Kuih Seri Muka adalah antara kuih tradisional favourite aku. Nak dapat yang betul-betul sedap kena dengan tekak aku memang susah sebab aku suka kuih seri muka yang bahagian hijau atasnya lembut dan berlemak.
Kebanyakan yang aku jumpa orang jual bahagian atasnya keras macam agar-agar. Resepi ni aku dapat dari kakak aku sebab kuih seri muka yang dia buat memang sedap giler. Pulutnya berlemak dan hijau atas tu lembut dan manis. Fuhhh… Terliur pulak…
Sebab susah nak dapat kuih Seri Muka yang macam tu kat KL ni dan nak tunggu balik kampung merasa kuih dia buat pun ntah bila nak dapat balik. Last-last aku call kakak aku mintak resepi dari dia. Aku nak try buat sendiri.
Jeng jeng jeng.. hasilnya macam kat bawah ni. Menjadi wehhh.. Walaupun tak sama sebijik macam yang dia buat tapi better dari yang jual kat luar. Craving statisfied!!!
Untuk rujukan aku akan datang dan jugak korang, aku share resepi ni dalam blog selepas dapat keizinan kakak aku. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Lapisan Pulut
– 2 Cawan Beras Pulut
– 2 Cawan Santan Cair
– 1/2 sudu teh Gula
– 1/2 sudu teh Garam
Lapisan Hijau
– 3 helai daun pandan (dikisar dan ambil airnya)
– 2 Cawan Santan Pekat
– 2 Biji Telur
– 6 Sudu Besar Gula
– 2 Sudu Besar Tepung Gandum
– 1/2 sudu teh Esen Pandan
– 1/2 sudu teh Pewarna Hijau
Cara-caranya
Campurkan semua bahan lapisan pulut dalam loyang bersaiz 7 – 9 inci dan gaul sehingga rata. Kemudian kukus lebih kurang 40 minit. Pandai-pandai la korang chek pulut tu dah masak belum.
Sementara tunggu lapisan pulut masak, korang boleh terus siapkan bahan-bahan untuk lapisan hijau.
Daun pandan dikisar dengan campur sikit air dan kemudian tapis untuk dapatkan air pandan. Campurkan semua bahan lapisan hijau termasuk air pandan tadi dan gaul sehingga sekata.
Bila lapisan pulut dah masak, korang tekan-tekan untuk padatkan lapisan pulut tu supaya bila korang tuang lapisan hijau nanti dia tak menyerap masuk kat celahan pulut tu.
Kemudian tapiskan adunan lapisan hijau tu terus ke dalam loyang. Kukus dengan api perlahan. Anggaran masa 45 minit. Bila korang dah start kukus, jangan sesekali buka penutup kukus tu sebab bila korang buka nanti wap air akan menitik atas lapisan hijau tu dan nanti permukaan hijau tu jadi tak cantik.
Ni ada beberapa tips aku nak share dengan korang.. Kalau rasa nak lapisan hijau tu lagi lembut dan cair, korang kurangkan sikit tepung gandum. Pastu untuk bagi permukaan hijau tu melekat cantik kat atas pulut, korang kena tuang adunan hijau masa pulut masih panas. Kalau pulut dah sejuk, korang kukus balik dalam beberapa minit then baru tuang adunan hijau tu.
Ok itu jer.. Siap sudah kuih seri muka. Senang jer kann… Aku pun tak sangka rupanya senang jer nak buat kuih ni. Nak lebih mudah faham korang boleh refer video kat channel youtube aku kat atas.
Leave a Reply