Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Safi Anti-Bacterial Shower wangi giler.

July 9, 2019 by Admin 5 Comments

Spread the love

Dulu masa aku zaman bujang, pilihan sabun mandi aku mesti yang berbau wangi. Kalau boleh nak wangi yang sampai melekat kat badan. Lepas mandi mesti bau wangi semerbak. Kadang-kadang dah sampai kat tempat kerja pun masih berbau wangi sabun mandi.

Tapi sejak dah ada keluarga ni, bau bukan lagi jadi keutamaan. Even bau farmasi pun aku ok jer asalkan sabun mandi tu mesti anti bakteria. Yer la, ni salah satu protection supaya tiap kali mandi bukan jer dapat menyegarkan badan tapi dapat melindugi diri dari bakteria persekitaran. Tambahan pulak anak-anak aku masih kecik.

Sekarang ni bestnya sebab Safi yang merupakan produk penjagaan kulit Halal No 1 di Malaysia ada mengeluarkan sabun mandi anti-bakteria yang membasmi sehingga 99.9% bakteria. Ia juga melindungi kulit, menyegarkan dan memanjakan kulit malah baunya juga sangat wangi.

Ada 2 pilihan Safi Anti-bacterial Shower Cooling yang diinspirasikan dari buah-buahan iaitu tembikai dan nenas. Aku sendiri dah cuba dua-dua sabun ni. Serius wangi giler..

Bebudak pun suka bau wangi ni. Tapi lagi menarik perhatian diorang sebab kat botol ada gambar aiskrim. Azif siap tanya aku “Abah, sabun ni boleh makan ke?” Hoihhh… Jangan makan! Kang berbuih mulut. Hahaha…

Sebenarnya gambar ais krim tu nak menunjukkan yang sabun ni menyegarkan dan menyejukkan. Si Akif pulak cakap bau macam makanan. Hahaha…

Memang la sebab Safi Anti-Bacterial Shower Frosty Watermelon juga dicampur dengan ekstrak madu yang memberi manfaat untuk melembapkan dan melembutkan kulit.

Safi Anti-Bacterial Shower Frosty Pineapple pulak mengandungi campuran ekstrak raspberry dan kelapa yang mempunyai manfaat anti-oksidan semulajadi yang melindungi kulit dan tiga kali lebih manfaat sebagai anti-penuaan semulajadi yang dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit.

Kalau korang jenis kulit sensitif, mungkin boleh cuba sabun terbaru dari Safi ni sebabnya ia mengandungi anti-oksidan semulajadi, kadar pH yang seimbang, bebas alkohol, paraben dan juga sabun.

Aku dah 2 minggu pakai kedua-dua flavour ni dan komen aku, sabun ni memang kurang buih tapi mempunyai bau wangi yang kuat. Bebudak kat rumah memang suka sangat mandi dengan sabun ni sampai aku kena simpan tempat tinggi sikit sebab kalau biar kat diorang memang kejap jer habis. Bila nak sabun baru menjerit panggil abah tolong ambikkan. Hahaha…

Aku tiap hari pergi balik kejer naik motor. Kadang berpanas terik, kadang basah kuyup kena hujan. Tiap kali sampai rumah mesti rasa lemau giler. Lepas mandi dengan sabun Safi ni, rasa sejuk dan segar jer lepas tu.

Korang cuba la try sabun ni. Rangkaian SAFI ANTI-BACTERIAL SHOWER COOLING dijual dengan harga RM18.50 sebotol 1kg. Kalau nak beli yang pack refill punya harga RM12.50. Kebanyakan pasaraya besar, pasaraya dan farmasi ada jual. Tak susah pun nak dapat. Tak pun boleh beli online di www.lazada.com.my/shop/safi . Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI boleh layari www.safi.com.my

Facebook : www.facebook.com/SAFIMalaysia 
Instagram : www.instagram.com/SAFIMalaysia .

Loading

Filed Under: Advertorial, Beauty, Kesihatan, Produk, Review Tagged With: sabun mandi anti bakteria, safi, safi anti-bacterial shower

« Kunci motor patah masa nak isi minyak. Terpaksa tukar 1 set terus.
Family Day Buddies Blogger di homestay D’Muslim Gold »

Comments

  1. saljohari says

    July 10, 2019 at 8:48 pm

    uits…produk best. Kena try gak ni

    Reply
  2. JMR says

    July 15, 2019 at 4:56 pm

    sabun yang banyak buih dan wangi baru sedap

    Reply
  3. Mama Kembar Tiga says

    August 5, 2019 at 7:46 am

    Packaging comei, terasa nak try gak lah nnt

    Reply
  4. Jiwa Sihat says

    February 27, 2020 at 2:20 pm

    nanti boleh try la sabun mandian safi anti-bacterial ni

    Reply
  5. Lutfia says

    July 31, 2020 at 5:02 am

    Oke lah Safi memang best tak hanya Cream, sabun mandi pun

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative