Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Siap dah pasang pintu kitchen cabinet yang aku tempah dengan tukang kayu pallet.

December 7, 2019 by Admin 3 Comments

Spread the love

Mulanya aku plan kitchen cabinet kat homestay aku di Southville City, Bangi memang jenis b0gel gitu jer.. Terbukak terlopong tanpa pintu. Cuba tengok gambar bawah ni.

Tapi bila tengok balik, aku rasa ruang bawah singki tu macam tak menarik pulak sebab nampak batang paip situ. Lagi pun ruang situ dah tak sesuai nak letak benda lain selain tong sampah.

Jadi aku terfikir nak pasang pintu cabinet kat situ. Satu lagi kat bawah dapur memasak pun macam perlu pintu jugak untuk sorokkan tong gas.

Jadi aku decide nak cari tukang kayu yang boleh buatkan pintu cabinet seperti yang aku nak. Aku nak pintu yang simple dan diperbuat dari kayu pallet. Selain sebab nak bagi ngam dengan design dapur aku, pintu jenis ni jugak lebih murah.

Asalnya aku nak design macam atas ni. Lepas tanya beberapa orang tukang kayu, diorang bagi rate antara RM500 hingga RM700. Giler mahal!

Last aku jumpa 1 kat facebook. Harga dia bagi RM480. Walaupun lari sikit dari budget aku, tapi on jer la.

Hasilnya lepas dah siap macam kat bawah ni. Lain sikit dari apa yang aku request but still ok. Lepas ni boleh la simpan barang kat bawah tu. Kiranya jadi tempat storage untuk keperluan homestay.

Korang yyang mencari tukang kayu area Bangi, Semenyeh, Kajang dan sekitarnya boleh cuba Contact Abang Zaid 0174192282 atau boleh ushar facebook dia ZnZ Secondhand&Pallet Item.

Loading

Filed Under: Uncategorized

« Settle beli semua keperluan sekolah Akiff di Pusat Pakaian Hari Hari.
Susahnya nak jadi Youtuber.. Baik jadi Blogger lagi senang. »

Comments

  1. ummi nani says

    December 8, 2019 at 12:19 am

    rm480 tu satu pintu tu je ke.. kalau itu sahaja macam mahai juga.. heheh tapi daripada tak reti buat langsung, tempah kira onz je la.. hahah

    Reply
    • Admin says

      December 8, 2019 at 12:47 am

      Dua tempat, bawah singki dgn bawah dapur masak tempat letak tonflg gas tu.

      Reply
  2. Hafiz Rahim says

    December 9, 2019 at 8:58 am

    Okay dah tu kalau 4 pintu. Layankan je.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative