Perangai aku bila dapat call yang mencurigakan yang aku syak scammer, aku akan melayan jer panggilan tu pastu mula la aku nak merapu meraban sampai orang tu naik hangin. Baru-baru ni aku dapat call dari no 03-86894988.
“Hello..” jawab aku. “Hello.. En. Mohd Azlan bin bla bla bla?” tanya operator tu. “Yer bercakap…” jawab aku ringkas acah-acah tengah bizi.
“Saya dari RedONE, tahniah Encik Azlan sebab terpilih sebagai pemenang bertuah yang dicari oleh RedONE untuk 62k Giveaway”
“Yehhhh.. Ye kee? Saya dapat apa? Kenapa tiba-tiba termenang hadiah pulak ni?” tanya aku acah-acah excited. Masa ni dah syak scammer ni.
“Encik baru mendaftar dengan telco RedONE kan? Kami dari RedONE telah memilih secara random pelanggan bertuah yang baru mendaftar dengan kami untuk diberikan hadiah berupa voucher Seng Heng bernilai RM1,000.”
“Huh… Biar betul?” time ni aku dah serba salah nak percaya ke tak sebab memang masa tu aku baru beberapa hari daftar telco RedOne. Kang kalau tak percaya, melepas pulak. Hahaha… Jahat betul perasaan tamak ni.
“So, apa yang saya kena buat?” tanya aku. “Encik tak perlu buat apa-apa, kami hanya perlukan alamat encik untuk penghantaran voucher. Tapi sebelum tu, untuk pengesahan boleh encik bacakan nama penuh, no ic dan juga no telefon RedONE yang baru di daftarkan.”
Aduhhh… Dah serba salah nak bagi detail sebab risau kena scam. “Ehh kan dah ada butiran saya semua tu?” soal aku.
“yer betul encik, kami memang ada semua butiran yang diminta tapi sebagai pengesahan encik kena sebutkan supaya kami dapat semak adakah kami bercakap dengan orang yang betul” jelas operator tu.
Dengan rasa was-was aku sebutkan juga butiran diri yang diminta. Lepas tu dia mintak alamat nak hantar voucher hadiah. Aku bagi alamat office sebab risau jugak nak bagi alamat rumah.
Lepas bagi alamat, operator tu tanya satu soalan sebagai survey. Apakah yang menyebabkan aku beralih ke telco RedONE. Aku jawab sebab coverage RedONE bagus kat area rumah, pejabat dan kat kampung. Lagi satu sebab pakej dia ngam dengan budget aku.
Sambil aku on call dengan operator RedOne tu, aku terus WhatsApp Customer services RedONE ditalian WhatsApp rasmi diorang untuk semak perkara ni. Aku guna WhatsApp Web masa tu.
Diorang kata memang no tel tu adalah dari RedOne dan diorang memang ada bagi hadiah tu kat pelanggan bertuah.
Alhamdulillah… Hari ni voucher tersebut dah sampai kat tangan aku. Terujanya wehhh sebab amount RM1,000 besar giler kowt untuk aku. Boleh la beli kelengkapan untuk unit homestay aku kat Southville City tu.
Sebenarnya kalau korang nak tahu, aku dah curang dengan RedOne masa bulan 8 hari tu. Aku terminate telco RedOne yang aku dah pakai sebelum ni dan aku daftar telco Unifi Mobile.
Tapi sebab Unifi Mobile punya coverage kat office aku tersangat teruk, sebulan lepas tu aku kembali daftar dengan telco RedOne. Dah bila daftar yang terbaru ni tiba-tiba termenang hadiah pelanggan bertuah. Cantik kan percaturan rezeki yang Allah dah susun.
Ok laa… Orang berbudi, kita berbahasa. So aku nak promot sikit pakej yang RedOne ada sekarang.
So far ini adalah pakej paling murah dan berbaloi untuk aku. Untuk korang aku tak pasti. Kena tengok level penggunaan internet korang, kalau ngam dengan kuota yang diberikan ni mungkin korang boleh beralih kepada telco RedOne juga.
Aku ambik pakej RM58 sebulan. Dalam pakej ni aku dapat 20GB data 4G LTE dan extra 10GB lagi khas untuk tengok RedVideo.
RedVideo ni adalah Youtube, youtube kids, netflix, iflix, tonton, astrogo, viu, njoi dan lain-lain. Maksudnya bila tengok video melalui channel yang aku sebut ni, die akan gunakan data khas 10GB tu dulu then bila dah habis data tu baru akan guna data 20GB tu… Berbaloi kann…
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.redone.com.my
Mama Kembar Tiga says
Wah bestnyaaa! Rezeki sungguh, tahniah Lan.
zai zamree says
Ala…tlepas la sy cmtu. Sy daftar bln 12 thn lps…
Niway…tahniah
ema says
wah,,rezeki besar tu…Tahniah.
Asmady says
Tahniah!
Saya pun tak bertuah.
bit.ly/postpaidjimat