Tahun 2020 adalah tahun yang tak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia malah seluruh dunia juga.. Wabak Covid-19 atau sebelum ini dinamakan Corona Virus yang mula di kesan penghujung tahun 2019 di Wuhan, China kini telah merebak ke seluruh dunia. Malaysia tak terkecuali dari pendemik ini malah kesannya sangat besar dalam kehidupan kita seharian.
Aku ada tulis kenangan kami sekeluarga menempuh saat-saat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Bagi mengingati peristiwa sepanjang tempoh ini, aku tuliskan balik setiap apa yang berlaku dalam kehidupan rakyat Malaysia ketika ini.

Tanggal 16 Mac 2020, jam 10 malam. Perdana Menteri Malaysia yang baharu iaitu Tan Sri Muhyidin Yassin telah membuat pengumuman khas dimana ia telah dipancarkan disetiap saluran tv telah mengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa selama dua minggu bermula 18 Mac 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah larangan kepada seluruh rakyat Malaysia dari keluar rumah. Tujuannya adalah untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 yang sedang merebak dan sangat mudah dijangkiti.
PKP terpaksa dilanjutkan sehingga beberapa tempoh yang agak panjang. Kemudian syarat PKP dilonggarkan bagi menjana semula ekonomi negara yang terjejas. Tempoh tersebut dinamakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kemudian tempoh pemulihan diperkenalkan yang dipanggil Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dimana dalam tempoh ni banyak kelonggaran diberikan termasuk dah boleh merentas negeri tanpa perlu kebenaran pihak berkuasa. Sektor ekonomi juga kembali rancak dan dari masa ke semasa kerajaan mula mengumumkan kebenaran satu per satu perkara yang menyaksikan kehidupan rakyat kembali seperti dulu namun masih tetap perlu mematuhi norma baharu dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
Aku ada ulas lebih lanjut tentang PKPP dalam video di bawah. Korang boleh tengok di channel YouTube Lan Careno dan jangan lupa subscribe sekali okeh…
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 (18 MAC – 31 MAC 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 ( 1 APR – 14 APR 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 (15 APR – 28 APR 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 (29 APR – 4 MEI 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (4 MEI – 9 JUN 2020)
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (10 JUN – 31 OGOS 2020)
Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ni. Antaranya adalah :
- Harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter.
- Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja – kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
- Semua sekolah dan institusi pendidikan ditutup dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
- UPSR, UPSRA, UPKK, PT3 dibatalkan. SPM, SVM, STAM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021.
- Penjarakkan sosial (jarak 1 meter) sentiasa diutamakan dimana-mana sahaja. Pita pelekat dilekatkan di atas lantai – lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan.
- Restoran dan kedai – kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. Perniagaan warung dan gerai tepi jalan tidak dibenarkan dibuka.
- Perniagaan bukan keperluan asas berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
- Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta. Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga ditangguhkan.
- Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
- Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
- Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah – rumah ibadat ditutup. Azan hanya berkumandang di masjid tapi tiada sesiapa yang dibenarkan solat di masjid kecuali AJK masjid dengan mengamalkan penjarakan sosial.
- Banyak hotel terpaksa ditutup. Banyak perniagaan gulung tikar.
- Taman permainan kanak – kanak, tempat rekriasi dan tempat awam semuanya ditutup.
- Penutup muka, hand sanitizer dan sarung tangan menjadi benda yang sangat sukar diperolehi. Harga melambung naik. Dari harga sekotak kurang RM10 hingga mencecah lebih RM100.
- Kekurangan alat bantuan pernafasan di hospital bagi pesakit kritikal.
- Berlakunya pembelian panik sehingga banyak rak di kedai habis. Antara barang panas yang sentiasa di cari adalah roti gardenia, tisu tandas, susu kotak (kesan Dalgona Coffee)
- Banyak NGO dan syarikat yang bekerjasama membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE untuk kegunaan pasukan kesihatan dalam menangani Covid-19.
- Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan. Penduduk hanya dibenarkan keluar rumah dalam radius 10km dan untuk tujuan penting sahaja. Pasukan tentera juga membantu dalam sekatan jalan raya.
- Tiket kapal terbang murah, namun tidak boleh keluar melancong.
- Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari. Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menjadi orang penting yang sentiasa dinantikan setiap hari bagi melaporkan situasi terkini kes Covid-19.
- Rakyat Malaysia yang layak diberikan bantuan kewangan oleh Kerajaan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
- Bank memberikan moratorium kepada semua peminjam selama 6 bulan. Peminjam tak perlu bayar loan kereta, loan rumah, loan peribadi dalam tempoh 6 bulan.
- PTPTN juga berikan moratorium selama 6 bulan kepada peminjam.
- Memakai topeng muka apabila keluar rumah menjadi normal baharu dalam kehidupan. Sesiapa yang tak pakai topeng muka tak dibenarkan masuk mana-mana kedai atau mall.
- Panggung wayang mengalami kerosakan teruk akibat kulat disebabkan berbulan tidak digunakan.
Ikutkan banyaaaaak lagi yang berlaku tapi aku dah tak ingat dah. Nanti aku akan update dari masa ke semasa.
Bil letrik melambung jangan lupa
Macam-macam jadi sepanjang 2020 ni. Semuanya berpunca dari Covid. Berubah terus norma orang Malaysia selama ni.