Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Casuarina Cottage, homestay pesisir pantai Paka yang menenangkan untuk bercuti

March 30, 2020 by Admin 3 Comments

Spread the love

Masa awal cuti sekolah hari tu, aku dan family ada pergi ke Paka, Terengganu untuk attend wedding kawan wife aku.

Untuk pertama kali, aku tak cari penginapan melalui agoda atau booking.com atau trivago.. Tapi aku cari penginapan melalui airbnb.

Tanpa sengaja aku terjumpa unit homestay Casuarina Cottage dan aku sangat teruja bila tengok gambar tempat penginapan ni.

Konsepnya ala rumah kampung tepi pantai. Lepas pm owner tanya serba sikit, aku terus buat tempahan melalui airbnb untuk 1 malam dengan harga RM160/night.

Walaupun 1st time ke Paka, tak susah nak cari homestay ni sebab dalam waze dah ada set Casuarina Villa dan aku follow jer waze terus sampai depan rumah.

Apa yang aku expect tentang homestay tak sama dengan apa yang aku nampak depan mata. Realitinya homestay ni lagi menarik dari apa yang aku fikirkan.

Kenapa aku cakap homestay ni best? Sebabnya tempat dia cukup menenangkan, banyak port bersantai.

Depan rumah siap ada buaian hang digantung kat pokok.. Pastu ada gazebo kalau nak relax dan bergossip.. Nak lagi best siap boleh panjat tangga lepak kat pondok atas pokok.

Bebudak ni memang happy giler.. Tak perlu berebut dengan sesiapa sebab ni semua owner homestay punya. Public tak boleh suka-suka datang melepak..

Dalam rumah pulak, terasa suasana dulu-dulu sebab konsepnya memang rumah kampung. Ada 1 katil queen, meja makan tinggi 4 kerusi, microwave, aircond, iron dan flat screen tv.

TV canggih sebab guna internet tv sama macam rumah kitorang kat KL ni.. Nak tengok movie apa semua ada. Kitorang takde kekok dengan internet tv, korang yang tak biasa mungkin susah sikit kot.

Bilik air sempit sikit la tapi ok jer. Bilik air jer tak ikut konsep rumah kampung. Hehehe..

Aku suka gila pesisir pantai Paka sebab ianya bersih dan terjaga. Walaupun laut tu tak sesuai untuk mandi sebab katanya agak curam dan dalam (risiko di tarik ke tengah laut) tapi pasir pantai tu pun dah cukup untuk anak-anak enjoy main tepi pantai.

Cuma satu jer la.. Ada beberapa ekor anjing berkeliaran kat tepi pantai. Tapi anjing tu semua bukan jenis liar yang kacau orang. Tak dengar pun anjing tu menyalak.. Cuma dia pun nak melepak dan jalan-jalan tepi pantai.

Waktu pagi dapat tengok sunrise.. Memang best! Tenang sangat waktu pagi kat sini..

Aku ada buat video khas penginapan kami 2 hari 1 malam kat situ, korang layankan lahh.. Dalam video tu ada video timelaps matahai terbit yang aku rekod. Cantikk..

InsyaAllah aku nak repeat lagi kat sini tapi nak bawak mak abah aku skali. Mak abah suka tempat yang menenangkan dan boleh santai dan rilex. So, sini memang tempat yang sangat sesuai.

Korang yang nak datang menginap kat sini boleh terus booking thru airbnb dengan klik link yang aku berikan kat bawah.

Casuarina Cottage Homestay

Filed Under: Hotel, Info, Review, Travel Tagged With: Casuarina Cottage, Paka Terengganu, travel

« Stay at home! Dan cuba resepi viral ni, Dalgona Coffee…
Resepi Sangkaya Pandan ala Boat Noodle yang paling mudah dibuat »

Comments

  1. Huda says

    March 30, 2020 at 9:57 pm

    Haish..rindu yer pantai dan stay ditepi pantai camni..pas PKP nak bawa family stay sini. Dekat pun dekat..nk bercuti jauh2 xberani..huhu

    Reply
  2. Peggy says

    July 2, 2020 at 3:56 pm

    Nak gi Kerteh, jauh tak?

    Reply
  3. Moreno says

    November 10, 2022 at 2:53 am

    terima kaseh tuan atas review yg menarik!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative