Hari ni ada perbentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat. Aku teruja untuk mengetahui apakah yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk rakyat terutamanya golongan belia selepas melihat sendiri bagaimana Menteri Belia Dan Sukan begitu proaktif dalam menjaga hak-hak belia di Malaysia.
Kalau dulu, aku hanya nampak Kementerian Belia Dan Sukan hanya menjurus kepada sukan semata-mata sehinggalah YB Syed Saddiq memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan dimana beliau sering memperjuangkan nasib belia di Malaysia.
Sebanyak 1.2 Billion telah diperuntukkan kepada Kementerian Belia Dan Sukan dalam Belanjawan 2020 kali ini iaitu kenaikan sebanyak 10.9% berbanding sebelum ini. Sebanyak RM671 Juta adalah diperuntukkan bagi Perbelanjaan Operasi manakala RM484 Juta untuk Perbelanjaan Pembangunan.
Sebanyak RM138juta diperuntukkan bagi memperkasakan golongan belia dengan beberapa program khas iaitu :
- Youth Power Club (YPC)
- Malaysia Future Leaders School (MFLS)
- Volunteerism Initiatives (Inisiatif Sukarelawan)
Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM6.5 Billion dana khas bagi mewujudkan 350,000 peluang pekerja kepada belia negara bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia dan seterusnya membantu negara untuk memacu ekonomi yang lebih baik.
Kerajaan turut memperkenalkan beberapa inisiatif dan insentif dalam memastikan perkara ini berhasil iaitu :
Graduates@Work
- Belia yang menganggur melebihi 12 bulan, apabila mendapat pekerjaan akan diberikan insentif gaji sebanyak RM500 selama 2 tahun.
- Majikan juga turut mendapat insentif sehingga RM300 sebulan selama 2 tahun.
Apprentice@Work (TVET)
- Menyediakan tambahan elaun RM100 untuk pelatih TVET.
- Melanjutkan insentif cukai untuk Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) selama 2 tahun lagi.
- Insentif cukai yang diberikan kepada syarikat-syarikat di bawah Program Latihan Berstruktur (SIP) akan merangkumi semua pelajar bukannya kejuruteraan dan teknologi sahaja.
Locals@Work
- Insentif gaji bagi rakyat Malaysia yang diupah untuk menggantikan pekerja asing (RM250 / RM500) selama 2 tahun.
- Meningkatkan gaji minimum kepada RM200 di bandar-bandar utama dan RM100 luar bandar.
- Insentif sebanyak RM250 sebulan (selama 2 tahun sahaja) untuk majikan yang menawarkan pekerjaan bagi menggantikan pekerja asing.
Women@Work
- Pekerja wanita yang kembali bekerja setelah berhenti selama setahun atau lebih dan berumur antara 30-50 tahun akan dapat insentif RM500 sebulan selama 2 tahun sahaja sebagai insentif.
- Insentif cukai dipanjangkan selama 4 tahun.
- RM300 sebulan bagi majikan yang ambil pekerja wanita (terhad untuk tempoh 2 tahun)
Selain itu, Technical and Vocational Education and Training (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) atau TVET turut mendapat perhatian dalam Belanjawan 2020 kali ini apabila kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.9 Billion bagi Mengarus Perdana TVET 2020. Ia termasuklah :
- RM50 juta melalui PTPK untuk membiayai kursus TVET
- Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- Kerajaan akan menyediakan HRDF RM30 juta untuk melatih 3,000 belia dari isi rumah berpendapatan rendah
- Tawaran melanjutkan ijazah bagi pelatih dari kolej vokasional dari rangkaian universiti-universiti teknikal di malaysia (MTUN)
Perbelanjaan Pembanggunan Sukan
Dalam memperkasakan golongan belia, pembangunan sukan juga tidak ketinggalan diberikan penekanan dalam belanjawan kali ini. Antara yang diperuntukkan adalah :
Fasaliti & Sukan Untuk Wanita
Sebanyak RM299 Juta untuk pembinaan fasiliti & Naik Taraf kemudahan sukan termasuk :
- Kompleks Belia Dan Sukan
- Pusat Sukat Negeri
- Sebanyak RM10 Juta bagi program sukan untuk wanita serta pasukan atau kelab yang libatkan wanita
Program Sukan Antarabangsa
Peruntukan sebanyak 179 Juta untuk program antarabangsa seperti :
- Sukan olimpik Tokyo 2020
- Sukan Sea Hano 2021
- Juga Termasuk Persediaan Atlet Paralimpik Negara
Program Pembangunan Bola Sepak
- Peningkatan Peruntukan RM45 Juta bagi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP)
Program Pembangunan E-Sukan
- eSports / eSukan – Peruntukan meningkat sebanyak RM20 juta bagi pembangunan e-sukan negara
Secara keseluruhannya, aku sangat gembira dengan apa yang telah YB Syed Saddiq perjuangkan untuk golongan belia disamping tidak mengetepikan pembangunan sukan negara untuk semua pihak.
Semoga selepas ini pertumbuhan ekonomi negara akan lebih cemerlang dengan hasil dari perbentangan Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan siang tadi. Dan pastinya tugas lebih berat kepada semua Kementerian dalam memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Leave a Reply