Dah macam kat hotel pulak bila pintu rumah guna smart door lock… Nak masuk rumah takyah guna kunci.. touch dengan card atau guna pin code jer… atau nak guna finger print pun boleh… canggih kann.. hehehe…
Aku baru jer install smart door lock kat rumah tapi bukan rumah yang aku tinggal kat Cheras ni. Aku pasang kat homestay aku di Southville City. Senang guest boleh self chekin jer, aku just bagi code untuk diorang bukak pintu. Nak chekin tengah malam pun takde hal.
Sebelum aku pasang smart door lock, aku dah suvey banyak company tapi produk dari Dr. Smart Home ni paling ngam dengan spesifikasi yang aku nak dan juga dalam range harga mampu milik.
Sebelum aku bagi tau berapa kos untuk pasang smart door lock ni, aku ceritakan dulu macam mana smart door lock ni berfungsi dan apakah kelebihan menggunakan benda ni untuk pengusaha Airbnb macam aku.
Ada beberapa cara untuk unlock pintu iaitu :
- Unlock menggunakan access kad. Lepas installation nanti diorang akan bagi 2 kad. Kalau nak tambah kad boleh jer beli extra. Touch jer kat pintu untuk unlock.. Yang ni seperti kebanyakan hotel guna.
- Unlock menggunakan apps. Tapi yang ni sesuai untuk owner rumah jer.
- Unlock menggunakan finger print. Yang ni pun sesuai untuk owner rumah jer.
- Unlock menggunakan pin code. Yang ni aku akan explain panjang lebar kat bawah. Yang ni paling sesuai untuk orang yang buat homestay macam aku.
- Unlock menggunakan kunci. Yang ni hanya untuk emergency in case batery smart door lock ni dah habis.
Owhh haa… smart door lock ni tak perlukan sambungan wifi atau pun sambungan elektrik. Dia menggunakan 4 biji batery double A. Batery tu boleh tahan lebih dari setahun. Nak selamat, cukup setahun dah boleh tukar batery. Tak yah tunggu batery habis.
Cara creat pin code
Untuk generate pin code, aku boleh creat menggunakan apps dari mana-mana lokasi asalkan handphone ada sambungan internet. Katakan ada guest nak chekin kat homestay, aku generate pin code dan send thru wasap kat guest.
Pin code tu pulak aku boleh set valid mengikut tarikh dan masa yang aku tetapkan. Kalau lebih dari masa dan tarikh yang aku set tu, pin code tu dah tak valid.
Selain tu, aku boleh juga creat pin code untuk one time use. Contohnya, orang nak datang buat housekeeping kat homestay, aku just bagi code untuk dia masuk dalam rumah. Lepas dia selesai dan keluar dari rumah, dia dah tak boleh guna pin code tu.
Code yang kita generate dari kejauhan akan bagi combination code secara random. Kalau nak no pin yang boleh kita pilih sendiri contohnya nak guna no ic atau no fon ke, yg tu kena generate dari dekat sebab kena connect smart lock tu dengan handphone kita melalui bluetooth.
Biasa kalau nak buat permanent pin code untuk kita sendiri, sesuai la customize no pin tu supaya senang kita ingat.
Smart door lock ni boleh dianggap macam safety door jugak la sebab dia punya lock tu sangat susah untuk dipecahkan. Ada 3 mata sekali lock… Aku tak tau apa nama benda tu tapi aku sebut mata jer laa… hehehe… janji korang faham..
Lepas tu ada 1 lock extra yang dinamakan security lock. Yang tu hanya boleh di lock dari dalam. Kalau orang dalam rumah dah lock guna security lock tu, pintu memang tak boleh bukak walaupun ada pin code.
Haaa macam mana kalau handphone hilang atau dicuri?? Maksudnya boleh la orang masuk rumah dengan handphone tu kan… Hurmmm… No no no… Orang yang cipta benda ni pun mesti dah fikirkan pasal ni.. Apa yang aku kena buat adalah aku kena install apps tu kat hp lain dan login apps tu… Kemudian dari situ aku boleh logout others device supaya orang tak boleh gunakan hp tu untuk akses smart door lock aku.
Dan aku boleh batalkan semua pin code yang aku dah creat atau generate. Contoh lain kalau kad access aku hilang, aku boleh batalkan kad access tu hanya melalui phone.
Satu lagi fungsi yang ada adalah aku boleh chek rekod access dari apps. Berapa kali orang bukak pintu tu dan code siapa yang digunakan. Semua aku boleh track rekod.
Berapa harga smart door lock????
Harga Smart Door Lock jenis A3F yang aku pasang ni adalah RM599 tak termasuk installation. Caj pemasangan adalah RM150.
Tapi sebab aku nak pasang benda ni urgent dan turn untuk diorang install kat rumah aku makan masa hampir sebulan lebih. Makanya aku bayar extra RM50 sebagai urgent fee supaya dia boleh install dalam masa beberapa hari lepas aku booking benda ni. Kalau korang tak urgent, tak perlu la bayar RM50 ni. Apa pun bergantung kepada kekosongan tukang install tu.
Total Kos
RM599 + RM200 (Installation) = RM799
Tapi kos ni adalah tak termasuk akses melalui finger print. Kalau nak fungsi finger print tu active, kena bayar extra RM100… Aku rasa tak perlu pun finger print tu sebab yang penting aku nak pin code tu jer. Lain la kalau pasang kat rumah yang aku sendiri tinggal, memang aku ambik finger print tu supaya senang nak unlock.
Okeh itu jer yang aku boleh share. Korang kalau nak tahu lanjut boleh chek facebook Smart Home Malaysia. Diorang ada beberapa lagi model lain untuk smart door lock.
Hafiz Rahim says
Haa bagus. Semua fungsi ni berguna untuk homestay. Nanti aku nak pasang aku cari yang ni gak.
diana says
Sekarang homestay banyak pakai pintu gini. Pakai pin code je. Tak payah risau kunci hilang dah.
Yaya Natsumi says
Nice sharing
Kerja Sendiri says
Macam nak try pasang kat rumah sendiri lak. Lain kali dah tak payah guna kunci lagi senang.