Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Ais krim Viennetta | Mahal giler tapi serius berbaloi

July 18, 2020 by Admin 2 Comments

Spread the love

Aku rasa last aku makan ais krim Viennetta ni masa sekolah rendah dulu kot. Kira-kira 25 atau 30 tahun lepas. Fuhhh… Dulu kalau dapat makan ais krim ni, memang happy sangat sangat…

Masa tu harga ais krim ni dalam belasan ringgit jer kalau tak silap… Tapi walaupun belasan ringgit, nilai duit dulu tak macam sekarang. Dulu kalau makan ais krim belasan ringgit dah kira macam dalam kategori keluarga have have laa..

Aku pun tak sedar sejak bila ais krim viennetta ni lenyap dari dunia. Sedar-sedar dia muncul balik tahun 2020 ni. Tapi harga dia dah jadi level ais krim kayangan.

Seketul ais krim ni harga RM36.90.. Mampu telan air liur jer la masa tengok harga ni. Tapi mujur Miss Permaisuri cakap dia belanja. Waaaaa.. terus onzz… hahaha..

Kitorang beli ais krim Viennetta ni kat Ben’s Independent Grocer (BIG) kat Medini Mall, Nusajaya.. Korang boleh dapatkan ais krim ni di mana-mana cawangan BIG. Kat KL ada beberapa tempat, korang google la sendiri. Malas pulak aku nak bagi info. Pasaraya lain aku tak sure ade ke tak tapi macam tak pernah jumpe jer.

Review Icecream Viennetta

Alang-alang dah beli ais krim mahal ni, aku buat sekali video mukbang makan ais krim. Ehhh mukbang ke ehh… Tak mukbang sangat pun tapi macam review simple jer la. Korang tengok video aku bawah ni. Jangan lupa subscribe dan komen sekali k.

Bagi aku ais krim ni memang sedap giler. Tak manis sangat macam makan ais krim magnum tu.. Rasanya lembut dan gebu.. Kat lapisan tengah ais krim ni ada lapisan coklat yang chrispy.

Kalau korang compare harga ais krim ni dengan ais krim lain, ofcoz la mahal nak mampos. Tapi cuba korang compare dengan kek. Berbaloi jer… Kenapa aku compare dengan kek?

Aku compare dengan kek sebab ais krim ni sangat sesuai menggantikan kek sambutan hari jadi. Tapi untuk sambutan kecik la.

Aku dah plan, birthday bebudak ni akan datang kalau nak sambut kami sekeluarga jer, better beli ais krim ni jer dari beli kek. Cucuk lilin dan potong. Sama jugak kann…

Korang kalau nak rasa ais krim ni, cepat la cari kat pasaraya BIG. Setahu aku ada 2 flavour jer iaitu vanilla dengan mint. Tapi kalau korang pergi Indonesia, cuba cari ais krim ni sebab katanya kat sana ada banyak pasaraya yang jual dan banyak flavour juga.

Loading

Filed Under: Food, Review Tagged With: ais krim viennetta, viennetta

« Berbaloi… Nak ke Legoland nanti kami pasti akan stay lagi di Pinetree Marina Resort
Mana nak dapat Air Tangan Teruna? Tak kan JB jer ade air ni.. »

Comments

  1. Ai says

    July 19, 2020 at 12:13 am

    Dulu-dulu kalau dapat makan aiskrim ni dah kayangan sangat dah.

    Reply
  2. eskimlover says

    August 25, 2023 at 10:43 am

    dulu2 pasang angan2… da keje nak bli… tp skang sy da keje ais krim xde jual kat kedai…..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Siap! Tak yah fikir lagi pasal keperluan sekolah anak-anak.
  • Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku patut dijadikan acara tahunan
  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2026 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative