Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

MH17 : Apa benda yang kita terlepas pandang?

July 14, 2020 by Admin 2 Comments

Spread the love

Tahun ni genap 6 tahun tragedi MH17 yang telah menggemparkan dunia apabila pesawat penumpang Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014.

Aku masih ingat lagi masa mula-mula dapat tahu berita ni ingatkan pesawat MAS terhempas sebab masalah teknikal. Cuak jugak la nak naik flight. Rupanya telah ditembak dengan peluru berpandu.

Pada awal-awal tu, takde pihak yang mengaku bertanggungjawab walaupun media melaporkan kerajaan Ukraine mengatakan pihak pemberontak Pro-Rusia yang patut dipertangungjawabkan.

Tapi kan… perasan tak yang kes ni macam banyak betul konspirasi atau perkara-perkara terselindung sampai media pun lepas tu makin menyepi. Korang takde ke perasaan nak tahu apakah cerita sebenar disebalik tragedi MH17 ni. Apakah ada sesuatu yang dirahsiakan?

Aku ada terjumpa satu video dokumentari pasal tragedi MH17 ni di YouTube. Videonya agak panjang, sekitar 40 minit tapi worth untuk ditonton sebabnya dokumentari ni dihasilkan oleh Vasily Prozorov iaitu bekas Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU) yang juga merupakan Ketua Pusat Siasatan Vasily Prozorov “Ukrleaks”.

Dia merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan tentang kisah MH17 ni dah dengan sokongan beberapa sukarelawan, diorang menggunakan dana diorang sendiri untuk cuba merungkai misteri tragedi MH17 selepas mendapati laporan yang tak tepat diterbitkan berkaitan kes ni.

Banyak benda yang bermain dalam fikiran dia yang kita patut fikirkan juga. Kenapa ruang udara Kiev tak ditutup sedangkan kat bawah tu merupakan zon konflik. Dah kenapa tiba-tiba boleh ‘tertembak’ pesawat MAS. Apakah tujuannya? Siapa sebenarnya dalang di sebalik kejadian tembakan tersebut? Siapa yang mendapat manfaat daripada tragedi ini?

Ada laporan mengatakan terdapat pegawai dari Cawangan Khas British awal-awal lagi dah pergi kawasan tu sebelum tragedi berlaku. Adakah kebetulan atau ada misi sesuatu. Siapa pulak diorang tu yang mengaku sebagai British Special Services? Haihhh… Banyak betul misteri.

Sebab tu Vasily Prozorov buat dokumentari ni supaya boleh membuka mata masyarakat global tentang tragedi ni.

Dalam dokumentari ni jugak, Prozorov ada menemu ramah ramai saksi termasuk mendapat hak eksklusif maklumat orang dalaman yang merupakan saksi tidak langsung tragedi MH17. Prozorov jugak telah mengkaji laporan dalaman yang dikeluarkan oleh badan kerajaan Ukraine dan mendedahkan hasil analisanya dalam dokumentari ni.

Dokumentari ni dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu adalah analisa dari hasil siasatannya dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Ukraine. Satu lagi tentang pandangan Prozorov sendiri tentang siasatan kes ni dan dia juga memberikan hujah dia berdasarkan perspektifnya sebagai orang yang pernah perkhidmatannya selama 15 tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Khas Ukraine (SBU).

Korang boleh tengok documentary yang aku masukkan ni yang bertajuk MH-17 : In Search of Truth dengan klik link berikut https://ukr-leaks.org/Inform/Investigations/Details/mh-17-v-poiskakh-istiny atau pun boleh tengok jer kat YouTube. Jangan risau sebab ada subtittle dalam Bahasa Melayu jugak.

Dunia terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia perlu tahu kisah disebalik tragedi MH17 ni. Kita tak boleh terus percaya dengan hanya melihat laporan media dari satu sudut sahaja.

Kalau korang rasa tak puas hati dengan info yang dikongsikan atau ada sesuatu yang nak ditanya, korang boleh contact detail kat bawah.

Emel: ukr-leaks@inbox.lv
Laman Sesawang: https://ukr-leaks.com

Mengenai Pusat Siasatan Vasily Prozorov “UkrLeaks”

Vasily Prozorov menubuhkan Pusat Siasatan UkrLeaks pada tahun 2019. Laman sesawang ini mengandungi hasil penulisan dan temu ramah dengan ramai wartawan. Beliau menggemari topik berkaitan salah guna kuasa, jenayah berkaitan peperangan dan jenayah terhadap kemanusiaan

Filed Under: Info, Isu Semasa Tagged With: mh17

« Lahirnya hero terbaru dalam keluarga. Muhammad Afif Hariz
Berbaloi… Nak ke Legoland nanti kami pasti akan stay lagi di Pinetree Marina Resort »

Comments

  1. daus redscarz says

    July 14, 2020 at 9:23 am

    Wow

    Reply
  2. Fizafantagiro says

    July 14, 2020 at 12:08 pm

    Fiza kalau baca kisah MH17 ni mesti macam macam perasaan timbul. Semoga suatu hari nanti misteri kehilangan ni terungkai

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative