Aku risau jer nak post gambar bercuti kat social media sekarang ni. Bukan apa? Ada orang yang anggap kita ni tak ambik berat pasal Covid-19 sebab bawak anak-anak pergi tempat orang ramai..
Tapi korang tahu tak yang Kerajaan jugak menggalakkan kita bercuti dalam negara bagi merancakkan dan memulihkan kembali ekonomi negara yang terjejas masa PKP hari tu. Tapi nak bercuti pun kena la amalkan normal baharu…
So, aku pilih Legoland Malaysia sebagai lokasi percutian kami dalam tempoh PKPP ni. Nak tahu kenapa? Korang baca sampai habis pengalaman percutian kami kali ni.
Bila sampai Legoland, kitorang terus masuk water park dulu sebab anak-anak dah teruja sangat nak main air. Normal baharu sekarang ni, wajib chek-in dulu dengan applikasi MySejahtera.
1st cari port lepak dulu. Miss Permaisuri dengan baby tak nak main air.. So kitorang pilih untuk lepak kat cafe jer… Boleh Miss Permaisuri makan sementara kitorang anak beranak pergi main air.
Korang kalau nak selesa boleh la sewa pondok khas situ, harga aku lupa nak chek tapi setahu aku khemas yang disediakan tu memang diorang sanitize dulu sebelum disewakan.
Lepas tukar baju, tempat pertama yang kitorang tuju adalah Wave Pool. Suka betul si Akiff dengan Azif dapat main ombak.
Sepanjang PKPP ni, wave pool ni hanya boleh masuk 60 orang sahaja dalam satu masa. Kalau ramai, kena beratur dan tunggu turn. Tapi time kitorang hari tu tak perlu menunggu pun sebab orang tak ramai sangat.
Cuba korang perhatikan gambar atas ni… Air pool jernih giler…
Ombak kat sini ada jadual dia.. Bukan setiap masa berombak. Bila ombak dah menyepi, kitorang beralih ke Build A Raft River… Kat sini dulu ada lego brick yang besar tu.. Kita boleh sambung-sambung buat rakit kita sendiri kalau rajin…
Gambar atas ni masa aku datang tahun 2014.. Brother tu tengah buat rakit dengan brick lego tu… Boleh main hanyut-hanyut dengan rakit lego. Tapi time PKPP ni diorang tak keluarkan brick tu. Hanya ada tube pelampung jer.
Tapi ok jer sebab still enjoy… Cuba korang perhatikan air dalam gambar lama dengan gambar baru. Yang aku pergi baru ni memang cristal clear sangat air dia… Dalam banyak-banyak water park seluruh Malaysia yang aku pernah pergi, kat Legoland la air yang paling bersih aku jumpe. Dan klorin dia tak terasa sampai memedihkan mata…
Ok… Nak menyusuri river ni pun ada limit orang jugak tau… Diorang tak nak ramai bersesak kat dalam tu. Ni namanya normal baharu. Semua area pun ada ditetapkan limit guest bagi memastikan penjarakan fizikal boleh dijaga.
Memang setiap kawasan dah dipagarkan.. Hanya ada 1 laluan masuk dan 1 laluan keluar sahaja. Sebab tu diorang boleh kontrol bilangan orang untuk setiap tarikan tu.
So far memang nampak semuanya terjaga dan mengikut SOP yang ditetapkan. Even life jacket yang dah digunakan pun diorang akan sanitize dulu sebelum boleh digunakan oleh orang lain.
Yang atas ni imagination station. Ntah apa yang bebudak ni main aku tak sempat tengok. Baru nak tengok apa yang diorang main, tibe-tibe dah berlari ke area Duplo Splash Safari.
Kat area sini ada slide kecik untuk bebudak kecik. Sesuai la untuk bebudak kecik berusia 6 tahun ke bawah.
Yang ni pulak Joker Soaker area… air kat sini sejuk dari tempat lain. Dan sini kawasan paliiiiing bebudak suka sebab macam kat playground. Ada slide, boleh panjat-panjat, ada macam air hujan, ada juga air terjun, boleh main tembak-tembak air… Memang tempat tumpuan.
Macam kat Joker Soaker ni, limit hanya 20 orang dalam satu masa. Selebihnya kena tunggu dan beratur. Diorang kat dalam tu diberikan masa setengah jam dan kemudian akan dipanggil keluar untuk bagi peluang yang beratur untuk masuk.
Dah banyak kali aku datang sini, sekali pun aku tak pernah naik slide yang tinggi-tinggi… Semua main area bebudak jer layankan anak-anak. Tapi kali ni, Akiff dah besar dan die sendiri teringin nak try slide yang tinggi-tinggi. Mujur ketinggian dia lepas jer untuk main.
Akiff tak lepas ukuran tinggi lagi untuk main slide yang panjang-panjang ni. So, sementara tunggu abang dia naik turun bukit main slide, die leka dok main boat race.
Bila tengok anak-anak happy dan enjoy, terasa berbaloi sangat bawak diorang ke sini. Dalam tempoh PKPP ni, memang la ada risau gak nak bawak anak-anak bercuti tempat orang ramai macam ni tapi so far ok jer. Orang ramai tapi tak bersesak.
Pematuhi SOP dan kebersihan memang sangat terjaga. Ada sekali aku nampak staff Legoland tengah spray hand railing laluan pejalan kaki untuk sanitize tempat-tempat yang selalu disentuh.
Even kerusi menunggu pun diorang akan sanitize dulu sebelum orang lain pulak guna. Macam mana nak tahu kerusi dah sanitise belum? Lepas korang gunakan kerusi, korang just terbalikkan kad hijau ni. Bahagian belakang kad tu berwarna merah untuk beritahu orang lain yang kerusi tu belum di sanitise.
Jom layan vlog kami sepanjang di Legoland Water Park! Dan jangan lupa untuk subscribe channel youtube aku k…
Dah puas main kat water park, kitorang masuk Legoland Sealife pulak… Korang boleh klik untuk baca apa yang menarik dalam tu…
Sebelum aku terlupa, sekarang ni Legoland tengan buat promosi 80% Off untuk 2nd day ticket. Dannn kalau korang beli tiket harian, korang layak untuk tukarkan tiket tu kepada annual pass…
Perghhh… Lepas ni nak datang Legoland tiap kali cuti sekolah dah takyah beli tiket lagi..
Perdu Cinta says
Selagi mematuhi SOP yang ditetapkan inshaAllah boleh-boleh sahaja.
Calrase Patrick says
Wuuuu nyaman