Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Tips beli rumah untuk pelaburan yang tak semua orang tahu

August 9, 2020 by Admin 3 Comments

Spread the love

Semalam aku pergi The Mines untuk beli laptop baru. Aku beli Laptop Huawei MateBook D15… Kiranya ni entry pertama aku taip menggunakan laptop baru. Hehehe…

Ok lupakan pasal laptop.. Tibe-tibe intro pasal laptop pulak kann… Hahaha… Sebenarnya lepas beli laptop tu, kitorang sekeluarga nak turun cari tempat makan. Masa sampai kat booth Mah Sing, aku jeling-jeling jugak la kot diorang tengah jual unit kat Southville… Masa tu ada brother sorang ni tegur aku “abang nak beli rumah ke? Unit duduk atau invest?” tanya dia…

“Ehh tak laa… saja jer ushar. Saya dah beli dah unit kat Southville”.. Aku sebut jer Southville, terus die macam tepuk dahi. Hahaha… Aku sebenarnya dah jangka dah. Sebabnya Southville ni dah banyak orang jadikan contoh hartanah yang tak patut dibeli untuk investment. Kenapa?Korang google la sendiri…

Bila brother tu tahu jer aku buyer kat Southville, die terus share tips kat aku kalau nak beli rumah untuk investment. Apa yang dia share tu sangat bagus dan semalam dah macam 1 to 1 session pulak dengan dia. Banyak input yang aku dapat dan aku rasa benda tu aku kena share dalam blog supaya tak lupa dan boleh aku dan korang rujuk kemudian hari…

Tips Beli Rumah Untuk Pelaburan

Sebelum beli rumah atau sesuatu hartanah, ada banyak faktor yang perlu kita lihat agar tak tersalah beli.. Perkara paling penting dan paling utama adalah ilmu. Banyak source ada untuk korang dapatkan ilmu.. Sama ada berguru dengan orang yang berpengalaman atau cari bahan bacaan. Banyak buku yang dijual kat luar sana.

Jujur aku cakap, Southville adalah rumah kedua aku dan Miss Permaisuri.. Masa kitorang beli rumah tu dulu memang takde sape yang guide dan kitorang takde ilmu langsung dalam bidang hartanah. Niat just nak tambah rumah dan nak jadikan homestay atau sewakan. Tapi kitorang 1 apa survey pun tak buat… Dermmm… Ni kesilapan besar yang korang kena elakkan.

Sebelum beli rumah untuk disewakan atau dijadikan aset tambahan, korang kena selidik dulu lokasi atau locality kawasan tersebut… Ada tak benda-benda yang kat bawah ni dalam radus 1km @ 2km…
i – University
ii – Sekolah
iii – Highway
iv – Hotel
v – Hospital
vi – Shopping mall
vii – Public transport / MRT / LRT
viii – McDonalds

Sekiranya ada 7 atau semua benda ni… Yessss itu adalah kawasan yang marketnya sangat tinggi. Sangat sesuai dijadikan sebagai lubuk untuk hartanah korang.

Sekiranya ada 5 atau 6 benda dari senarai atas ni, ia diklasifikasikan sebagai ok. Masih boleh dipertimbangkan…

Sekiranya ada 1 hingga 4 perkara sahaja, ia adalah sesuatu yang perlu difikirkan semula atau senang cakap, elakkan jer..

Tapi nak mudah cari, korang tengok jer kalau tempat tu ada McD, maksudnya 7 benda lain tu kebiasaannya ada. Sebab McD adalah syarikat hartanah dimana sebelum restoran MCD dibuka disatu-satu tempat, diorang akan pastikan benda-benda lain tu ada…

Satu lagi, bila korang nak beli rumah untuk dibuat sewa, survey dulu nilai sewa rumah area tu berapa. Jangan sesekali beli rumah yang market sewanya adalah -RM500 dari installment bank. Kalau korang bayar bank RM1500 tapi nilai sewa di bawah RM1000, tu cari penyakit namanya…

JANGAN beli rumah area Rumawip! Sebabnya harga sewa area sekitarnya akan jatuh disebabkan nilai sewa unit Rumawip adalah rendah… Lagi satu, kawasan yang ada rumahwip akan berkepadatan tinggi dan ini akan menyumbang banyak faktor lain.

Haaa satu lagi pesanan dia “Bila nak beli rumah, lihat hadiah apa yang diberikan kepada buyer. Contoh ada pemaju yang bagi rumah fully furnish… Ada yang bagi aircond banyak biji… Ada yang bagi kitchen cabinet… Ada yang bagi iphone.. Ada yang bagi kereta… Ada yang bagi rebate berpuluh ribu…

Tips dari brother tu yang merupakan agent hartanah dan juga seseorang yang dah memiliki 8 unit rumah… Katanya, lagi banyak gift diberikan, lagi banyak something wrong pasal rumah atau locality tu… Kiranya permintaan terhadap hartanah tu adalah kurang dan sebab tu banyak gift untuk menarik pembeli..

Bila rumah yang kita beli tu adalah basic.. takde gift bagai… maksudnya permintaan kat situ adalah tinggi dan mungkin market situ adalah tinggi.

Apa pun itu adalah tips dan tak semua tips sesuai digunapakai.. Bergantung kepada situasi sebenar juga… Ni just panduan kita bersama. Boleh take note dan aware pasal ni…

Wajib Jual Rumah Southville Tahun 2023

Satu pesanan dia untuk aku, wajib jual rumah Southville aku tu menjelang hujung tahun 2023. Katanya waktu tu adalah yang terbaik dan kalau aku tangguh untuk jual… Aku kena hadap kejatuhan nilai rumah dalam tempoh beberapa tahun selepas tu.

Fuhhh…. Bunyi agak menakutkan tapi insyaAllah pesanan ni aku tak letak tepi macam tu jer. Aku akan cuba selidik dan tanya beberapa orang lain lagi yang arif tentang hal ni.

Ehhh.. korang jangan salah faham tau.. Apa yang aku share ni adalah dalam aspek pelaburan hartanah. Kalau beli rumah untuk tinggal, insyaAllah ok jer sebab biasanya bila kita beli rumah untuk tinggal, kita sendiri tahu reason kenapa sesuatu tempat tu jadi pilihan kita..

Filed Under: Info, Rumah, Tips Tagged With: tips beli rumah, tips hartanah

« Pulau Pinang lokasi percutian bertaraf antarabangsa. Jom! Nikmati Pulau Pinang
Bercuti di Legoland masa PKPP.. Apa yang lainnya? »

Comments

  1. Eswati azni says

    August 9, 2020 at 9:55 pm

    Bagus entri lan ni, dari hati. Skrg nak tanya napa ujang tak tlg guide ?

    Reply
    • Admin says

      August 9, 2020 at 10:14 pm

      Hahaha.. Tak sure knp.. Beli rumah southville tu tahun 2014 atau 2015 mcm tu.. Time tu tak kenal dia sbg org yg bli byk rumah…

      Reply
  2. Mrs Pip says

    August 11, 2020 at 7:51 am

    Good tips.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative