Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang.

December 11, 2019 by Admin 8 Comments

Spread the love

Sebelum ni aku fikir, buat video lagi senang dari update blog. Rekod jer moment pastu compile dan post. Lagi mudah bila buat vlog, segala info boleh terus cakap jer kat video. Kalau blogger, nak kena buat note supaya tak lupa info yang nak ditulis. Pastu kena gigih ambik gambar cantik-cantik dan edit.

Tapi tanggapan aku tu silap rupanya selepas aku cuba berjinak dengan dunia youtube untuk vlogging. Susah weh untuk orang yang tak pandai bercakap depan camera ni. 1st trial aku untuk vloging baru-baru ni adalah percutian keluarga ke Hatyai..

Aku bukan sejenis yang camera friendly. Asal on camera jer dah boleh cakap macam sembang dengan orang. No no.. Aku bukan sejenis itu. Aku sejenis yang bila camera on jer terus aku jadi sepohon kayu. Hahaha…

Bila cakap depan camera aku jadi fake… Terus jadi skema.. Bila view balik video terus rasa nak delete jer. Pastu 5 6 kali nak shoot sebab asyik blur tak tau nak cakap apa. Tapi bila borak-borak dengan orang ok jer…

So, untuk vlog pertama aku ke Hatyai baru-baru ni. Aku cuba sedaya upaya untuk be natural depan camera. Aku cuba untuk tak kekok dan aku cuba untuk anggap camera tu macam borak dengan kawan..

Feedback dari kawan-kawan terdekat aku ada yang kata nampak ok. Ada yang kata still nampak sedikit fake di situ. Hahaha… Takpe, bro cuba. Lama-lama ok la kann..

Lepas tu bila dah balik dari bercuti, nak edit video rupanya lagi la susah. Kalau ko rasa nak mengarang ayat kat blog tu susah, ko cuba edit video pulak. Bukan edit just compile dan masuk lagu jer.. Ini edit untuk buatkan orang stay dengan video sehingga ending.

Untuk seorang yang takde daya penarik dari segi rupa dan percakapan, editing memang sangat penting untuk buatkan video lebih menarik. Aku sampai tahap buat research kat youtube. Hasilnya macam kat bawah ni. Cuba korang tengok…

Itu sebab aku cakap buat video lagi susah dari menulis blog. Kalau blogging, balik dari bercuti dah mula edit gambar bagi cantik-cantik lepas tu boleh terus membebel kat keyboard.

Cuma masalah kebanyakan blogger bila nak update blog adalah tak tau macam mana nak mulakan perenggan pertama tu. Nak dapat intro memang kena tunggu mood masuk dulu.

Tapi once dah dapat opening entry, memang zassss laju jer mengarang. Segala info yang dah tulis semue luahkan balik jer dalam blog. Cuma yang membezakan setiap orang adalah macam mana cara penyampaian dan penulisan ko kat blog.

Kalau video, ko kena kreatif pastu nak cari lagu yang sesuai untuk masukkan dalam video pun satu masalah jugak.

Ni pendapat aku secara peribadi jer tau… Mungkin korang rasa buat video lagi mudah.. Sebabnya nak menulis kena ada idea jugak. Bukan asal pegang keyboard jer boleh lancar menaip. Yess setuju tapi so far untuk aku, menulis article personal takde masalah untuk aku, kecuali yang sponsored post atau review. Sebab sponsored post dengan review kita terikat untuk masukkan point dan keyword yang ditetapkan.

Apa pun yang kite buat sama ada nak jadi blogger atau vlogger, yang penting kena ada MINAT dan KEINGINAN. Kalau dua tu takde, nanti akan muncul alasan MALAS dan TAKDE MASA. Percaya laa…

Korang yang belum subscribe channel youtube aku, please subscribe dan support aku. Aku cuba untuk kekal releven dengan blog disamping memenuhi minatbaru aku buat vlogging.

Klik Youtube Channel Lan Careno

Filed Under: Blogger, Personal, Youtube Tagged With: bercuti ke hatyai, Blogger, Youtube

« Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.
Misi melayan nafsu tekak di Ipoh – Hokkaido Icecream Puff »

Comments

  1. Nina Mirza says

    December 11, 2019 at 2:53 pm

    Kan…. Setuju. Bukan mudah buat video ni. Buat buat video, edit edit edit pastu tertido selalu terjadi. HAhaa

    Reply
    • Sohoque says

      December 17, 2019 at 7:32 pm

      Utk aku.. Lagilah susah..

      Reply
  2. zik says

    December 11, 2019 at 4:39 pm

    Youtuber banyak kerja juga tuh nak buat. nak edit2 lagi. tapi yang penting kita puas apa yang kita buat

    Reply
  3. ummi nani says

    December 11, 2019 at 6:39 pm

    buat kerap kali, then it will be okay..lepas tu letopsss

    Reply
  4. Azhan says

    December 17, 2019 at 11:54 am

    Tp jd youtuber lg cepat kaya rasanya. Hehe..

    Reply
  5. azni says

    December 20, 2019 at 3:57 pm

    hahahah bab bercakap tu takde masalah .. tapi time nak cari masa nak buat editing tu yang selalu kelaut.

    Reply
  6. sueizza says

    December 22, 2019 at 7:53 am

    huhuuuu tak de bakat buat video huuuu

    Reply
  7. wak Lat says

    January 12, 2020 at 5:35 am

    x semua org leh ckp dpn kamera., hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative