Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Sanggup tunggu balik Kedah sebab nak singgah kedai emas murah Di Utara

June 3, 2019 by Admin 4 Comments

Spread the love

Alhamdulillah.. Persediaan menyambut raya aku sekeluarga tahun ni boleh dikatakan semuanya mencukupi. Tak berlebihan dan tak mewah tapi memadai.

Dari segi persediaan kewangan untuk raya, aku ada buat extra job untuk cover segala keperluan raya. Harapkan duit gaji jer memang tak cukup la.

Baru-baru ni masa dalam perjalanan balik beraya di kampung aku kat Kedah, kitorang singgah kat Kedai Emas Hajjah Halijah di Sungai Petani. Orang kata kedai emas ni adalah yang termurah di Utara Semenanjung Malaysia.

Sampai jer kat Kedai Emas Hajjah Halijah, terkejut aku sebab dalam kedai sesak dengan orang. Perghhh kaya-kaya rupanya orang Sungai Petani. Yang si isteri semua muka berseri-seri pilih barang kemas. Suami-suami pulak muka bertabah jer. Hahaha.. Takde lah… Semua ceria jer.

Lepas setengah jam menunggu, akhirnya kitorang dilayan. Staff sangat peramah dan sangat membantu. Kitorang suruh ambik barang kemas itu ini untuk try pun tak rasa kekok sangat. Bagus jer layanan..

Miss Permaisuri plan nak tukarkan rantai leher dia dengan cincin dan rantai tangan. Mulanya kitorang mintak dia nilaikan dulu barang kemas Miss Permaisuri. Lepas dinilai termasuk harga susut nilai emas, rantai leher Miss Permaisuri tu kini harganya melebihi RM2.3k. Dulu masa kitorang beli harga dia dalam RM1.2k kalau tak silap.

Alhamdulillah… Boleh sangat kalau nak ambik cincin sebentuk dengan rantai tangan.

Awal-awal aku dah pesan, jangan ambik over budget melampau sangat walaupun tau kat sini emas murah. Setakat topup sikit-sikit ok lagi. Ni raya ni banyak duit nak pakai wooi…

Penyudahnya malas la nak citer kat sini. Sama ada kitorang jadi ke ambik atau ambik yang macam mana. Tak boleh nak reveal oi, bahaya.. Hehehe..

Cuma aku nak share, korang pasti akan puas hati dengan layanan staff sini dan harga yang ditawarkan Kedai Emas Hajjah Halijah jugak adalah sangat murah dan berpatutan.

Harga emas kan tiap hari berubah-ubah ikut harga pasaran. Masa kitorang pergi tu, harga pasaran bagi 1 gram emas 916 adalah RM193. Tapi harga kat kedai emas ni hanya RM167/gram.

Perghh… Patut la orang kata balik Kedah baru beli barang kemas kat sini sebab emas utara memang jauh murah dari harga pasaran.

Bersempena Aidilfitri ni, Kedai Emas Hajjah Halijah ada buat Promosi Mega Raya Boom dimana kalau korang beli barang kemas bernilai lebih RM5k, korang akan dapat emas edisi terhad seperti gambar bawah ni. Hohoho…

So, kalau rasa dah lama tak trade in barang kemas yang ada tu. Inilah masa yang sesuai sebab korang boleh tebus barang kemas lama dengan harga tinggi dan beli barang kemas baru dengan diskaun sehingga 50%.

Lokasi kedai emas ni berdekatan area jam besar Sungai Petani. Parking area depan kedai emas agak susah nak dapat tapi belakang bangunan ada banyak parking..

Selain di Sungai Petani, Kedai Emas Hajjah Halijah juga boleh didapati di 3 cawangan lain iaitu di Alor Setar, Jitra dan Kangar, Perlis.

Facebook : Kedai Emas Hajjah Halijah
Instagram : @kedaiemashajjahhakijahsdnbhd
Tel : 04-421 2499

Filed Under: Advertorial, Family, Produk Tagged With: Kedai emas murah, Kedai emas utara

« Sudah 4 Tahun kami pilih CVS Production sebagai Studio photoshoot raya.
Akiff rasa tercabar bila aku puji tulisan kawan dia lebih cantik »

Comments

  1. ummi nani says

    June 3, 2019 at 6:11 pm

    amboiii cincin dia berkilau sakan.

    Reply
  2. Shazillah Sani says

    June 3, 2019 at 8:48 pm

    Wahhh.. Cantik2nya.. Hihihi

    Reply
  3. Kinah says

    June 4, 2019 at 6:00 am

    Merelip mata ni tengok rantai dengan cincin tu. pattern dia pun cantik

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative