Sekarang ni kan rasa macam tiap minggu nak pergi bercuti.. Sebabnya rate hotel banyak yang drop dan mampu milik. Kalau dulu hotel yang rate mencecah RM400/night pun sekarang dah boleh dapat dengan harga RM200/night.
Industri perhotelan memang terjejas teruk masa PKP hari tu tapi bagi merancakkan kembali ekonomi negara dan menggalakkan rakyat tempatan bercuti dalam negara, banyak pakej-pakej percutian yang sangat berbaloi ditawarkan oleh pihak hotel.
Sama macam Legoland Malaysia jugak. Diorang ada banyak promo best dan berbaloi untuk korang grab. Antaranya buy 1st night and free 2nd night. Giler best kalau dapat dok 3 hari 2 malam kat hotel mewah macam ni. Perghhh…
Baru-baru ni dapat la aku dan family bermalam lagi di Legoland Hotel. Aku dah tak ingat ni kali keberapa kitorang stay sini.. 5 kali dah rasanya kot… Dari anak sorang sampai anak dah 3…
Sebelum aku cerita panjang lagi pengalaman bermalam di Legoland Hotel masa tempoh PKPP ni, apakata korang klik dan baca dulu kisah pengalaman percutian kitorang yang aku dah tulis dalam previous post.
Aku dah cerita pasal Sealife Legoland Malaysia. Ada juga cerita tentang normal baharu di waterpark Legoland dan kalau korang nak tahu themepark Legoland masih lagi menarik ke tak time PKPP ni, korang boleh baca semua entry aku tu.
Ok jom aku share pengalaman kami. Waktu chekin kat hotel ni adalah pukul 4 petang. Proses chekin sangat lancar dan cepat. Tapi kalau lama pun takda hal sebab anak-anak seronok jer lepak lama-lama kat lobby hotel tu..
Sebelum lepas masuk ke lobby hotel, macam biasa korang akan diminta untuk chekin MySejahtera dulu dan chek suhu. Kemudian baru boleh masuk ke lobby untuk urusan chekin. Kalau ramai orang kena la beratur ikut tanda yang diorang dah buat. Tapi time kitorang hari tu takde orang lain pun..
Kalau dulu ada berjuta lego bricks kat lobby ni. Boleh la lepaskan anak-anak main kat situ sesuka hati. Tapi time PKPP ni diorang simpan semua lego bricks tu sebab nak kurangkan risiko jangkitan Covid-19. No more sharing lego bricks!
Tapi korang boleh request lego bricks kat kaunter dan diorang akan bagi lego yang dah di sanitize. Kemudian boleh la cari port kat lobby tu untuk main atau bawak naik ke bilik pun boleh. Nanti masa chekout kena serahkan balik kat kaunter, jangan bawak balik pulak.. Perhatikan anak korang supaya tak menyebok main lego budak lain. Sekarang ni tak boleh berkongsi mainan.
Okeh… Keadaan dalam bilik takda apa yang berbeza pun dengan sebelum ni. Game treasure hunt dalam bilik pun masih ada. Boleh cuba buat quiz yang diorang sediakan untuk dapatkan code peti harta karun..
Dulu memang aku la yang buat dan cari code tu, tapi kali ni aku biarkan Akiff dengan Azif yang dapatkan no kod tu. Korang boleh tengok video yang aku share kat bawah.
Hotel ni ada beberapa theme untuk dekorasi dalam bilik. Pirate, Kingdom, Adventure dan Ninjago theme. Aku dah pernah stay semua theme kecuali Ninjago. Ingatkan kali ni dapat la merasa theme Ninjago tapi tak jugak, kitorang dapat Kingdom Theme..
Bilik Legoland takde la luas sangat tapi diorang dah bahagikan kepada 2 ruang tidur berasingan untuk parents dan anak-anak. Yesss parents dapat ruang privacy sendiri sebabnya kat tengah-tengah antara ruang bilik ni ada sliding door yang boleh ditutup. Aummmm… Hahaha…
Untuk parents ada katil king yang gebu giler tu dan untuk anak-anak ada bunk bed 3 layer. Setiap ruang tidur ada tv masing-masing. Kalau nak tengok channel cartoon kena tengok tv kat ruang kids sebab kat tv parents takde kartun. Bijak kan Legoland ni…
Tapi malam tu aku dipaksa tidur kat ruang bebudak ni, Akiff dengan Azif tak bagi aku tidur dengan ummie die sebab nak suruh aku teman. Cissss… Seronok ummie dengan adik baby tido kat katil besar.
Malam tu kitorang dinner kat hotel jer sebab malas nak cari makan kat luar. Cewaahhh macam kaya sangat jer kan.. Hahaha.. Sebenarnya pakej penginapan kitorang ni ada sekali dinner di Bricks Family Resturant…
Sekarang ni kalau pergi mana-mana hotel pun memang dah tak disediakan buffet.. Semuanya ala cart atau set yang dah ditetapkan. Untuk set dinner malam tu, kitorang hanya boleh pilih main course jer sama ada Chicken Maryland atau Seafood Keowteaw. Yang side dish lain die memang akan hidangkan.
Sementara tunggu menu dikeluarkan satu per satu, bebudak boleh la main conteng-conteng dan warna alas meja tu. Diorang memang sediakan benda tu supaya bebudak leka dan lari tumpuan dari gadget. Idea ni kalau mana-mana restoran nak tiru memang bagus sangat. Alas meja tu guna kertas jer dan korang sediakan colour sekali.
Untuk menu malam tu aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang. Sumpah semua sedap giler… Keowteaw seafood tu sampai hari ni boleh terbayang lagi. Chicken maryland tu memang bebudak pulun sebab dihidangkan garing.
Menu yang tak habis korang tak boleh tapow naik ke bilik tau. Itu memang rules di mana-mana hotel. Aku sajer la cuba nasib buat perangai kampung mintak die tapow menu yang belum berusik, tapi sayang sebab tak dibenarkan. Alaaaa… Sedap kowt kalau nak biarkan membazir. Tapi dah kenyang sangat dah…. Huhuhu…
Breakfast pun kami makan di Bricks Family Resturant. Sama jugak konsepnya iaitu takda buffet dan hidangan akan dihidangkan ikut set yang ditetapkan.
Masa chekin nanti reception akan tanya slot breakfast pukul berapa kita nak turun makan. Tak boleh turun makan suka-suka hati tau sebab diorang nak manage crowd supaya tak ramai dalam satu-satu masa.
Kitorang hari tu ambik slot pukul 9 pagi dan diorang akan bagi masa 40 minit untuk menikmati hidangan sarapan pagi yang ada. Korang tak perlu bangun untuk ambik apa-apa menu. Diorang akan serve dan kalau nak tambah air atau apa, just panggil diorang.
Bila dah cukup masa nanti staff dia akan datang buat-buat tanya ada apa-apa lagi yang nak tambah ke? Gittew… Halus sangat cara die halau.. Hahaha…
Lepas settle breakfast, kitorang siap-siap untuk terus chekout sebab nak masuk themepark Legoland pulak. Parking kereta takpe boleh park jer kat hotel walaupun dah chekout sebab diorang kata bila dah verify parking, nak keluar pukul brapa pun dah tak kisah dah.
Aku rasa itu jer yang aku nak share. Sorry aku dah lupa pasal rules kat kolam renang hotel tu. Ade staff die bagi tau hari tu diorang limitkan family dalam satu-satu masa dan diorang ada bagi tempoh masa juga. Tapi aku rasa pool kat Legoland Hotel orang dah tak kisah pun sebab dah terbayang theme park dengan waterpark yang tengah menunggu.
Ok now korang klik www.legoland.com.my dan cuba tengok pakej apa yang diorang ada sekarang ni.
Leave a Reply