengan kecanggihan Innochef Touch ni mungkin rasa malas pun akan berkurang sebab korang mesti excited nak menggunakan alatan ni untuk memasak. Kerja jadi mudah, tak leceh dan tak perlukan perlatan yang banyak.

Ada banyak lagi kelebihan mesin ni, katakan korang ada resepi sendiri dan nak simpan dalam Innochef Touch. Yess korang boleh simpan dalam tu. Senang korang nak refer selepas ni malah semua pengguna Innochef Touch jugak dapat menggunakan resepi tu. Sebab itu resepi yang ada dalam tu semakin lama semakin bertambah.

Satu lagi yang aku kagum dengan mesin ni sebab setiap masakan kita akan dipaparkan kandungan nutrisi setiap hidangan. Berapa kandungan lemak, protein, kalori dan semua tu ada sebagai panduan untuk korang yang mengamalkan pemakanan sihat.

InnoChef Touch 引导式数码烹饪大量免费的中外美食食谱让您的厨艺瞬间千变万化!通过手机或平板电脑,就能 #随时随地 直接连接云端大量 #免费的中外美食食谱。在搜寻自己喜爱的食谱后,Touch…

Posted by Innochef Malaysia on Khamis, 23 Mei 2019

Ya Allah.. best giler kalau ada mesin ni seketul kat rumah. Nak balik kampung atau bercuti pun boleh usung bawak sekali sebab saiz mesin ni tak terlalu besar. Senang nak bawa kemana-mana ketika travel.

Katakan nak pergi bercuti ke Cameron Highland, bawak sekali mesin ni dan boleh masak kat homestay. Dah macam bawak 1 dapur sebab semuanya lengkap. Cuma perlu beli bahan jer. Nak masak nasi ke, lauk ke atau nak mengukus pun semua boleh dengan 1 mesin ni jer.

Ehh jangan ingat mesin ni untuk memasak jer. Nak buat kek atau cookies pun boleh. Innochef Touch boleh juga berfungsi sama seperti mixer cuma nak bakar kek tak boleh la dalam mesin ni, kena bakar dalam oven. Sebab tu Innochef Touch juga mengeluarkan produk oven yang comel ni.

Korang bila dah tahu pasal Innochef Touch ni mesti nak tahu berapa agakanya harga dia kan. Hehehe… Sama macam aku jugak la hari tu. Lepas tengok demo semua dah excited nak tahu harga.

Harga retail Innochef Touch di pasaran Malaysia adalah RM6,888. Harga ni dikira reasonable sebab teknologi yang digunakan dan keupayaan mesin ni yang mempunyai pelbagai fungsi. Tapi sekarang ni ada harga pengenalan iaitu RM5,888 dan banyak barangan percuma turut diberikan kalau korang buat pro order.

Untuk tempahan atau dan info boleh pergi tengok di Facebook Innochef Malaysia .

风靡欧洲的InnoChef Touch智能多功能烹饪料理机即将登陆大马!InnoChef Touch Intelligent Food Processor that hit Europe by storm is now in…

Posted by Innochef Malaysia on Khamis, 7 Mac 2019

Filed Under: Advertorial, Food, Produk, Review, Technology Tagged With: food, Produk

« Orang sanggup beratur panjang demi air yang tengah tular sekarang, Bubble Tea.
Kunci motor patah masa nak isi minyak. Terpaksa tukar 1 set terus. »

Comments

  1. Nina Mirza says

    July 1, 2019 at 12:40 pm

    Ya ampun… Sukanya nengok. Canggih giler!
    Cantik stylo lak tu. Memang superb laaaa, all in one. Terus jatuh cinta
    Tapi tu laaaaa kena menabung gamaknya nak beli ni. Ada yang sudi sponsor tak? Exited nak masak² share pengalaman dalam blog nanti. Hehee

    Reply
  2. Nadia Johari says

    July 1, 2019 at 8:33 pm

    kagum sangat bila tengok perlaatn memasak macam ni..aduhh..mak-mak boleh gila ye

    Reply
  3. Huda says

    July 1, 2019 at 11:07 pm

    canggih yer, teringin nak ada gadget macam ni kat rumah.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative