Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tema baju raya 2020 kami tetap sedondon walaupun design moden…

January 31, 2020 by Admin 5 Comments

Spread the love

Awalnya aku buat persiapan raya tahun ni. Raya bulan 5 tapi bulan 1 aku dah beli baju raya untuk kami anak beranak. Hahaha.. Kena kecam jugak sikit kat facebook sebab beriye sangat nak sambut raya melebihi keinginan sambut Ramadhan. Hohoho..

Sebenarnya ada sebab kenapa aku siapkan baju raya awal tahun ni. Sebabnya bulan puasa nanti aku kena alihkan tumpuan persediaan raya kepada persediaan menerima ahli keluarga baru. Haa sebab tu laa…

Setiap tahun aku sekeluarga akan buat photoshoot raya di studio. Dah jadi kebiasaan untuk kami potretkan gambar raya kami sedondon. Cuba tengok gambar raya kitorang kat bawah ni. Start tahun 2016 hingga 2019..

Tahun 2020 ni lambang kemodenan. Jadinya aku plan nak cari baju raya moden yang sedondon untuk kami anak beranak..

Alahai comelnya baju ni.. Niat nak cari yang macam ni tapi sedondon kami anak beranak..

Puas mencari dan survey, akhirnya Butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam pilihan aku…

Butik Cirgaro ni ada banyak koleksi baju melayu dan kurta moden untuk raya. Ada dari saiz budak umur setahun hingga saiz dewasa. Haaa untuk abah-abah yang berbadan besar tapi nak nampak stylo dengan design moden, haaa kat sini ada kurta plus size sehingga 4XL…

Banyak pilhan warna dan design yang ada. Cuma satu jer, kalau la ada design leher cekak musang, lagi kena 100% dengan taste aku.. Aku kurang suka leher yang macam ni tapi mungkin sebab nak nampak lebih casual, sebab tu hanya leher baju jenis ni jer yang ada… Agaknya laa…

Ni antara koleksi yang sempat kitorang try hari tu sebelum si Azif buat perangai. Biasa la budak-budak, kejap jer ok lepas tu mula la bosan..

Korang rasa yang mana pilihan kitorang? Tunggu nanti aku reveal masa photoshoot… Hehehe…

Aku tak pandai nak explain bab material kain yang digunakan tapi jujur cakap, material yang digunakan sangat berkualiti. Kain jenis premium cotton ni memang selesa pakai. Even si Akiff pun cakap baju tu best pakai.

Walaupun kain tebal tapi lembut, kiranya sesuai la dengan cuaca kita. Fabrik yang digunakan ni jenis tak mudah renyuk, mudah digosok, tak panas dan tahan lasak.

Alololo comel jer semua kurta budak ni. Geram jer tengok.. Semua design yang ada untuk budak, ada jugak untuk si bapak. Zaman sekarang kalau tak sedondon, tak boleh!!! Korang boleh klik koleksi kurta raya kanak-kanak tahun 2020 untuk lebih detail.

Kurta moden biasanya tak set sekali dengan seluar. Tapi takpe sebab baju style gini sesuai jer kalau pakai dengan jeans atau seluar khakis. Seluar aku tak nak shopping awal-awal sebab bebudak ni cepat tinggi, aku lak takut saiz pinggang berubah nanti. Hehehe…

Biasa bila orang survey baju raya ofcoz nak tahu sekali dengan harga kan.. Bab harga, bagi aku Cirgaro Apparel berada dalam level pertengahan. Tak murah dan tak mahal.. Tapi bila compare dengan kualiti fabrik dan jahitan serta design yang ada, harga boleh dianggap berpatutan dan berbaloi.

Bagi aku, tak rugi bayar extra sikit untuk dapatkan kualiti baju yang boleh pakai bertahun lama. Lebih-lebih lagi bila beli baju yang design multiporpose macam ni. Tak semestinya pakai untuk raya, pakai untuk casual pergi kenduri kendara atau jalan-jalan pun sesuai dan selesa. Ni antara sebab kenapa aku pilih jenama Cirgaro Apparel.

Sebenarnya baju perempuan pun ade jugak kat sini, korang boleh ushar di www.cirgaro.com atau semua platform social media Cirgaro. Tapi aku nasihatkan korang datang dan cuba sendiri baju di Butik Cirgaro Apparel. Bila korang dah try aku yakin korang akan setuju dengan apa yang aku tulis semua ni.

Butik Cirgaro Apparel
Lot F4A, Level 1
Plaza Shah Alam
Persiaran Ampuan Zabedah
Seksyen 9,
40000 Shah Alam, Selangor

Butik Cirgaro Apparel (Aeon Kota Bharu)
Lot S03, Level 2
Aeon Kota Bharu
Jalan Sultan Yahya Petra
15050 Kota Bharu, Kelantan.

Whatsapp Hotline : 016-8811 430

Follow, Like & Subscribe :
Website : www.cirgaro.com
Facebook : Cirgaro
Instagram : @cirgaroapparel
Twitter : @cirgaroapparel
Youtube : Cirgaro Apparel

Loading

Filed Under: Family, Fesyen, Produk Tagged With: baju raya, cirgaro, cirgaro apparel

« Vaksin influenza habis?!! Apa yang perlu kita lakukan?
Mesin dryer, kehendak atau keperluan? Ni review jujur aku. »

Comments

  1. Ai says

    February 14, 2020 at 9:45 am

    Cantik yang checkered pattern tu.

    Reply
  2. viral malaysia says

    March 21, 2020 at 5:08 pm

    signage
    sakit lutut
    sakit sendi
    sakit lutut
    tudung labuh
    Petua Hilangkan Batuk
    Tanda Awal Kehamilan
    Kencing Manis
    Educational Toys
    myeg
    candy b
    eimas
    cepswam
    scheduled waste
    trademark
    packaging design
    birthday cake
    viral malaysia
    baby shop

    Reply
  3. Tudung Bawal Exclusive Online says

    June 3, 2020 at 2:13 pm

    Terbaik info, terima kasih..

    Sangat membantu…

    Mohon share ya tuan..

    Reply
  4. Oyen says

    August 20, 2020 at 3:18 pm

    Wah sedondon semuanya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative