Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Vaksin influenza habis?!! Apa yang perlu kita lakukan?

January 14, 2020 by Admin 4 Comments

Spread the love

Sekarang ni tengah kecoh seluruh Malaysia pasal penyakit berjangkit influenza. Ramai ibu bapa mula panik untuk dapatkan vaksin influenza untuk anak-anak tapi sayangnya kebanyakan klinik dah kehabisan stock untuk vaksin ni.

Aku sendiri dah call berpuluh klinik untuk vaksinkan anak-anak aku tapi malangnya semua takde stock. Huhuhu… Susah hati jugak sebenarnya tapi apa boleh buat. Yang mana kita boleh kawal untuk mencegah, kita cuba selagi boleh.

Tapi sebelum korang gelabah tak tentu arah, make sure korang tahu dulu apa itu influenza. Apakah tanda-tanda anak kita dijangkiti influenza.

Ada banyak tanda-tanda yang perlu kita alert. Jangan kita fikir anak hanya demam biasa atau selsema biasa jer. Ni antara tanda-tanda yang kita perlu ambik serius :

  • Demam teruk yang berpanjangan. Kadang tu sehingga lebih 2 minggu masih belum kebah.
  • Suhu badan tinggi melebihi 38c dan bila bagi makan ubat still tak menurun suhu badannya.
  • Batuk kering yang semakin teruk dari hari ke hari sehingga menyebabkan sakit tekak.
  • Kerap bersin walaupun hidung kering dan tidak berair.
  • Badan terasa lemah dan sendi terasa sakit. Malah kepala juga terasa sakit.

Demam yang disebabkan influenza ni adalah seakan-akan demam selsema cuma ia lebih serius. Jadi, kalau korang atau anak yang demam selsema, cepat-cepat dapatkan rawatan.

Virus influenza ni sangat mudah tersebar dan berjangkit. Sama ada melalui udara atau sentuhan. So, korang boleh follow tips berikut bagi mencegah dari mudah dijangkiti virus ni :

  • Bawa sanitizer kemana sahaj korang pergi. Pastikan korang kerap sanitize tangan setiap kali menyentuh sesuatu di public. Jangan lupa, bekalkan juga kepada anak yang bersekolah.
  • Pastikan wet tisu anti bacteria sentiasa bersama anda. Gunakan wet tisu tersebut untuk lap apa sahaja benda yang terdedah. Contohnya meja makan di kedai makan. Tapi sebaiknya cuba elakkan diri dari pergi tempat public seperti kedai makan.
  • Pakai penutup mulut terutama ketika berhadapan dengan public.
  • Kerap minum air. Pastikan tekak sentiasa basah dan tidak kering.
  • Elakkan dari pergi tempat yang berisiko terutamanya klinik dan hospital jika tidak perlu. Buat masa sekarang, tak perlu pergi ziarah orang sakit sebab takut korang pulak yang dijangkiti.
  • Kurangkan aktiviti luar rumah.
  • Spray udara dalam rumah dengan spray pembunuh bakteria. Korang boleh beli spray Dettol di farmasi.

Sementara gejala demam influenza ni nak reda di seluruh Malaysia, pastikan korang sentiasa peka dengan persekitaran. Ambil tahu keadaan di tadika anak, di kelas dan sekolah jika ada sesiapa yang dijangkit supaya anda boleh extra berjaga-jaga. Boleh baca juga perkongsian rakan blogger Daus Redscarz pasal anak dia yang dijangkiti influenza A.

Oh yaaa…. Pastikan anak korang tahu tentang virus dan demam influenza ni supaya diorang peka dan menjaga kebersihan diri.

Filed Under: Info, Kesihatan, Parenting Tagged With: perinting, vaksin influenza

« Misi melayan nafsu tekak di Ipoh – Hokkaido Icecream Puff
Tema baju raya 2020 kami tetap sedondon walaupun design moden… »

Comments

  1. Ai says

    January 15, 2020 at 12:23 pm

    Spray Dettol tu pun banyak tempat dah sold out.

    Reply
    • Mustapa says

      February 5, 2020 at 6:05 pm

      Mydin chowkit ada

      Reply
  2. umi nazrah says

    January 15, 2020 at 5:44 pm

    semoga dipermudahkan urusan bagi ibu bapa yg menghadapi wabak ni. semoga wabak ni cepat hilang dengan izin Allah Taala. aamiin

    Reply
  3. viral malaysia says

    April 4, 2020 at 1:34 pm

    Influenza belum habis.. tetiba covid 19 pula….

    bina rumah atas tanah sendiri
    bina rumah
    rumah banglo
    kontraktor rumah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative