Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Lahirnya hero terbaru dalam keluarga. Muhammad Afif Hariz

July 13, 2020 by Admin 2 Comments

Spread the love

Aku masih ingat lagi bila Miss Permaisuri sengaja tinggalkan pregnancy test yang ada double line kat atas singki dalam bilik air untuk bagi kejutan kat aku. Fuhhh… teruja beb sebab kitorang memang plan untuk tambah ahli keluarga.

Tahun 2017, rezeki tak memihak kami bila janin dalam rahim Miss Permaisuri hanya bertahan 8 minggu sahaja. Sebagai kenangan, aku ada tulis dalam entry Pengalaman Keguguran dan korang boleh klik untuk baca.

Kemudian kami memang berusaha dan mengharapkan untuk dapat cahaya mata baru dan alhamdulillah tanggal 19 Mei 2020 akhirnya lahirlah ke dunia Muhammad Afif Hariz disaat negara sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melawan virus Covid-19.

Muhammad Afif Hariz

Afif bermaksud Punya Harga Diri dan Hariz bermaksud Pemelihara. Nama ni Miss Permaisuri yang pilih. Aku setuju jer asalkan nama anak-anak semua sipi-sipi jer bunyi. Hahaha… So, sekarang kami ada Akiff, Azif dan Afif.

Cerita pasal pengalaman melahirkan Afif waktu PKP ni memang sesuatu yang aku harus tulis dan simpan. Pengalaman kelahiran kali ni adalah sangat berbeza.

19 Mei 2020, pukul 4 pagi Miss Permaisuri kejutkan aku bagi tau dia dah rasa sakit yang kerap. Ajak pergi hospital tapi dia suruh aku dengan Akiff sahur dulu.

Lepas bersahur, aku bawak Akiff dengan Azif ke rumah jiran dan tinggalkan diorang kat situ. Memang awal-awal aku dah beritahu jiran kalau kitorang ke hospital, aku nak tinggalkan bebudak ni kat rumah diorang. Alhamdulillah, dapat jiran yang baik dan prihatin pun dikira rezeki jugak kann..

Pukul 6.15 pagi kitorang sampai kat HUKM. Aku drop Miss Permaisuri kat lobby O&G. Suasana kat hospital waktu tu memang sangat sunyi. Ada 2 orang nurse tengah menunggu kat lobby.

Miss Permaisuri disambut dengan nurse dan aku terus pergi parking kereta dan kembali semula ke lobby tadi. Tak sampai 5 minit aku duduk, nurse datang beritahu yang Miss Permaisuri dah disorong ke dalam labour room sebab bukaan dan 8cm.

Fuhhh… Tak sangka pulak bukaan dah besar sebab air ketuban pun belum pecah. Disebabkan waktu tu tempoh PKP dan kehadiran di hospital adalah diminimakan. Jadinya para suami tak boleh masuk untuk temankan isteri dalam labour room.

Tapi mujur la boleh jugak naik menunggu kat ruang legar wad bersalin tu. Dalam pukul 7.30 pagi, doctor panggil aku dan beritahu yang diorang terpaksa proceed dengan pembedahan sebab baby dah mula lemah dan kedudukan baby pun masih jauh dari ‘pintu’..

Alhamdulillah.. Pukul 9 pagi akhirnya lahirnya bayi lelaki seberat 3.68kg yang sihat tubuh badan, yang cukup sifatnya, yang comel… Selepas 3 hari di wad, akhirnya Miss Permaisuri dibenarkan pulak ke rumah..

Sepanjang kat hospital tu, suami atau sesiapa pun tak dibenarkan melawat. Mujurlah 3 hari jer baby afif kena tahan wad. Miss Permaisuri dengan baby Afif dapat balik rumah 2 hari sebelum hari raya aidilfitri.

Lepas dah keluar wad, rutin biasa la kena ulang alik hospital chekup kuning baby. Just imagine, pagi raya kami dok menunggu kat klinik kesihatan. Huhuhu..

Seminggu lebih jugak la dok ulang alik chekup kuning. Mujur la kuning baby tak tinggi dan tak lama. Semua ni kami lalui sendirian sebab PKP punya angkara, nak balik kampung pun tak boleh. Tapi lepas seminggu lebih, akhirnya dapat jugak merentas negeri balik kampung hantar Miss Permaisuri berpantang…

Filed Under: Family, Parenting, Personal Tagged With: Bersalin saat pkp, Lahir waktu pkp

« Sekali lagi gambar aku di blog disalah guna. Ini tindakan yang aku ambil..
MH17 : Apa benda yang kita terlepas pandang? »

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    July 15, 2020 at 2:02 pm

    Pengalaman betul kan bersalin time PKP ni.. penat pun lain macam. Hahhaa

    Reply

Trackbacks

  1. Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence) - Blog Abah Careno says:
    January 30, 2021 at 4:33 pm

    […] Dulu masa Akiff dengan Azif, aku dah bagi katil kat orang sebab tak nak berlaku benda macam tu. Tapi kali ni terpaksa beli katil baru sebab hari tu kan berpantang kat KL sebab bersalin waktu PKP. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak boleh rentas negeri? Takda hal.. Kami bercuti di kolam pantai buatan di KL
  • Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)
  • Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative