Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Homestay di Bangi, Savanna Southville City sedia kemudahan ala resort

September 3, 2019 by Admin 3 Comments

Spread the love

Macam tak percaya sekarang ni aku dah running homestay sendiri. Dulu lagi teringin nak ada rumah cantik yang boleh dibuat rumah percutian. Acah-acah orang kaya… Konon nak rilex and bercuti boleh pergi rumah tu. Hahaha…

Suatu hari kitorang laki bini singgah pejabat Mah Sing untuk tengok unit kediaman di Southville City. Design rumah nampak biasa jer tapi facilities yang ala-ala resort yang buatkan kitorang tertarik nak beli unit kat situ.

Hiasan dalam simple jer sebab kitorang cuba buat konsep minimalis. Yang penting rumah selesa, bersih dan lengkap dengan segala keperluan asas. InsyaAllah dari masa ke semasa decorasi dalam rumah akan ditambah baik sehingga mencapai standard yang kami nak.

Disebabkan saiz rumah tak besar sangat, jadi kami tak nak penuhkan rumah dengan pelbagai perabot. So, inilah dia ruang tamu dan ruang makan dalam rumah.

Kalau nak tahu, keseluruhan lantai dalam rumah dipasang kemasan vinyl. Gigih tau kami laki bini pasang lantai vinyl tu sendiri.. 1st time pulak tu..

Kitchen area bukan tak siap tau. Memang sajer buat gitu. Dapur lengkap dengan alatan memasak. Setakat nak masak maggie, goreng nugget ke, goreng telur ke.. bancuh air panas ke memang takde masalah. Pinggan mangkuk semua ada.

Oh yaa… petik sejuk pun ada okeh. Periuk nasi jer aku tak bekalkan… Kang korang nak kena bawa beras pulak kan. Agak-agak apa lagi yang perlu ehh… Takpe, slow-slow aku lengkapkan lagi keperluan kat dapur tu.

Ni master bedroom ada attach sekali dengan bilik mandi. Tuala aku dah sediakan untuk setiap bilik. Sejadah pun ade sekali.

Bilik kedua kecik sikit dari master bedroom tadi. Oh yaa setiap bilik ada aircond tau.

Bilik ketiga adalah bilik paling kecik dengan katil single. Design katil bertangga konon-konon naik singgahsana… hahaha… Kalau nak tahu, semua katil kayu pallet kat unit homestay ni aku buat sendiri dengan member aku.

Toilet bersih dan selesa. Paip getah tu nanti aku tukar yang stanless steel k. Dan nanti aku deco bagi lawa. Ehhh ade ke orang deco toilet.

Antara benda yang unik kat guesthouse aku ni adalah ruang balcony yang comel ni. Ni namanya french balcony. Saiznya cuma muat untuk seorang berdiri. 3 kaki jer lebar dia. Comel sangat kan… Kalau berdiri sini dapat la tengok view highway dan plaza tol.

Cukup dulu gambaran keadaan dalam unit homestay kami ni. Yang aku tak tunjuk dalam gambar tapi disediakan adalah TV yang lengkap dengan channel Njoi, iron baju, penyidai baju kat area yard, set teh dan coffee dan juga beberapa botol air bertapis dari mesin cuckoo.

Ok jom kite tengok facilities yang ada kat sini yang dikatakan ala-ala resort tu.. Antara facilities yang ada kat sini :

  • Infinity pool
  • Kids pool
  • Aqua gym
  • Sauna
  • Playground
  • Gymnasium
  • Reflexology area
  • BBQ Area
  • Games room (dart & table tennis)
  • Dobi
Aqua Gym

Seperti kebanyakan tempat lain, korang kena pakai proper pakaian yang bersesuaian untuk menggunakan kolam renang. Kain cotton dilarang sama sekali. At least pakai tshirt kain jersey atau dry fit.

Sauna

Sauna ada disediakan di bilik persalinan lelaki dan perempuan. Make sure korang baca arahan yang diberikan sebelum menggunakan sauna.

Playground
BBQ Area & Games Room
Reflexology Area

Kalau korang stay sini, bab makan tak perlu risau sebab banyak kedai makan kat area bawah. Turun lift ke lobby then jalan kaki pun boleh nak pergi ke kedai mamak, kedai makan melayu, kedai makan arab, 7eleven, speedmart, kedai runcit, klinik, dobi, surau dan banyak lagi. Semua ade kat situ.

Kalau korang tertanya-tanya jarak antara Southville City dengan tempat-tempat sekitarnya tu, meh aku listkan kat bawah supaya korang boleh dapat gambaran.

  • Bangi Wonderland – 3km
  • Pasaraya CS – 3km
  • KTM Bangi – 4km
  • KPTM Bangi – 4.5km
  • University Kuala Lumpur (MFI Institute Bangi) – 4.6km
  • UKM Bangi – 4.7km
  • German Malaysia Institute Bangi (GMI) – 9.1km
  • IOI City Mall – 9.2km
  • Hospital Serdang – 9.5km
  • Putrajaya – 10km
  • UNITEN Bangi – 13.2km
  • UPM Serdang – 13.5km
  • Kuala Lumpur – 25km
  • KLIA / KLIA2 – 26km

Ikutkan takde la jauh mana kan. So kalau korang berminat nak stay di unit homestay aku ni boleh contact aku dengan klik sini. InsyaAllah aku akan cuba sediakan unit homestay yang paling selesa untuk korang sebab aku juga jadikan rumah ni sebagai rumah bercuti bila takde guest.

Loading

Filed Under: business, Hotel, Info, Servis, Travel Tagged With: Homestay, homestay murah bangi, homestay southville city, savanna southville city

« Pernah servis mesin basuh? Kalau tak pernah, cuba tengok hasilnya ni.
Badminton friendly match antara Southville BC vs Team IPG Smash Laju »

Comments

  1. Salina Johari says

    October 3, 2019 at 5:06 pm

    Ha..nanti nak try duduk . Nampak menarik sangat sebab tak jauh dari Bangi Wonderland

    Reply
  2. antalya says

    October 14, 2019 at 12:17 pm

    tahniah. cantik homestay nye.pandai deco

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative