Jangan datang Penang kalau sekadar nak cari tempat makan best.. Sebabnya nanti korang akan menyesal.. Banyak lagi tempat menarik yang wajib masuk dalam senarai lokasi percutian korang jika berkunjung ke Pulau Pinang.
Orang kata Penang ni syurga makanan.. Sebabnya banyaaaak gila tempat makan best ada kat Penang. Yup bende tu memang diakui. Tapi korang tahu tak kat Pulau Pinang ni jugak ada trek terowong tercuram di dunia, Menara Skywalk melengkung pertama di dunia, aktiviti ropes course tertinggi di dunia, gelongsor menegak pertama di dunia, jambatan stressed ribbon altitud tertinggi di dunia, Sanktuari Rama-rama & Serangga yang pertama di dunia dan gelongsor air terpanjang di dunia…



Tu diaaa… semuanya bertaraf dunia. Aku pun baru tahu pasal ni. Hehehe… Tak hairan lah CNN sebutkan Pulau Pinang sebagai Best Places to Visit for the Ultimate Asia Experience atau Tempat Terbaik untuk Dikunjungi untuk Pengalaman Asia Terunggul.
Saat pendemik Covid-19 sekarang ni, Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercuti dalam negara bagi menggalakkan pertumbungan ekonomi tapi dengan mengamalkan normal baharu dalam kehidupan..
Tahu kan normal baharu kita sekarang iaitu sentiasa chek-in lokasi yang dilawati dengan applikasi MySejahtera, amalkan jarak fizikal, sentiasa pakai pelitup muka, amalkan kebersihan diri yang tinggi dan kurangkan sentuhan dengan benda-benda sekeliling. Benda ni korang kena jadikan amalan.
Jom! Nikmati Pulau Pinang
EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan Pulau Pinang (PETACH) telah melancarkan sistem akreditasi kesiapsiagaan pasca COVID-19 (COVID-19 safety accreditation programme) untuk memperkuat lagi langkah kebersihan dan keselamatan yang digaris pemain industri pelancongan Pulau Pinang. Inisiatif ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia bagi memulihkan kembali keyakinan pelancong untuk bercuti ke Pulau Pinang.

Usaha Kerajaan Pulau Pinang untuk memulihkan kembali industri pelancongan selepas beberapa bulan terjejas teruk akibat Covid-19 kini nampak lebih serius dengan pelancaran kempen “JOM! Nikmati Pulau Pinang” (JOM! Experience Penang).

Melalui kempen ni, pelbagai promosi hebat diberikan antaranya menawarkan pengunjung potongan harga yang menarik untuk penginapan, tempat tarikan pelancong dan pakej pelancongan.
Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama yang menawarkan pakej percutian khas kepada pekerja barisan hadapan di Malaysia dengan tiket masuk percuma dan tawaran menarik untuk hotel, tempat tarikan pelancong dan perkahwinan melalui kempen Terima kasih Pejuang Barisan Hadapan.
Maklumat lanjut tentang tawaran hebat ini boleh didapati di laman web kempen penangtraveldeals.com.
Korang pun tahu kan yang Pulau Pinang terkenal di seluruh dunia dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO di George Town dimana banyak seni jalanan yang unik dan menarik sekitar George Town.

Kalau nak cerita pasal tempat makan menarik di Pulau Pinang, memang banyak sangat tempat makan yang jadi tumpuan ramai sama ada restoran nasi kandar, kedai tepi jalan, warung atau cafe-cafe unik. Semuanya ada..
Bila bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa pergi ke tempat tarikan pelancong yang dijenamakan sebagai 7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang yang terdiri daripada Penang Hill, The Habitat, The Top Penang, The Gravityz, Tech Dome Penang, Entopia by Penang Butterfly Farm dan Escape Theme Park.

Korang yang inginkan percutian bertaraf antarabangsa, boleh la pergi ke Pulau Pinang. Korang boleh dapatkan banyak lagi info dan promosi di penangtraveldeals.com.
Leave a Reply