Bila jadi blogger, antara benda yang terpaksa kita hadap adalah bila gambar yang kita upload di blog dicuri dan digunakan oleh pihak lain. Ntah kali keberapa gambar photoshoot aku dan family diambil dan digunakan oleh pihak lain.
Alasan yang normal aku terima adalah, diorang dapatkan dari google.. Hurmm.. Memang la dari google tapi tak bermakna gambar tu takde pemilik.
Aku tak kisah kalau gambar yang digunakan tu adalah gambar pokok, gambar pemandangan atau gambar produk yang aku shoot tapi bukan gambar aku dan family.

Pengalaman sebelum ni ada yang sampai gunakan gambar kitorang untuk print jadikan banner iklan. Tapi aku just diamkan jer la.. Syok pulak rasa macam model. Hahaha..
Untuk kes kali ni, ada syarikat peralatan elektrik yang agak besar telah gunakan gambar kami untuk tujuan iklan.
Aihhh.. Tak boleh jadi ni. Aku terus dapatkan advise dari mereka yang lebih arif. Aku follow macam mana yang diberitahu dan alhamdulillah kes berjaya diselesaikan..
So now aku nak share dengan korang apa yang korang boleh lalukan bila gambar korang digunakan oleh pihak lain tanpa pengetahuan dan kebenaran dari korang.
Pertama sekali, korang jangan terus serang pihak yang mencilok tu. Screenshot dulu dan dapatkan dulu segala bukti. Kalau boleh biarkan jer dulu dia gunakan untuk beberapa tempoh.
Kedua, korang buat surat secara rasmi kepada pihak yang mencilok tu. Dalam surat tu korang kena perkenalkan diri dan beritahu dia yang gambar ko telah digunakan oleh diorang tanpa pengetahuan. Bagi screenshot bukti yang korang dah ambik tu. Dan korang buktikan juga gambar asal korang.

Dalam surat tu jugak, korang bagi beberapa option untuk menyelesaikan isu salah guna gambar ni. Bukan hanya sekadar mintak dia remove atau berhenti menggunakan gambar tu. Tapi offer jugak dia untuk terus gunakan gambar korang tu. Kat bawah ni adalah contoh surat aku hari tu.

Lepas siap surat, sign, scan dan kemudian emailkan surat tu kat pihak sana. Dalam surat tu juga, korang kena buka peluang untuk berbincang tentang isu ni. Nampak la ada tolak ansur kat situ.
Macam kes aku hari tu, mulanya kitorang berkomunikasi dengan baik. Tapi lepas beberapa minggu, senyap sunyi pulak pihak sana tu.
Makanya, aku buat report polis dan dalam report tu aku tujukan kat syarikat tu sebab telah menyalah gunakan gambar hak milik aku. Dan aku jelaskan sekali dalam report tu yang tujuan report polis dibuat adalah sebagai langkah permulaan untuk aku ambil tindakan undang-undang.
Aku snap gambar report polis tu, aku forward sekali lagi kat pihak sana dan aku bagi date line untuk diorang selesaikan isu ni atau jika tidak, ko akan lantik peguam untuk take over kes ini dimana kos penyelesaian akan meningkat.
Haa gituu.. Dan kalau memang takde respon dari pihak sana. Korang boleh la start ambik lawyer. Tapi macam kes aku hari tu, lepas aku bagi salinan report polis, terus kes berjaya diselesaikan.
Ada yang kata, gambar aku tu takde daftar hak milik pun, memang takde maknanya nak menang kes. Hellowww… Tak kan gambar muka aku sekeluarga nak daftar hak milik pulak. Dah sah sah itu memang gambar aku.
Dan satu lagi, jangan ingat kalau diorang dah stop gunakan gambar tu maksudnya kes dah selesai. Tak, korang boleh charge diorang berdasarkan tempoh masa dia menggunakan gambar korang tu. Sebab tu aku cakap awal tadi, biarkan jer diorang gunakan dulu untuk beberapa tempoh tertentu sementara korang nak start hantar surat secara rasmi.
Dalam kes aku hari tu, pihak sana hanya sempat guna gambar aku tu dalam tempoh 2 3 hari jer tapi salah tetap salah.
Ada charges kat dorang tak?
Yup.. Mmg sy ada dpt tuntutan yg sy minta. Cuma sblm dpt tu ada la nego dgn diorang jugak..
Alhamdulillah dpata diselesaikan akhirnya ..