Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Resepi Kek Batik Indulgence paling mudah dan rasa setanding Secret Recipes

June 28, 2020 by Admin 4 Comments

Spread the love

Disebabkan sekarang ni kite dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa yang ada kat rumah tu banyak aku gunakan untuk buat benda makan terutamanya desert.. Hehehe…

Sebelum ni aku pernah buat kek batik biasa dengan kek batik red velvet, kali ni aku advance sikit dengan buat kek batik indulgence.

Mulanya aku ingatkan leceh sangat nak buat kek batik indulgence ni, rupanya takde la sesusah yang aku bayangkan. Lapisan pertama tu sama jer dengan kek batik biasa, bezanya kena tambah 2 lapisan lagi iaitu lapisan cream cheese dengan lapisan coklat.

Atas ni adalah hasil kek batik indulgence yang aku buat.. Terasa kagum dengan diri sendiri. Hahaha.. Aku dah sediakan video cara pembuatan kek batik indulgence ni, korang boleh refer video dari channel youtube aku di hujung entry ni.

Bahan-bahan – Lapisan Kek Batik

  • 250g buttercup
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 cawan milo
  • 3/4 cawan susu full cream
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 500g biskut marie

Bahan-bahan – Lapisan Cream Cheese

  • 250g cream cheese
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 sudu besar serbuk gelatin yang dibancuh dengan 3 sudu besar air panas
  • 200ml dairy whipping cream

Bahan-bahan – Lapisan Coklat

  • 300g coklat masakan (dark chocolate)
  • 250ml dairy whipping cream
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu besar mentega

Okeh itu jer bahan-bahannya.. Cara buatnya kita kena siapkan lapisan demi lapisan. Lepas siap setiap lapisan tu, kena sejukkan dalam peti ais dulu dan kemudian baru buat letak lapisan cheese dengan lapisan coklat. Nak lagi mudah korang boleh tengok cara-cara buat kek batik indulgence dalam video kat bawah…

Tapi aku nak ingatkan korang, sebaiknya gunakan loyang yang boleh dibuka kat tepi tu. Senang nak keluarkan kek batik indulgence ni dari loyang. Kalau tak nanti jadi macam aku dalam video tu.

Jenuh jugak nak keluarkan kek tu tanpa rosakkan kek. Tapi kalau takde loyang yang boleh bukak tepi tu, korang kena alas dengan kertas dan make sure kertas bahagian tepi loyang tu dilebihkan kat atas supaya senang bila nak keluarkan kek boleh tarik jer kertas tu.

Haaa… boleh la pergi cari bahan dan mula baking. Serius kek ni tak susah nak buat dan kalau korang buat confirm menjadi punya laa… Selamat mencuba!

Filed Under: Food, Personal, resepi Tagged With: resepi kek batik indulgence, resepi kek viral

« Jamuan birthday Akiff & Azif kecoh bila buat TikTok ramai-ramai
Sekali lagi gambar aku di blog disalah guna. Ini tindakan yang aku ambil.. »

Comments

  1. Perdu Cinta says

    June 28, 2020 at 12:24 pm

    Selalu buat kek batik biasa je..cuma adalah mix dengan kekacang..yang ni belum pernah cuba lagi..boleh cuba ni.

    Reply
  2. Diana says

    June 29, 2020 at 10:34 pm

    Jaga2.. gemuk nanti asyik cuba resepi je.. hahahha..

    Reply
  3. Ai says

    June 30, 2020 at 10:31 am

    Cantik kejadian kek tu.

    Reply
  4. miminadam says

    June 30, 2020 at 11:52 am

    pergh alan dah rajin masuh dapur

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak boleh rentas negeri? Takda hal.. Kami bercuti di kolam pantai buatan di KL
  • Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)
  • Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative