Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Bila kerajaan wajibkan penggunaan Car Seat bermula tahun 2020

November 16, 2019 by Admin 2 Comments

Spread the love

Aku baca banyak reaksi netizen tentang pengumuman yang kerajaan umumkan untuk mewajibkan penggunaan car seat bermula tahun 2020. Rata-rata ramai yang tak puas hati sebab rasa benda ni membebankan terutamanya yang ada anak ramai.

Dari satu sudut memang betul pun, family yang anak lebih dari 2 orang tu memang menjadi kerunsingan jugak. Nak kena beli car seat banyak lepas tu nak letak kat mana kalau kereta kecik. Tak kan nak kena tukar pakai MPV pulak…

Tapi secara personal, aku menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan risiko terhadap kanak-kanak apabila berlaku kemalangan.

Undang-undang Baru Pemasangan Car Seat Berkuat kuasa Januari 2020

Tahun 2018 lagi Kerajaan dah umumkan akan mewajibkan penggunaan car seat berkuat kuasa tahun 2020. Dan baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri sekali lagi mengumumkan yang pelaksanaan ini akan berkuatkuasa sepertimana yang telah dirancang.

Dah tu kenapa ramai yang masih tak puas hati sebab kerajaan dan maklum awal-awal pun… Bukannya secara mengejut… Sepatutnya parents dah buat persediaan awal bagi memenuhi peraturan baru ni.

Aku dengan wife menyambut baik peraturan baru ni demi kebaikan anak-anak.

Kitorang baru jer beli 1 lagi car seat untuk Akiff sebab sebelum ni hanya ada 1 jer untuk si Azif. Beli online kat shopee jer..

Jenis-jenis Car Seat

Car seat Akiff dengan Azif tak sama jenis. Nak pastikan diorang selesa, aku sediakan car seat yang sesuai dengan umur diorang.

Umur si Azif dah masuk 4 tahun… Aku sediakan car seat yang jenis “forward facing”. Kalau dia nak tido, boleh terlentangkan sikit untuk lebih selesa. Kedudukan car seat jenis ni pun lebih tinggi, so dia boleh tengok pemandangan luar dengan jelas.

Akiff pulak dah berusia 8 tahun. Aku belikan car seat jenis booster high back supaya kedudukan dia lebih tinggi dan mudah untuk tengok pemandangan luar.

Macam mana nak disiplinkan anak-anak untuk duduk di car seat?

Aku rasa benda ni menjadi masalah utama semua ibu bapa untuk memastikan anak-anak duduk dalam car seat. Aku pun tak terkecuali. Untuk Akiff aku tak risau sangat sebab dia dari kecik memang spesis rare, jenis yang dengar cakap. Cabaran aku dengan si Azif tu haa…

Tapi cuba fikirkan balik sebab kat luar negara, anak-anak omputih ok jer masuk keter terus duduk kat car seat. Dah jadi perkara biasa, kita jer belum jadikan ia suatu amalam.

So far Azif ok jer as long as abang dia pun duduk dalam car seat. Sekarang ni aku bagi tau Akiff dengan Azif yang budak dah diwajibkan duduk di car seat. Kalau polis nampak nanti kena tangkap. Itu jer yang aku cakap dan diorang faham. Aku harap diorang boleh biasakan diri duduk dalam car seat.

Tapi aku plan nak pasang screen kat belakang seat supaya diorang boleh layan video masa aku drive. Sekarang ni screen hanya ada kat dashboard depan, memang diorang tak nampak bila duduk dalam car seat.

RM300 nilai saman jika tidak menggunakan car seat.

Dari korang habis RM300 bayar saman baik korang gunakan duit tu beli car seat. Lagi pun bukan nilai saman tu yang perlu koranh risaukan tapi bab keselamatan anak tu lebih utama. Tapi kalau dah kereta tak muat nak letak car seat sebab anak dah lebih 2 orang, itu aku tak tau nak komen…

Filed Under: Akiff, Azif, Info, Isu Semasa, Parenting, Personal, Tips Tagged With: car seat, jenis car seat, saman car seat, syarat car seat

« Fun & Crazy… Family Day kami di Putri Ayu Chalet
Review Film : Ejen Ali The Movie. Filem Animasi tempatan yang cukup membanggakan »

Comments

  1. Mamagojes says

    January 25, 2020 at 10:35 am

    *Saya setuju pggunaan car seat..tp yelh..awak mmg mampulh nk beli2 .ank saya 4..smua bwh 12 tahun..keta persona lama jer.kerja sorang..balu..,nk tkr keta baru semata nk muatkn seat car 4 Jeni’s… Bulanan lg..ank2 skolh lg.van pgi skolh lg..hmm..nthlh..susah nk ckp..korang yg betduit..ank x berapa Ada..boleh lh bckp..kiteorg yg sengsara..kwn saya yh bwk kelisa smpi skrg ni..ank 3 .blik klntan .brg yg dibwk pon x ckop tmpt..lglh carseat..hmmmmmmmmm…..

    Reply
  2. Koopers Lambada says

    March 22, 2020 at 11:11 am

    yup.. car seat ni penting… kalau boleh tolong beli car seat kalau ada anak kecil… x perlu beli yg mahal2.. cari yg murah2 dan janji ada certificate dari MIROS

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative