Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Resepi rendang ayam mak, wajib ada setiap kali raya

May 14, 2020 by Admin 1 Comment

Spread the love

Pertama kali aku dan keluarga akan beraya di perantauan. Tak pernah terbayang pun yang aku akan merasa pengalaman macam ni. Iyer laa… Dok KL jer pun dan kami suami isteri pulak kejer Gov, bab cuti raya memang takde masalah.. Tapi disebabkan oleh si corona, semua orang tak dapat balik beraya kat kg tahun ni.

Tapi takpe laa… Ni pun pengalaman untuk kita semua kan. Raya tetap On! Pagi raya wajib ada menu-menu raya. Kakak-kakak aku dah kirimkan ketupat palas frozen untuk kitorang kat KL ni. Diorang kirimkan dengan bas. Kakak aku sendiri yang buat tapi ikut resepi mak. Dapat jugak la merasa makan ketupat mak pagi raya nanti.

Lepas tu mak ada kirimkan jugak bahan-bahan untuk buat Rendang Ayam Cili Padi favourite aku. Tiap tahun wajib ada rendang ni. Sebab nak rasa sendiri resepi mak, itu yang aku mintak mak kirimkan semua bahan. Kat KL ni ade jer bahan-bahan tu semua tapi kuantiti tu takut salah.

Mak ada bagi 2 plastik, satu aku dah masak dan satu lagi malam raya nanti baru aku masak. Ni aku nak kongsikan dengan korang resepi rendang ayam mak aku. Aku tak tahu nak beritahu kuantiti bahan-bahan tu macam mana, jadi aku juz bagi ukuran jari macam gambar bawah ni. Hope korang faham laa…

Rendang Ayam Cili Padi

Bahan-bahan A

  • Cili Hijau – 50 Biji (Ini untuk level pedas yang biasa)
  • Serai – 7 batang
  • Kunyit Hidup – Saiz 3 jari
  • Halia – Saiz 3 jari
  • Lengkuas – Saiz 3 jari
  • Bawang Besar – 5 biji
  • Bawang Putih – 5 ulas
  • Air – 1 cawan

Bahan-bahan B

  • Ayam – 1 ekor bersaiz besar

Bahan-bahan C

  • Daun Kunyit – 3 helai
  • Santan – 500ml
  • Gula – 2 sudu besar
  • Garam – 2 sudu teh (kena rasa dan adjust sendiri)
  • Cukup Rasa – 1 sudu besar
  • Kerisik – 5 sudu besar
  • Asam Keping – 2 keping saiz sederhana

Cara-caranya

Kisar semua bahan-bahan A. Masukkan dalam kuali panas tanpa minyak. Kemudian boleh teruskan masuk ayam sekali. Ayam tu nak goreng separuh masak dulu pun boleh, tak nak goreng dulu pun takpe. Aku suka yang tak goreng, lagi lembut.

Agak-agak ayam dah masak dan bahan A tadi pun dah mendidih dan sedikit kering, masukkan semua bahan C dan gaul.

Tadaaaaa… Dah siap. Senang jer sebenarnya. Yang melecehkan sebab bahan yang nak digunakan tu banyak.

Faktor yang menentukan rendang ni sedap ke tak adalah kuantiti bahan-bahan tu.. Kena seimbang. Itu masalah aku sebenarnya sebab tak pandai agak. Bila call mak, dia bagi tau bahan-bahan apa yang kena ada tapi kuantiti suruh agak. Mana la aku tau nak agak.

Haaa ni dah dapat bungkusan azimat bahan-bahan dari kampung, terus tulis kat blog supaya senang aku nak refer nanti. Hehehe…

Filed Under: Food, Personal Tagged With: rendang ayam, resepi rendang ayam

« Sesekali tukar selera, kali ni aku order bubur berlauk dari Jim’s Porridge
Boleh ke buat cermin mata waktu PKP? Bukak ke kedai cermin mata? »

Comments

  1. Yuzie says

    June 20, 2020 at 1:17 am

    Wahhh…lama betul tak jln2 baca blog.Serius lama.masih aktif blog Lan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
  • Install Smart Door Lock kat rumah.. Antara kelebihan yang korang perlu tahu..
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative