Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Badminton friendly match antara Southville BC vs Team IPG Smash Laju

September 29, 2019 by Admin 1 Comment

Spread the love

Badminton memang sukan yang aku minat sejak dari dulu lagi. Bukan minat main jer, minat tengok pun yer jugak. Setiap minggu dah jadi rutin aku main badminton setiap hari Rabu dan Jumaat. Hari Selasa ada training class for adult under HSBA Badminton Academy tapi kekadang jer aku join.

Nak dijadikan cerita, komuniti kat Southville City ada buat group badminton untuk mengumpulkan mereka-mereka yang minat dalam sukan ni untuk sama-sama berbadminton sambil mengeratkan silaturrahim. Aku join komuniti sana sebab ada rumah sana walaupun tak tinggal situ. Rumah aku tu kitorang buat homestay, kalau takde guest baru kitorang dok sana.

So baru-baru ni Southville BC ada friendly match dengan Team IPG Smash Laju di dewan IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Setiap pasukan menurunkan 10 pasangan double untuk berentap.

Format pertandingan adalah 21 point dan perlu main 2 set. Takda rubber set. Aku pair yang kelima turun gelanggang. Ni aku gambar aksi malam tu.

Keputusan malam tu adalah 7 game dimenangi team IPG, 1 game jer team Southville BC dan 2 game lagi seri.

Aku dengan partner aku mampu bagi keputusan seri jer. Dah nak menang 1st set tapi leka sangat, sudahnya kalah 1st set dengan 22-20. Set kedua menang dengan keputusan 21-14.

InsyaAllah lepas ni akan ada lagi friendly dengan team lain. Southville BC kena lebih bersedia lepas ni.

Friendly match malam tu bermula jam 10 malam dan berakhir jam 12 tengah malam. Objektif pertandingan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kami dan juga IPG Team boleh dikatakan tercapai sebab segalanya berjalan lancar.

Oh yaa.. terima kasih tak terhingga kepada IPG Team sebab menyediakan dewan dan makan minum malam tu. Siap ada satay gemok yang sedap tu. Mungkin satay tu adalah punca kekalah kami malam tu. Hahahaha… Apa pun terima kasih banyak.

Loading

Filed Under: Personal, Sport Tagged With: southville bc, team ipg

« Homestay di Bangi, Savanna Southville City sedia kemudahan ala resort
Hadiah cash voucher bernilai RM1,000, ingatkan scam rupanya tak! »

Comments

  1. sueizza says

    October 3, 2019 at 7:42 am

    lamanyaaaa tak main badminton,sejak jadi “oku” ni huhuuuu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative