Kali terakhir aku bawa anak-anak ke Legoland adalah 2 tahun lepas. Masa tu dah nampak dah kawasan depan pintu masuk Legoland tu macam akan ada tarikan terbaru. Rupanya kat situ diorang buka Sea Life Legoland Malaysia.
Apa sebenarnya yang ada dalam Sea Life Legoland tuu… Dari luar sebenarnya dah boleh agak kat dalam tu macam at Aquaria KLCC atau Underwater World Langkawi tu. Dua-dua tempat tu aku dah pernah masuk, so dapat la rasakan perbezaan dengan Sea Life Malaysia ni.
Oh haa… Sebabkan kitorang pergi ni time PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan), jadinya kena la ikut SOP yang ditetapkan untuk masuk dalam tu.
Sebelum masuk, kena chek-in dulu menggunakan applikasi MySejahtera. Semua yang dewasa kena daftar yer.. Bukan sorang jer wakil. Lepas tu diorang akan chek suhu badan dan explain SOP yang wajib follow. Kemudian sanitize tangan dan baru boleh masuk.
Mula-mula masuk aku dah terbayang macam berada dalam kapal marine. Kemudian ada pameran hidupan laut yang cantik giler. Suasana dalam tu memang best, dengan music background ala-ala dalam air dan cukup menenangkan.
Cantik sangat kan.. Ada juga akuarium 360 yang mana ikan kat dalam tu berenang tanpa penghujung. Mesti ikan tu fikir besar giler tempat tu walhal diorang berenang pusing satu hall tu jer. Wakaka…
Sumpah deco aquarium diorang lawa giler.. Kat sini korang bukan jer dapat tengok spesis hidupan laut tapi dapat menikmati indahnya panorama dasar laut.. Tapi kena ingat yer, walau secantik mana pun aquarium yang ada kat situ, korang dilarang sentuh permukaan akuarium tu. Itu adalah salah satu SOP yang diorang tetapkan.
Masa kat dalam tu, ada staff diorang yang bertugas untuk bagi info dan fakta menarik tentang spesis hidupan yang dipamerkan. Selain tu diorang juga jadi ‘pengawas’ untuk ingatkan kita supaya sentiasa pakai face mask dengan proper..
Selain boleh tengok jer, ada juga ruang pameran di mana kita boleh sentuh dan pegang tapak sulaiman atau star fish. Aku pun 1st time la dapat merasa pegang. Rasanya macam pegang terumbu karang jer.
Fakta Menarik : Tapak sulaiman atau star fish tidak mempunyai muka, mata, otak mahupun darah.
Kat dalam tu jugak nanti korang akan jumpa screen besar ada ikan warna-warni. Itu sebenarnya adalah aktiviti interaktif dimana kite boleh mewarna hidupan laut pilihan kita sendiri dan menggunakan screen tab yang disediakan dan kemudian lepaskan hidupan laut yang kita warna tu untuk berenang masuk dalam screen besar.
Part ni bukan bebudak jer excited, aku pun teruja nak cari ikan yang kita creat tu.. Kat sini korang jangan la rushing… Bagi jer anak-anak enjoy mewarna dan cari ikan diorang kat screen. Tengok sendiri macam mana diorang excited bila ikan yang diorang warna tu seakan-akan hidup.
Fakta Menarik : Obor-obor atau jelly fish terdiri dari 95% air dan ianya tidak mempunyai mata, tulang mahupun otak.
Makin hujung pengembaraan korang dalam Sea Life ni, makin cantik dan menarik akuarium yang dipamerkan. Paling tertunggu ofcoz terowong akuarium yang mana korang boleh nampak ikan jerung dan hidupan laut yang lain berenang atas kepala korang.
Kena beringat tau.. jangan terleka menikmati panorama bawah laut sehingga terlupa penjarakan sosial. Itu kan normal baharu kite sekarang. Kena kerap sanitize tangan. Kat dalam sana ada banyak hand sanitizer disediakan di dinding.
Untuk korang nampak gambaran yang lebih jelas suasana dalam Sea Life Legoland ni, korang boleh tengok video yang aku share kat bawah ni.
Total masa keseluruhan bila korang kat dalam tu adalah lebih kurang 1 jam. Kitorang hari tu agak rushing sebab Sea Life dah nak tutup pukul 6. Masuk pulak jam 5.15 petang. Sempat 45 minit jer la.. Memang agak rushing. Huhuhu.. So, plan aktiviti korang sebaiknya bila bercuti ke Legoland.
Leave a Reply