Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Desert Cafe Memelon baru dibuka di Cheras

October 21, 2019 by Admin 7 Comments

Spread the love

Korang pernah try menu kakigori? Kakigori berasal dari perkataan Japan iaitu desert yang diperbuat dari ais yang diparut halus kemudiannya disirami dengan manisan. Alaaa kalau kat tempat kita ni orang panggil ais kepal jer pun. Cuma bezanya dari segi texture ais tu dan juga flavor.

Baru-baru ni aku bawak family ke desert cafe yang baru dibuka kat area Balakong, Cheras. Nama cafe tu Memelon. Korang boleh waze jer Memelon Cheras. Senang nampak sebab depan kedai ada replika buah Melon besar.

Apa yang bestnya kat sini adalah menu yang disediakan. Korang tengok gambar bawah ni. Aku yakin korang mesti terliur. Hehehe..

Menu Me Melon Yang Mengiurkan

Aduhh.. Tak tahan betul bila tengok gambar ni kat facebook MeMelon Malaysia. Itu yang buat aku teringin nak cuba.

Baru-baru ni aku singgah Memelon cafe, mulanya tak tahu nak order apa sebab semuanya nampak sedap tapi bila tanya staff situ dia recommend aku try Me Melon Kakigori.

Bila dah rasa, memang aku mengaku Me Melon Kakigori ni sedap giler.. Texture ais dia sangat halus dan bila masuk dalam mulut, rasa buah melon tu memang kuat. Tak manis sangat tapi kalau nak lagi manis boleh tambah flavor melon yang diberikan..

Bile dah korek ais sampai bawah, ada pulak terasa isi kelapa muda.. Memang sedap… No wonder menu ni jadi signature menu kat cafe ni..

Aku curious nak tahu ais apa yang diorang guna sebab lambat cair. Biasa ais kepal atau ABC cepat jer cair dan jadi air kan, yang ni tak.

Rupanya ais tu bukan diparut tapi diorang gunakan jus melon then masukkan dalam mesin khas pastu pufffff keluar la ais gebu yang berperisa.. Patut la ais dia gebu giler dan flavor buah tu sangat terasa.

Okeh.. korang yang minat coffee macam aku, wajib try Classical Tiramisu Kakigori. Bahagian atas ada lapisan kek tiramisu. Memang sedap..

Mujur aku pilih tiramisu sebab bebudak ni tak suka sangat coffee.. Puas sikit aku makan yang ni. Kehkehkeh..

Desert kakigori ni korang kena makan last tau, sebelum tu boleh la try menu lain yang ada. Macam kitorang hari tu makan chicken wings, pizza dengan paratha.

Chicken Wings Hatyai ni tersangat sedap. Aku bagi 5 bintang untuk menu ni. Ayam ni diperap dengan rempah selama 5 jam sebelum digoreng. Nampak macam biasa jer kan tapi rasa rempah dia sampai ke isi dalam. Chicken wings ni aku syorkan korang jangan kongsi sebab tak puas makan sikit.

Ni pulak Hatyai Fried Chicken Pizza. Rasa dia memang lain dari yang aku pernah makan sebelum ni kat mana-mana tempat.

Bahagian topping pizza diletakkan bawang goreng dan isi ayam. Menangis orang Italy bila rasa pizza kita yang dah dilocalkan. Hahaha…

Secara jujur aku kurang suka pizza ni sebab taste dia tak kena dengan tekak aku yang suka pedas. Tapi untuk anak-anak aku, diorang suka dan kena dengan selera diorang sebab pizza ni tak pedas.

Yang berasap ni namanya Sizzling Chocolate Paratha. Orang kata kalau pergi Thailand wajib try paratha coklat. Haaa yang ni memang khas dari sana tapi lagi special sebab dihidangkan panas-panas dalam bentuk sizzling, lepas tu letak aiskrim kat atas. Perghh…

Aku sempat makan sikit jer sebab bebudak ni tak bagi aku makan. Huh.. Next time kena order sorang satu sebab yang ni kalau kongsi memang tak puas makan.

Korang yang nak cari cafe ni boleh datang ke Balakong Cheras. Belakang bangunan Aeon Cheras Selatan tu.

Susasana dalam cafe sangat selesa dan wifi pun laju. Sesuai sangat kalau datang nak lepak dengan family sambil menikmati hidangan macam ni.

Okeh… Korang yang curious pasal HALAL, aku pun ada tanya soalan yang sama. Menurut tokey cafe ni, semua bahan yang digunakan dalam cafe adalah dari pembekal yang diiktiraf Halal..

Sekarang cafe ni sendiri sedang berusaha untuk mendapatkan status HALAL dari JAKIM. Harap dipermudahkan sebab untuk dapatkan status Halal bukannya senang wooo… Banyak requirement yang diorang kena follow, bukan hanya bahan yang digunakan tapi banyak kriteria lain juga.

Bagi aku, bila cafe ni sendiri dah komited ke arah itu, aku sendiri pun dah yakin. Untuk update terkini, korang kena sentiasa follow rapat Facebook MeMelon Malaysia. Cafe ni dibuka setiap hari bermula jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

https://youtu.be/-CA_TIIp7JA

Loading

Filed Under: Advertorial, Food, Produk, Review Tagged With: Ais desert, Memelon cheras, Mykori

« Belanjawan 2020.. Golongan Belia Negara Peroleh Pelbagai Manfaat
Fun & Crazy… Family Day kami di Putri Ayu Chalet »

Comments

  1. huda halid says

    October 21, 2019 at 10:16 am

    wow sedap yer!! plating pun cantik lah, teruja rasa nak try makan kat sini!

    Reply
    • Nina Mirza says

      October 21, 2019 at 10:38 am

      Perghhhh…. Classic coffee tu dah buat daku terliur meleleh kat sini. Huhuuu…
      Nampam tempat dia pun cun, selesa. Best lepak santai sini ni….

      Reply
  2. Ardini Humaira says

    October 21, 2019 at 10:18 am

    Adehhh… Sedapnyeee. Terliur kita tengok

    Reply
  3. Nadia johari says

    October 21, 2019 at 10:19 am

    Sedapnya tengok.. Nanti nak pergila.. Tempting pulak tengoo.. Tak pernh rasa lagi mkann mcm ni

    Reply
  4. Marina says

    October 21, 2019 at 11:19 am

    Menariknye cafe dia. Pizza tu nampak cam sedap je. Laparrr

    Reply
  5. Hafiz Rahim says

    October 24, 2019 at 11:38 am

    Suruh cafe ni bukak kat Bangi please. Jauh la nak pergi. Hehehe

    Reply
  6. Ai says

    October 31, 2019 at 4:10 pm

    Sedapnya dessert..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative