Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kunci motor patah masa nak isi minyak. Terpaksa tukar 1 set terus.

July 4, 2019 by Admin 5 Comments

Spread the love

Tak sampai sebulan kunci motor yang aku tukar dah patah. Alahai sakitnya hati. 3 minggu lepas baru jer tukar 1 set kunci motor sebab susah sangat nak jolok kunci dalam lubang kunci tu. Ni dah patah pulak dan kena tukar lagi sekali.. Haihhh…

Masa 1st tukar hari tu, pomen kata gigi dalam kunci tu rosak. Itu yang susah nak masukkan kunci. Kena tukar 1 set terus.

So, baru-baru ni masa aku nak isi minyak motor. Time nak bukak seat tu terus patah kunci motor aku. Hwaaaa… Kunci tertinggal kat dalam.

Sebelum masalah lebih melarat, aku tukar jer la ikut advise kedai motor tu. Harga 1 set kunci untuk motor jenis Honda Wave Dash adalah RM115 sekali upah pasang.

Alhamdulillah settle masalah kunci motor aku. Tapi lepas beberapa hari masalah yang sama berulang. Aku pergi balik kat kedai motor tu untuk report benda ni. Rupanya kunci motor aku bengkok, itu punca sebenar kenapa susah sangat nak jolok kunci masuk dalam lubang kunci tu. Ciss… Macam mana aku boleh tak perasan kunci motor aku bengkok.

Punca kunci bengkok sebab ketat sangat nak bukak seat untuk isi minyak. Tiap kali nak bukak seat mesti kunci akan bengkok.

So maksudnya sebelum ni pun mungkin sebab kunci motor aku bengkok la kot kan. Bukan sebab rosak… Lepas adjust balik bengkok tu, haa boleh jer masuk..

Dah 1 hal tak boleh isi minyak dan tak boleh start enjin motor. Nasib aku baik sebab ada kedai motor area berdekatan situ. Tapi sebab masa tu dah malam dan spare part pulak takde, terpaksa la aku simpan motor kat kedai motor tu dan balik naik grab.

Esoknya baru pergi ambik motor tu. Tapi kali ni aku dah cakap awal-awal suruh dia settle dulu masalah nak bukak seat tu.

Alhamdulillah… Dia dah repair masalah ketat nak bukak seat tu. Haa baru la kunci tak bengkok lagi. Kali ni kos tukar 1 set kunci RM90. Murah dari yang 1st hari tu. Huhuhu…

So korang, kalau susah sangat nak jolok kunci motor tu. Cuba tengok kunci korang bengkok ke tak. Kalau bengkok, tak perlu pun tukar 1 set kunci.

Filed Under: Personal Tagged With: harga tuykar set kunci motor, kunci motor bengkok

« Innochef Touch alatan memasak moden pelbagai fungsi yang lengkap dengan resepi
Safi Anti-Bacterial Shower wangi giler. »

Comments

  1. sueizza says

    July 4, 2019 at 10:59 pm

    mahal gak satu set kunci ek huhuuu…

    Reply
  2. Hafiz Rahim says

    July 5, 2019 at 9:10 am

    Tukar moto baru terus.. ysuku

    Reply
  3. Promosi Pakej Umrah says

    July 6, 2019 at 2:10 am

    Kan.. mahal jugak tu

    Reply
  4. Mustaffa says

    July 16, 2019 at 9:42 pm

    mcm sama jenis motor kita.. nampaknya saya pun ada risiko juga jadi macam ni..

    Reply
  5. kerteh says

    September 3, 2019 at 9:44 am

    Mmg betul.. kunci bengkok..moto baru lgi beli 3bulan tp skg dh patah.. repsol jgk.. geram rasa.. kunci skg lembut sgt ke mcm mne.. stress raso

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative