Akhirnya berjaya jugak kami buat family day Geng Buddies Blogger. Bukan senang nak plan sebab masing-masing ada komitmen. Itu pun dari 9 orang geng buddies, dua orang tak dapat join.
Tapi terpaksa jugak proceed sebab nak tunggu semua on memang susah nak dapat date. Kitorang punya plan untuk buat family day ni dari tahun lepas lagi. Cuma lokasi dan masa jer belum ada.
So, kitorang on dulu dengan collection family day setiap bulan. Bila dah dapat tarikh dan tempat boleh terus proceed jer sebab duit collection dah ada.
Lokasi family day pilihan kitorang kali ni adalah di D’Muslim Gold Homestay yang terletak di Teluk Panglima Garang. Dari rumah aku kat Cheras hanya 45 minit dah sampai.
D’Muslim Gold Homestay mempunyai 7 bilik dan setiap bilik attach dengan shower room. Tapi 3 bilik jer yang ada toilet sekali. Yang lain hanya ada shower room jer. Yang lelain kalau nak memerut kena pergi toilet kat area pool. Situ ada 2 toilet.
Rumah ni ada 3 ruang tamu. Bapak besar ruang tamu dia. Bebudak seronok la berlari kejar-kejar dalam rumah.
Bapak besar giler kan ruang tamu die… puas la bebudak berlari-lari berkejaran dalam rumah…
Dapur pun serba lengkap. Pinggan mangkuk sudu garfu semua banyak. Periuk, kuali, sudip, periuk nasi semua ada. Pendek kata tak yah bawak apa-apa peralatan kalau nak memasak. Bawak bahan mentah jee.
The best part pasal homestay ni adalah pool area. Melompat keringan bebudak bila nampak kolam kat dalam rumah. Kolam siap ada slide lagi.
Lepas tu korang tak risau bebudak tergelincir ke ape sebab seluruh area kolam ni die letak rumput palsu. Kiranya situ play area. Boleh buat game kat situ. Yang tak nak mandi kolam boleh buat aktiviti lain macam main badminton ke… golf ke… bola ke…
Okeh itu jer aku nak citer pasal homestay ni. Details pasal homestay ni aku akan letak kat hujung entry. Now nak cerita pengalaman kitorang berfamily day.
Setiap keluarga kena sumbang RM300. Ada 7 keluarga semuanya dan total collection adalah RM2,100. Sewa homestay 1 malam adalah RM1,800. Baki lagi RM300 kitorang gunakan untuk beli bahan untuk masak.
RM50 untuk 3 ekor ayam BBQ termasuk bahan perapan. Yang ni si Dkna yang uruskan. Sebab dia sorang jer gigirl dalam team buddies, so tugasan ni dia la kena ambik.
Baki lagi RM250 untuk beli bahan masak yang lain. Menu kitorang simple jer. Ayam goreng crispy, nugget, sosej dan fries. Menu ni boleh goreng dan makan terus. Free flow sepanjang hari. Biasa la bila dan mandi kolam mesti kebulur, itu sebab kitorang sediakan menu macam ni. Simple jer kann..
Oh yaa.. Beras dkna sponsor. Dia bawak beras siam. Kitorang masak nasi, sardin dan goreng telur. Pastu nak makan dengan ayam crispy atau sosej pun boleh. Makan ramai-ramai memang on jer menu macam ni.
Selain tu, ade la jugak biskut dan roti. Air tak risau sebab ada penapis air coway. Nak air panas ke sejuk ke semua dah ada kat rumah tu. Tapi kitorang hari tu ada jugak buat air sarsi 1 tong. Ujang dah bawak ais dari rumah.
Bebudak dari mula sampai dah tak terjun kolam. Takpe, biarkan jer diorang bergumbira. Sambil makan boleh tengok anak-anak mandi kolam.
Kolam sini berbumbung, hujan pun takda hal. Tapi play area tepi kolam tu tak berbumbung. Kebetulan hari tu hujan, aku bagi peluang la anak-anak main hujan kat situ. Bukan selalu dapat peluang. Hahaha.. Memang suka sangat la diorang.
Selain makan dan main air, aktiviti kitorang hari tu adalah bergossip. Hahaha.. Kalau dah menyembang memang kejap jee masa berlalu. Dari siang sampai membawa ke malam kitorang punya gosip session.
Petang hari abah-abah keluar cari buah durian. Dapat la berebut makan durian sorang sikit. Hehehe…
Selesai makan durian, baru start hidupkan api untuk aktiviti BBQ. Abah-abah dok sebok BBQ kat luar, mak-mak sebok memasak kat dapur. Anak-anak dah start buat hal masing-masing time ni. Ada yang layan tv.. Ada yang main bayblade… Ada yang main kejar-kejar… Memang meriah…
Ikutkan bebudak tu, malam hari pun nak masuk kolam. Huh… Dah cukup tu.. Kang seharian berendam kowt ada yang demam pulak. Kitorang malam tu just lepak dan bergosip kat luar rumah.
Yang bestnya sebab semua pasangan boleh ngam sekepala dalam group kitorang ni. Itu yang borak sampai lupa anak-anak buat apa kat dalam rumah. Hahaha…
Hari kedua, program masih sama. Mandi kolam sepuasnya sebelum chekout. Pastu sempat jugak la buat game simple untuk bebudak.
Bab makanan, masih lagi menu yang sama cuma ada tambahan nasi goreng. Sedap oi makan nasi goreng dengan ayam goreng crispy.
Sebelum balik kitorang ada sesi tukar-tukar hadiah dan pemberian saguhati kepada semua anak-anak. Mainan kedai eco jer pun tapi dah cukup buat bebudak bertambah happy.
Program family day buddies blogger akhirnya bersurai jam 1 tengah hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar…
InsyaAllah next year akan ada lagi program macam ni. Korang yang tertanya-tanya pasal D’Muslim Gold Homestay ni boleh tengok detail kat bawah ni.
Facebook : D’Muslim Gold Homestay
Alamat : No.3 Desa Impian Jalan Tanjung Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor.
Tel : +6019-611 5953
Jangan lupa layan video yang aku share di Channel Abah Careno berkenaan family day kitorang. Mungkin dengan video akan bagi gambaran yang lebih jelas tentang homestay ni dan juga kemeriahan aktiviti kami.
Hafiz Rahim says
Kejamnya..gambar aku ada sikit je.