Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Akiff rasa tercabar bila aku puji tulisan kawan dia lebih cantik

June 11, 2019 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Dulu ada sekali Akiff terbawa balik buku latihan kawan sekelas dia. Bila aku compare tulisan Akiff dengan kawan dia, mak aihhh… Jauh beza sebab tulisan kawan dia cantik, tulisan Akiff macam budak tadika.

Mulanya ingatkan memang umur macam Akiff tu normal la tulisan cakar ayam sebab aku dulu pun sampai darjah berapa ntah tulisan buruk.. Wakaka…

Tulisan Akiff bulan Februari.

Masa tu aku cakap kat Akiff “tengok tulisan kawan ni, cantik jer… Nampak macam budak pandai. Tulisan abang Akiff macam budak tadika.”

Tanpa aku sedar Akiff terkesan dengan kata-kata aku tu. Start situ dia cuba perbaiki tulisan dia. Setiap bulan aku nampak perbezaan tulisan Akiff .

Tulisan Akiff bulan Mac.
Tulisan Akiff bulan April
Tulisan Akiff bulan Mei
Tulisan Akiff bulan Jun

Yang terkini aku bagi pujian menggunung kat dia lepas tengok tulisan dia.

“Waaa… cantiknya tulisan. Macam budak darjah 6 punya tulisan. Baru la nampak macam budak pandai. Tulisan macam ni nak baca pun best“..

Bertubi-tubi aku hamburkan pujian kat dia… Hahaha… Dak Akiff dah tak keruan la tersenyum-senyum happy.

Bebudak memang kena gitu, bila dia ada buat perubahan positif kita kena bagi pujian. Baru la diorang teruja dan happy.

Ni sajer aku simpan gambar tulisan dia kat blog supaya bila dia besar nanti dia boleh tengok balik.

Filed Under: Akiff, Parenting, Personal, Sekolah Tagged With: Akiff, tulisan

« Sanggup tunggu balik Kedah sebab nak singgah kedai emas murah Di Utara
Keterujaan Adik Azif sambut birthday yang ke-4 »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative