Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman kami menempuh hari-hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan – Covid-19

April 29, 2020 by Admin 2 Comments

Spread the love

Dulu masa kecik aku dok terbayang tahun 2020 adalah tahun yang sangat indah, dengan kemodenan yang serba canggih tapi hakikatnya tahun ni merupakan tahun yang sangat berbeza dengan apa yang digambarkan dan tak mungkin dapat dilupakan.

Semuanya disebabkan oleh pendemik virus Covid-19 yang sebelum ni dikenali sebagai Corona Virus. Kehidupan aku dan seluruh dunia berubah sepenuhnya disebabkan virus ni.

Bermula 18 Mac 2020, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menyekat penularan wabak Covid-19. Seluruh rakyat Malaysia diperintah untuk tidak keluar rumah dan hanya ketua keluarga dibenarkan keluar untuk beli keperluan rumah. Setiap rumah hanya sorang wakil jer yang boleh keluar.

Just imagine kitorang dok melepak jer kat rumah, aku paling kesian kat anak-anak aku laa.. Nak main kat padang pun tak boleh, terperuk jer dalam rumah. Sebab tu aku buat beberapa aktiviti supaya kitorang dapat spend time buat aktiviti bersama.

Mengecat Rumah

Lebih kurang 70% dinding dalam rumah kitorang cat.. Living hall, dining, master bedroom dengan bilik tidur bebudak ni. Tinggal area dapur dengan bilik satu lagi jer tak cat.

2 minggu jugak la nak habiskan cat rumah ni. Sebab kena cat putih undercoat dulu sebelum cat warna. Dan lagi satu memang sengaja cat sikit-sikit sebab nak isi masa sepanjang tempoh PKP ni.

Dekorasi Dalam Rumah

Dah alang-alang rumah bersepah sebab kerja mengecat, boleh la terus ubah susunan perabot dalam rumah dan buat dekorasi simple. Susunan ruang tamu, dalam bilik aku dengan bilik bebudak ni semua kitorang ubah dari kedudukan lama.

Terus dapat mood baru walaupun takde perabut baru. Takde la terasa bosan sangat kat rumah. Lepas tu aku beli wall sticker kat shopee then pasang dalam bilik bebudak ni.

Korang boleh tengok video bawah ni macam mana kitorang pasang wall sticker. Kos tak mahal dan hasilnya pun lawa.

Masak Bersama

Selain tu, aku dengan anak-anak jugak rajin memasak. Haaa ni macam tak percaya kan. Hahaha.. Takde la masak lauk pauk, tapi kitorang buat desert yang simple-simple jer.

Antara yang kami buat adalah kek batik indulgence, puding roti kastard, sang kaya pandan, honey butter cookies, cheesekut, dalgona coffee, teh ais buih dan InsyaAllah selagi belum habis PKP, ade jer lagi menu lain yang kitorang nak try. Hehehe…

Movie Time

Satu lagi aktiviti kitorang setiap malam time musim PKP ni adalah movie time. Siap buat giliran siapa yang decide untuk pilih movie, kalau tak buat giliran asyik kena paksa tengok kartun jer la dengan bebudak ni.

Baru-baru ni aku bukak film P. Ramlee bagi diorang layan.. Si Akiff ok lagi, terhibur sampai esoknya nak repeat tengok film P. Ramlee yang lain pulak. Tapi si Azif macam biasa la, selain kartun semunya bosan bagi dia. Hahaha..

TV Games

Walaupun kitorang takde Play Station, tapi kitorang ada TV Games… Tv aku dipasang dengan android box, so boleh la install game dalam playstore dan main menggunakan mouse kat TV.

Game Homescape ni dah masuk level 300 lebih dah kitorang dok pulun sepanjang PKP ni. Kadang-kadang berebut jugak nak main sebab semua pun layan game ni. Miss Permaisuri sampai download game ni kat phone dia sebab tak nak berebut dengan kitorang. Wakaka…

Ulangkaji Pelajaran

Sekolah ntah bila akan disambung semula, kalau dibiarkan nanti lemau bebudak ni bila masuk sekolah sebab lama sangat cuti. Nasib baik cikgu diorang selalu kirimkan homework untuk buat ulangkaji kat rumah. Tapi kena pantau dan duduk sekali, kalau tak nanti diorang main-main.

Penggunaan Gadget

Aku anggap gadget sebagai sesuatu yang normal saat PKP ni. Akiff dengan Azif pun masing-masing ada smartphone sendiri dan aku bagi jer kebebasan kat diorang untuk main phone sama ada layan youtube atau main game. Cuma aku pantau jugak apa yang diorang main dan tengok.

Cara aku limitkan penggunaan gadget untuk diorang adalah dengan cara hanya sekali sahaja boleh charge batery phone sehari iaitu masa nak tido. Dalam sehari tu pandai-pandai lah diorang jimat batery fon, kalau batery habis dah tak boleh charge. Nak tido malam baru boleh charge untuk penggunaan esok hari.

Main Mainan

Apa-apa mainan yang tersimpan sebelum ni pun aku dah keluarkan sebab tak nak diorang rasa bosan kat rumah. Track hotwheels pun dah pasang bagi diorang main pastu bersepah kereta hotwheels atas lantai dalam rumah ni. Lantak la nak, janji lepas tu kemas balik.

Hikmah

Banyak sangat hikmah disebalik semua yang berlaku ni. Kita dapat luang lebih banyak masa dan buat pelbagai aktiviti bersama.

Apa yang aku perhatikan, Akiff dengan Azif sangat rapat. Main sama-sama walaupun sesekali bergaduh tu ada tapi mujur la si abang jenis sentiasa beralah dengan si adik. Seronok tengok bonding time antara diorang.

Banyak lagi aku nak share sebagai kenangan kami sekeluarga menempuh hari-hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni. Tak sabar nak teruskan hidup normal seperti biasa, boleh keluar makan kat restoran, boleh pergi bercuti dan boleh bersukan.

InsyaAllah habis jer PKP nanti aku plan nak luangkan masa bercuti tepi pantai. Nak repeat stay kat Homestay Casuarina Cottage, Paka. Nak lepak tepi pantai dan nak keluar makan kat restoran yang best.

Oh yaaa.. Satu lagi aku tak sabar nak main badminton. Badan dah rasa berat oi sebab dah lama tak bersukan. Huhu..

Filed Under: Family, Isu Semasa, Parenting, Personal Tagged With: Covid19, Pengalaman Covid19, Tips di rumah

« Resepi Sangkaya Pandan ala Boat Noodle yang paling mudah dibuat
Resepi Kuih Seri Muka yang atasnya lembut. Senang jer buat kuih tradisional ni »

Comments

  1. Muaz says

    May 4, 2020 at 7:21 am

    Salam bang, kitchen bar batu dalam entry paaang vinyl Jan 2019 tu, pak Hassan buay jugak ker? Klo bukan dia buat boleh bg contact person yang buat x? Thx bang

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative