Tak pernah bosan.. Tak pernah puas… Tak pernah habis explore… Ni kali ke berapa ntah aku masuk Legoland Theme Park but still rasa nak pergi lagi.
Pengalaman ke Legoland kali ni agak berbeza dengan yang sebelum ni sebabnya kami ke sana masa PKPP. Siapa sangka kan, satu dunia jadi huru hara gara-gara virus Covid-19 ni..
Nak tak nak, kita terpaksa terima kenyataan yang virus ni ada dengan kita dan kita kena biasakan hidup dengan normal baharu bersama virus ni selagi vaksin tak ditemui… WHO dan KKM sendiri dah jelaskan yang selagi kita ikut langkah berjaga-jaga yang digariskan, kita boleh mengurangkan risiko jangkitan.
Baru-baru ni aku bawa family bercuti ke Johor. Kiranya ni percutian pertama kitorang sejak PKP. Destinasi pilihan aku adalah Legoland Malaysia.
Meh aku share dengan korang pengalaman percutian kami kali ni semasa fasa PKPP. 1st day sampai ke Legoland, kitorang masuk ke water park dan Sealife Malaysia dulu. Hari kedua baru kitorang gunakan seharian suntuk dalam theme park. Korang boleh baca cerita pasal water park dengan Sealife yang aku dah tulis dalam entry sebelum ni.
Okeh… Sebelum masuk theme park, wajib chek-in dulu menggunakan applikasi MySejahtera. Bukan wakil keluarga jer kena chekin tau. Semua yang ada telefon wajib chekin. Sekarang ni korang boleh daftarkan anak-anak sekali dalam MySejahtera.
Pastikan korang pakai facemask dan bawak extra juga sepanjang dalam theme park. Aku hari tu tertinggal facemask dalam kereta. Masa nak masuk tu kena tahan dengan staff dan diorang mintak aku pakai facemask dulu. Huhuhu…
Face mask adalah wajib dipakai sekarang ni lebih-lebih lagi bila korang pergi tempat public macam Legoland ni. Dan SOP dalam tu pun mewajibkan korang pakai face mask untuk sesetengah ride atau permainan. Ada yang tak perlu pakai tapi diorang amalkan penjarakan fizikal bila nak naik ride.
Sebelum dan selepas main any ride, wajib sanitize tangan dengan hand sanitizer yang disediakan. Ride yang kite naik tu pun diorang akan sanitize setiap kali digunakan.
Aku ada buat video dalam themepark Legoland ni, korang boleh tengok kat Channel Youtube Lan Careno untuk gambaran lebih jelas. Tapi tak semua ride aku record.
Kalau korang perhatikan game yang aku main atas ni, kitorang kena pakai glove yang disediakan. Lepas kita guna, diorang asingkan dan bersihkan dulu sebelum bagi orang lain guna.
SOP kat sini memang ketat tapi takde la sampai rasa menyusahkan pun. Kalau perlu beratur, diorang dah tandakan untuk kita jaga jarak.
Pasal makan aku rasa tak jauh berbeza dengan SOP kat restoran luar. Satu family satu meja… Perlu jaga jarak sosial… pinggan, sudu & garpu yang digunakan adalah jenis pakai buang. Proses order, bayar dan ambil menu lebih sistematik supaya orang tak perlu beratur dan menunggu lama.
Untuk solat, korang kena bawak telekung sendiri untuk perempuan dan sejadah kalau bawak sendiri lagi bagus. Kalau tak, tak perlu beralas sejadah laa…
Sebagai orang yang dah berkali-kali masuk ke Legoland, aku nak share tips untuk korang yang 1st time datang ke Legoland.
- Sebaik masuk dari pintu masuk utama, keluarga yang bawa anak kecik sebaiknya ikut laluan arah kanan dulu sebab banyak ride yang korang akan jumpa dulu adalah lebih sesuai dengan bebudak kecik. Kalau masuk laluan kiri dulu, banyak ride yang lebih extreme iaitu sesuai untuk yang lebih dewasa.
- Sebelum masuk theme park, download maps dan tandakan ride yang korang nak main. Jangan tamak nak main semua sebabnya nanti dah lewat petang pun korang tak sempat nak explore sampai ke penghujung. Percaya lah yang korang tak kan sempat habis semua sebab ada banyak ride dan kawasan dalam tu sangat besar.
- Area Miniland yang banyak binaan bangunan dari lego brick tu korang simpan hujung-hujung sebelum balik. Situ port bergambar memang nice gila tapi jangan ambik masa lama kat sini. Tak perlu nak hayati sangat sebab banyak lagi tempat nak pergi.
- Korang tahu tak yang Legoland ni memang selalunya panas terik. So, ada beberapa tempat dalam Legoland yang korang perlu pergi supaya dapat sejukkan badan kejap sambil tetap enjoy dengan ride dan permainan yang ada contohnya Starwars Miniland, pertunjukan show di City Stage, Lego Ninjago The Ride, Lost Kingdom Adventure, Lego Studio 4D, build & test dan banyak lagi.
- Ride Dino Island akan menyebabkan baju korang basah. Tapi takde la basah kuyup macam mandi hujan tapi basah la jugak. Haha..
- Ada beberapa playground area dalam theme park ni.. Bebudak mesti nak singgah main situ tapi jangan lama-lama sebab banyak lagi tempat best korang akan jumpa.
- Ada beberapa restoran dan cafe. Jangan terkejut dengan harga set makanan yang dijual, masa bayar tu pejam mata sudah… Hahaha… Kalau nak jimat, order kids meal sebab portion kids meal pun dah banyak macam untuk orang dewasa.
- Last sebelum theme park tutup akan ada pertunjukan pentas area main entrance… So, jangan lepaskan peluang layan show ni.
Aku rasa itu jer tips yang aku boleh share… Jujur aku cakap, seharian tak cukup untuk cover semua permainan yang ada. Dan jujur aku cakap ianya berbaloi untuk bawak family bercuti ke sini.
Jangan risau sangat pasal Covid-19 sebabnya Legoland Malaysia sangat ambil berat SOP yang ditetapkan dan diorang akan sentiasa pastikan kebersihan diutamakan.
Kalau korang nak baca cerita pengalaman ke Legoland yang lepas korang boleh klik pengalaman percutian di Legoland. Ada berbelas article yang aku dah tulis sebagai rujukan korang dan kenangan aku sekeluarga.
Jangan lupa chek website Legoland Malaysia sebab diorang selalu buat promosi. Yang aku tahu sekarang ni ada promosi 80% OFF untuk 2nd ticket, beli 5 annual pass akan dapat 1 night stay di Legoland Hotel, booking 1 night at Legoland Hotel dan korang akan dapat 2nd night FREE… Ada juga promo beli 1 day combo pass dan korang boleh upgrade kepada annual pass for free… Pergi la ushar tengok website diorang.
Radhia says
waaa..sesuai yea pi legoland even dalam fasa pkpp pun..kena plan ni
sueizza says
rindunyaaa…