Sama ada korang perasan atau tak tapi sekarang ni tengah tranding dan viral air bubble tea. Sebenarnya air yang letak bubble ni dah lama wujud. Tapi ntah kenapa tiba-tiba boleh viral pulak…
Lepas tu kedai-kedai yang jual air macam ni wujud macam cendawan tumbuh lepas hujan… Macam-macam jenama tiba-tiba muncul dan orang sanggup beratur untuk dapatkan air ni.
Antara jenama yang tengah top sekarang ni adalah TeaLive, Chatime, Tiger Sugar, The Alley, Daboba dan banyak lagi. Yang aku biasa dengar TeaLive dengan Chatime jer.
Antara persamaan semua air ni adalah diorang menggunakan brown sugar dan tambah bubble. Tapi sekarang ni ada isu pulak pasal bubble yang digunakan tak halal.
Bab halal haram tu aku tak pasti sebab aku tak kaji dalam sangat. Yang pelik-pelik memang aku tak yakin dan tak cuba.
Tengah viral air mahal ni, tibe-tibe FamilyMart umumkan diorang ada keluarkan produk yang hampir sama iaitu Brown Sugar Bubble Milk tapi dengan harga hanya RM4.90. Yes murah giler kalau compare dengan brand lain yang tengah tranding tu.
Tengok jer harga murah, menggelupor la netizen pergi cari termasuk lah aku. Hahaha… Yang buatkan benda ni lagi viral sebab ianya limited. Ada dijual sehingga 25 Jun jer. Lepas tu mungkin takde lagi dah.
Tapi aku rasa ade jer selagi ada permintaan, cuma mungkin harga dah tak sama. Sekarang ni diorang buat harga murah sebab nak benda ni viral dan orang berebut-rebut nak try.
Termasuk lah aku yang gigih beratur semata-mata nak dapatkan air ni. Hampir setangah jam aku beratur kat FamilyMart tadi. Grrr… Sebenarnya antara faktor beratur panjang sebab diorang nak buat air ni slow giler. Bende senang jer tapi SOP diorang tu buatkan penyediaan air ni jadi lambat. Mungkin ini strategi marketing agaknya…
Lepas dah minum baru aku sedar “patut la harga dia RM4.90 jer”.. Huhuhu… Aku tak repeat dah kowt sebab rasanya biasa jer.
Diorang guna susu segar jenama FarmFresh kemudian campurkan bubble yang direndam dalam brown sugar. Itu jer…
Air ni bukan kata tak sedap cuma biasa jer. Nothing special. Kalau korang dah pernah minum susu FarmFresh korang tahu la kan sebab susu tu sendiri memang sedap pun. Lepas tu tambah jer brown sugar dengan bubble.
Bubble pulak biasa jer, bukan jenis yang pecah dalam mulut tu.
So, korang yang berniat nak beratur kat FamilyMart untuk beli air ni, aku nasihatkan baik tak yah. Tapi kalau tak perlu beratur, ok jer nak beli. Tak membazir pun…
JMR says
bijak Family mart..tapi aku baca ada yg cakap tak sedap.haha
Admin says
yg tak suka susu mmg akan ckp tak sedap.. tp ni air susu… takde tea langsung pun… tak boleh compare dgn jenama yg lain2 tu…
Mamatisya says
Sbb murah org beli tp lps 25jun ada lg cuma harga xsilap bc aritu rm6. 90 kot
Admin says
haa itu laa… rasanya ade jer lg tp mahal la…
Ai says
Nasib baik ai tak minum tea and tak makan bubble tu. Kalau tak mesti ai pun salah sorang yang beratur tu. Tapi teringin pula The Alley.
Admin says
ni takde kena mengena dgn Tea… takde langsung pun.. Just susu… Bubble pun biasa jer… Tak sesuai nak compare dgn yg lain2 sbb benda berbeza…
Sis Lin says
Kisahnya banyak nak kena cuba gak ni hahahahaha….
Pitammmm
Dorsett Pink says
25 jun jer?? perrgghh! kena pergi FamilyMart cepat ni.. kalau tak, tak dapat la nak minum air bubble tea family mart