Planning asal bukan nak buat family day sangat pun, cuma nak isi program hari cuti Deepavali dengan berkelah kat tepi sungai. Sebab kitorang adik beradik semua tinggal di Penang dan Kedah, so kitorang decide cari port berkelah kat Daerah Yan.
Adik aku la yang jadi projek manager untuk cari chalet penginapan. Dia propose Putri Ayu Chalet sebab yang tu jer available tarikh kitorang plan. Yang lain kebanyakan dah full sebab public holiday kannn…
Mulanya hanya booking 5 bilik tapi lepas tu sorang demi sorang nak join.. Last-last lebih dari 50 orang termasuk anak cucu sekali yang join… Lagi la bertambah excited sebab boleh plan aktiviti untuk buat family day terus…
Masa kitorang kat sana hari tu, hanya ada 1 bilik jer orang lain… yang selebihnya kitorang ambik semua… Kesian yang 1 bilik tu, tak join mandi kolam langsung sebab team kitorang jer dah penuh kat situ.. Riuh rendah.. Wakaka..
Kat sini ada kolam yang bersaiz sederhana dan agak dalam. Kolam bebudak takde. Pepandai la bawak pelampung sendiri untuk bebudak.
Aku ada bawak tilam udara, memang tujuan nak jadikan rakit dan tempat bersantai dalam kolam. Ternyata keputusan bawak tilam angin tu memang tepat sebab kitorang semua have fun dengan main rakit dalam kolam.
Masa kitorang sampai sana, cuaca memang cantik gila. Tapi bila nak start terjun kolam jer, hujan turun dengan lebatnya. Tapi tak terbantut pun keinginan nak mandi kolam. Anak-anak dah excited nak terjun kolam, mak pak semua bagi green light untuk main hujan.
So, memang berpesta la dapat 2 in 1 terus. Dapat mandi kolam dengan main hujan sekali. Masa tu walaupun hujan lebat tapi takde kilat atau guruh pun. Sebab tu kitorang on jer.
Oh yaa.. Kat tepi resort ni ada sungai yang boleh buat port lepak rendam kaki. Tak best pun sungai dia… Sebab tak boleh berenang atau berendam. Tapi sebab hari hujan, air sungai agak deras dan keruh. Itu yang takde sorang pun kisah pasal sungai, lagi pun air kolam tu sendiri memang datang dari sumber air sungai. Sejuk dan fresh!!
Bila hujan dah berhenti baru kitorang start dengan game sukaneka yang dah dirancang. Game pun simple jer. Saja nak bagi meriah.
Habis game semua sambung mandi kolam sementara menunggu siang bertukar malam. Waktu malam kitorang ada buat BBQ dengan steamboat. Makanan semua port luck bawak dari rumah sebab chalet ni takde pakej makan sekali.. Masing-masing bawak sorang sikit. Bekalan makanan dari hari sampai hingga hari nak balik memang tak putus.
Malam tu jugak kitorang buat exchange hadiah dengan lucky draw… Semua orang wajib bawak hadiah.. Lepas tu buat cabutan.. Nasib la nak dapat hadiah sape pun.. Lepas tu ada jugak cabutan bertuah, yang bertuah tu ada dapat extra hadiah…
Hari kedua cuaca sangat baik. Bangun pagi semua terus cari sarapan dan makan tepi kolam. Lepas sarapan terus terjun kolam sampai tengah hari.
Menu sarapan kami adalah nasi lemak yang di order dari peniaga tepi jalan. Tapi sedey sebab nasi lemak tak sedap. Huh… Dah la nasi mentah, membazir giler sebab banyak nasi lemak tak habis.
Tepat jam 12 kitorang berkumpul beramai-ramai untul bergambar dan chekout. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tak diingini berlaku.
Pendapat aku pasal resort Putri Ayu, harap pihak pengurusan dapat pertingkatkan lagi kemudahan yang ada terutamanya outdoor kitchen area. Nampak uzur sangat situ.
Persekitaran waktu malam agak malap.. Kena banyakkan lagi lampu terutamanya area hall depan kolam tu. Aku nak buat video pun terbantut sebab gelap sangat.
Persekitaran resort bersih cuma landscape agak lama dan nampak la yang chalet ni sedikit usang.
Coverage mobile internet kat situ ok jer.. Bergantung kepada telco yang korang guna. Aku guna RedOne memang ok jer kalau stakat nak layan social media.
Kemudahan bilik, aku hanya boleh komen bilik yang aku stay. Bilik luas, bersih dan selesa. Expectation aku untuk bilik tak tinggi, janji bersih dan selesa. Korang mesti nak tahu berapa harga sewa bilik kat sini kan…
Family Room (RM148) – Sesuai untuk 4 – 5 orang.
– 1 Queen Bed
– 2 tilam bujang
Standard Room (RM48) – Sesuai untuk 2 orang
– 2 tilam bujang
– Sharing toilet luar bilik
Dorm (RM148) – Sesuai untuk 10 orang
– Tiada katil… hanya tilam dan bantal
Overal aku rasa tempat ni ok jer, not bad. Cuma perlu banyak penambahbaikan sebab tempat ni dah lama sangat dah. Banyak benda yang dah usang dan perlu ditambah baik..
Meh layan video yang aku buat ni sepanjang 2 hari 1 malam kitorang kat sana… Macam mana pun tempatnya, kitorang memang happy sebab dapat berkumpul sama-sama…
Untuk booking korang cari sendiri kat facebook Putri Ayu Chalet. Aku tak nak rekemen lebih-lebih sebab bukan diorang bayar aku pun. Hahaha…
Hafiz Rahim says
Ala kat kedah pulak.. memang entah bila la aku nak sampai sana. Tapi nampak menarik