Tinggal kat rumah tinggi ni, faham jer la tahap keterbatasan untuk jemur kain baju yang dah dibasuh. Macam kat rumah aku ni, aku memang takde pilihan melainkan sangkut kat tingkap rumah. Sedih kann…
Bertahun dah kami macam ni, tapi tu bukan pilihan tapi itulah realiti kehidupan penghuni rumah pangsapuri.
Mujur sekarang ni dobi layan diri bersepah-sepah di celahan deretan kedai. Dekat area rumah aku ni pun ada beberapa dobi layan diri. Sesekali selepas basuh baju di rumah, aku ke dobi untuk keringkan kain baju.
Miss Permaisuri pernah cakap teringin nak ada mesin dryer sebiji kat rumah. Takyah aku ke dobi lagi dah.. Takyah sidai kain baju di tingkap lagi dah.. Tapi lepas survey harga mesin dryer baru, rasa macam belum berkemampuan.
Mujur kawan aku share katanya dia beli dryer recond melalui market place di facebook dengan harga hanya RM400 jer. Woww…. Murah tuu..
Aku pun try la cari kat facebook market place dan alhamdulillah aku jumpa mesin dryer Samsung 8kg melalui facebook.
Harga dia open RM700 tapi lepas nego aku dapat RM450 jer!!! Sekali penghantaran… Murahkan…
Tapi sebelum aku decide untuk beli, aku banyak survey dan research jugak. Rupanya ada 2 jenis teknology dryer yang korang kena tahu. Jenis ventilation atau vented dan jenis condenser.
Dryer jenis ventilation / vented
Dryer jenis ni biasanya harga lebih murah dari jenis condenser. Dryer ventilation mempunyai hose panjang di belakang mesin untuk keluarkan angin panas. Kalau korang nak letak dryer dalam rumah, make sure ada tempat untuk salurkan angin panas tu keluar.
Untuk rumah pangsapuri macam aku, memang tak sesuai la dryer macam ni kecuali kalau aku letak mesin dryer kat balcony.
Dryer jenis condenser
Dryer jenis ni mahal sikit dari ventilation. Sangat sesuai untuk letak dalam rumah sebab tak memerlukan hose untuk keluarkan angin panas. Dia menggunakan teknologi kondenser di mana wap panas akan disejukkan dan bertukar menjadi air. Air tu akan bertakung dalam 1 bekas dan tugas kita untuk buang air bertakung tu setiap beberapa kali penggunaan.
Tapi tak bermaksud dryer jenis condenser ni tak keluarkan air panas langsung tau. Ade jer keluar angin panas tapi sikit jer. Lebih kepada ruang udara la..
Oleh sebab tu aku beli dryer jenis condenser sebab kedudukan dryer aku ni kat tengah rumah, memang takde tempat untuk hose udara panas.
So far, aku sangat berpuas hati pakai dryer kat rumah. Dah tak yah fikir nak sidai baju dah. Tapi ada masalah lain pulak la, bila baju asyik basuh dan terus kering makanya baju yang tak sempat berlipat tu dah menggunung. Hahahaha…
Ok laa.. Nak survey mesin lipat baju pulak.. Wakaka… Tipu jer..
Ehhh.. Lupa nak share. Aku ada beli washer machine jenis front load jugak.. Terpaksa beli sebab nak susun atas bawah..
Mesin lama aku jenis Panasonic Top Load 8kg yang aku dah guna 10 tahun.. Aku jual kat facebook market place dengan harga RM280.
Kemudian aku beli washer machine jenama Electrolux 9kg dengan harga RM600 sekali kos hantar. Beli kat market place kena pandai nego..
Dah 2 minggu aku pakai, memang seronok mendobi kat rumah. Dah siap ajar Akiff untuk basuh baju diorang sendiri. Berebut budak dua orang tu nak membasuh. Hahaha… Ramai yang tanya bab penggunaan elektrik, aku tak tau lagi tapi harapnya tak membebankan laa.. Kalau rajin nanti aku update sini penggunaan eletrik macam mana.
Delimasari says
mudah dan pantas ada dua mesin tu
umi nazrah says
alhamdulillah sangat bermanfaat kan ada mesin dryer 🙂
admin says
masa ini lah dryer diperlukan
takaful malaysia
Lutfia says
Nak beli ni juga Kat market place. Thank review nya
Hamimi says
Ada link kt matket place fb?
Menarik.
Faizal says
Bil letrik macam mana tuqn untuk sebulan