Cuti sekolah dah masuk minggu kedua, korang dah beli keperluan sekolah anak-anak belum? Jangan last minit baru nak beli sebab nanti susah dapat saiz.
Aku baru jer settle beli keperluan sekolah si Akiff. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku survey dulu kat mana tempat murah yang jual baju sekolah, kasut sekolah, bag sekolah dan lain-lain. Biasanya aku pergi beli kat beberapa tempat untuk barang yang berlainan. Tapi tahun ni aku pilih untuk beli semua keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari. Rupanya ada 86 cawangan seluruh Malaysia. Boleh layari www.hari.com.my.

Sebelum ni aku tak tau pun yang kat situ ada jual segala jenis keperluan sekolah dari kasut, stokin, baju, bag, alat tulis hingga ke botol air pun ade. Ingatkan hanya terhad kepada pakaian jer..


Bila tengok ramai orang sharing beli kat situ murah dan serba lengkap, aku dengan Miss Permaisuri pun cuba try ushar. Memang semuanya ada weh… Nampak sangat sebelum ni aku tak pernah shopping kat situ. Hahaha… Harga pun pelbagai bergantung kepada kualiti. Nak yang murah ada, yang mahal pun ada. Tapi mahal pun takde la mahal sangat. Kurang dari RM65 untuk full set baju, kasut, seluar dan stokin untuk saiz paling kecil. Menarik bukan?

Macam kasut sekolah yang aku beli untuk Akiff, mulanya ambik sepasang jer yang harga RM28. Kualiti memang terbaek, jenama Jony&Jeny. Pastu try kasut sekolah yang harga RM22 pun not bad kualiti dia, terus sambar dua-dua. Kasut yang harga belas-belas pun ada. Memang banyak pilihan.

Baju sekolah pun murah-murah kat situ. Harga belas-belas jer sehelai. Baju sekolah agama pun ada. Tak kisah la baju untuk pengawas atau tak, baju sekolah kebangsaan atau sekolah agama, semua ada jual kat situ. Kualiti nya setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya.


Oh yaa.. Aku silap hari tu beli songkok Akiff 1 jer. Dah la susah nak dapat songkok jenis boleh lipat tapi material keras punya. Songkok kena beli extra sebab kadang-kadang hilang la, tertinggal la, macam-macam hal. Nak kena pergi beli satu lagi la untuk backup.
Dah beli untuk si abang, mustahil la si adik nak tengok jer kan. Mulanya dia nak kasut sekolah jugak tapi bukan dia pakai pun. Tahun depan baru 5 tahun dah sebok nak kasut sekolah gak. Sudahnya aku suruh dia beli pencil box dengan botol air. Suka la dapat pencil box yang dia nak.

Selain tu aku beli jugak seluar dalam untuk bebudak dua orang tu, pastu singlet untuk Akiff, stokin pun aku beli banyak pasang. Bag sekolah jer tak beli sebab dah terbeli masa bercuti ke Hatyai minggu lepas. Ingatkan beli bag sekolah kat sana dah murah, kat sini pun boleh dapat yang lagi lawa dan lagi murah. Cisss…
Korang yang nak shoping keperluan sekolah boleh pergi Pusat Pakaian Hari Hari segera sebab sepanjang bulan Disember ni ada promosi hebat Kembali Ke Sekolah. Apa yang korang boleh dapat sepanjang promosi ni adalah :
- Pembelian bernilai RM30 ke atas, korang akan dapat 1 kalender tahun 2020.
- Pembelian bernilai RM120 ke atas, korang boleh dapat stokin putih percuma.
- Pembelian bernilai RM150 ke atas akan melayakkan korang boleh memilih sama ada ingin menerima 2 pasang stokin putih 2 pasang ataupun sepasang kasut putih.
- Pembelian bernilai RM200 ke atas akan melayakkan korang untuk menerima voucher diskaun Senheng bernilai RM25. Tapi voucher ni kebanyakan tempat dah habis. Sebab tu aku cakap kena pergi awal.
- Setiap pembelian yang dibayar melalui CIMB debit/kredit kad pula, akan melayakkan korang untuk menerima diskaun sebanyak 15%.
Haaa pasal diskaun 15% ni, aku pun dapat jugak hari tu. Walaupun aku ada akaun CIMB tapi aku jarang guna pun. Takde duit pun dalam akaun tu. Tapi sebab nak diskaun punya pasal, aku transfer duit dari akaun lain ke akaun CIMB tu pastu aku bayar guna debit card. Jimat 15% dari total bil yang aku bayar tu. Hehehe.. Bijak kann.. Wakaka…

So, korang boleh la pergi beli barang sekolah kat Pusat Pakaian Hari Hari. Dah jadi parents ni kena bijak berbelanja, tak yah nak fikir sangat nak cari brand yang hebat-hebat. Brand yang biasa-biasa pun ok asalkan berkualiti, anak selesa pakai dan menjimatkan.

Kalau tak sempat nak pergi shopping, beli jer online di www.ehari.com sebab dengan pembelian online pun korang boleh dapat 15% diskaun malah boleh dapat juga FREE DELIVERY sekiranya pembelian melebihi RM50.
Untuk info dan promosi terkini Pusat Pakaian Hari Hari, korang boleh chek melalui Facebook (www.facebook.com/harihari) dan instagram (www.instagram.com/harihariofficial) diorang.
Kak nina suka beli kelengkapan sekolah kat Hari-Hari sebab one stop center. Semua ada setempat. Lagipun kualiti superb dan harga mampu beli. Nak nak macam kak nina ni punya 4 orang anak yang bersekolah. Hari-Hari terbaik laaaa
Hari Hari memang kedai favourite, harganya murah dan pakaian sekolah berkualiti.
wah awal shopping..lan, klasiknya hari2 sini…mcm kat SP.
Beli kat sini mmg murah dan berbaloi2 ngan harga.