Rumah yang aku tinggal sekarang ni aku beli tahun 2011. Bukannya rumah baru tapi rumah yang dah dimiliki oleh orang lain. Aku beli direct dengan owner sebelum ni yang tak pernah langsung buat renovation kat rumah ni. Lepas aku masuk, satu per satu aku cuba renovate apa yang termampu supaya keadaan dalam rumah lebih selesa untuk kami sekeluarga.
Aku dah renovate bahagian dapur rumah ni… Aku pun dah upgrade kedua-dua bilik air kat rumah ni. Aku dah tukar pintu masuk utama kepada pintu jenis safety door. Aku dah pasang wardrobe dalam bilik. Aku dah beberapa kali cat rumah ni. Dan yang terbaru aku upgrade lantai rumah kepada jenis SPC Floor.

Sebenarnya aku plan nak pasang vinyl floor masa tempoh PKP hari tu. Yer laa, lama sangat dok rumah sampai tak tahu nak buat. Tapi nak dapatkan stock vinyl time tu punya la susah. Aku ada cuba contact Nii Floor iaitu pembekal lantai vinyl yang aku pernah beli dan pasang sendiri di rumah yang satu lagi. Tapi diorang pun tutup kilang time tu. Huhuhu…
Baca pengalaman kami sekeluarga DIY pasang lantai vinyl..
Tapi mujur projek vinyl aku belum on. Rupanya ada satu lagi produk yang lebih bagus kualitinya dari vinyl floor iaitu SPC Flooring.. Dari segi luaran nampak macam takde beza pun antara kedua jenis kemasan lantai ni tapi dari segi kualiti dan material adalah berbeza. Dan ofcoz harga pun berbeza..

SPC Flooring
SPC bermaksud Stone Plastic Composite. Maksudnya ianya diperbuat dari campuran batu dan plastik, kemudian dijadikan seperti kepingan kayu nipis setebal 4mm.
Yang menariknya tentang SPC Floor ni adalah pemasangannya adalah sangat mudah. Korang tak perlu ada kemahiran bertukang untuk pasang benda ni.
Sekeliling kepingan SPC Floor telah direka khas berbentuk klip dimana korang hanya klip kan sahaja kepingan tu antara satu sama lain. Tak perlu gam!!!
Yesss tak perlu letak gam. Aku tak tipu ni. Just susun, cantum dan rapatkan. Tak percaya korang boleh tengok video kat channel youtube Lan Careno. Aku dah pun kongsikan vlog + tutorial pemasangan SPC Floor secara DIY. Pergi tengok sana tapi pastikan korang subscribe dan komen channel aku tu k. (Sempat lagi promot)
Kelebihan SPC Floor
- Mudah dipasang. Semua orang boleh buat secara DIY
- Lebih berkualiti kerana material yang digunakan lebih tahan lasak
- Anti-termite. Tak perlu risau bab anai-anai
- Anti-slip. Permukaannya seperti kayu dan tak licin
- Tak menggunakan gam. Permukaan asal bawah lantai tak rosak disebabkan gam.
- Boleh dibuka dan dipasang semula.
- Pilihan design dan warna yang lebih banyak.
- Lebih cantik
- Kesan dari proses pengembangan dan pengecutan adalah lebih kecil.
Sebelum ni aku dah terfikir, kalau aku pasang vinyl floor nanti mesti bau gam kat rumah sangat kuat. Berhari-hari jugak nak tunggu bau gam tu hilang. Dah la kat rumah ada anak kecik. Risau gak bau gam ni bagi effect kat kesihatan anak-anak. Tapi mujur dengan SPC floor aku dah tak perlu risau.
Pengalaman pasang SPC Floor secara DIY
Aku pasang SPC Floor ni kat keseluruhan living dan dining area. Ruangnya takde la besar sangat pun, lebih kurang 9.5 kaki x 22.5 kaki. Sepatutnya sehari dah boleh siap tapi aku buat 2 hari baru siap sebab 1st day tu aku start projek jam 4 petang dah.
Cabaran terbesar sepanjang proses DIY ni adalah untuk pindah dan alihkan segala jenis perabot yang ada. Aku sorang nak kena alihkan sofa, meja makan dan rak buku yang ada. Mencabar jugak la sebab benda ni at least kena ada 2 orang boleh la bantu angkat benda berat sama-sama.

Lepas angkat perabot, permukaan lantai perlu dibersihkan dulu. Kena vacum, mop dan kemudian kena tunggu permukaan lantai kering sepenuhnya.

Kemudian kena hamparkan lapisan foam kat atas permukaan lantai. Part ni aku takde masalah sebab assistant aku, si Akiff dengan Azif memang berebut nak tolong bentangkan foam ni. Kemudian lepas tu baru boleh start susun dan pasang kepingan SPC Floor atas lapisan foam tu.

Cara susunan kepingan SPC floor ni ada banyak cara. Terpulang kat korang nak susun macam mana. Korang google la sendiri pilihan susunan yang macam mana korang nak buat.. Tapi kalau tanya aku, susunan bertangga adalah lebih mudah dan sesuai untuk DIY.

Ada orang tanya aku, susah tak nak potong kepingan SPC Floor ni? Jawapan aku, sangat mudah. Korang just guna pisau tukang yang boleh tukar-tukar mata pisau tu. Goreskan dan kemudian kepak untuk patahkan. Senang sangat. Korang boleh tengok video yang aku dah buat. Si Akiff pun boleh patahkan kepingan vinyl ni.
Cuma satu nak ingatkan, pastikan korang tak rapatkan kepingan ni sampai betul-betul rapat dinding. Kena bagi gap skit dalam 3mm supaya ada ruang untuk kepingan SPC ni melalui proses pengembangan dan pengecutan. Gap kat hujung dinding tu boleh suntik dengan silikon jer untuk kemaskan..


Bahagian hujung yang takde dinding pulak, korang kena letak PVC Profile untuk kemaskan bahagian tu. Cuma part ni jer la korang kena guna gam untuk lekatkan bende tu.

Ada banyak jenis PVC Profile yang aku tahu, ada yang berbentuk T dan ada yang berbentuk A dan L. Tengok kepada kesesuian.. Dan kalau korang nak pasang skirting pun boleh tapi aku tak pasang.


Finally!! Siap aku pasang sendiri SPC Floor kat rumah. Memang sangat sangat puas hati dengan hasil kerja aku.
Oh yaaa… Aku kena bagi kredit gak kat Miss Permaisuri sebab dia pun banyak bantu. Jujur cakap benda ni tak susah pun nak pasang. Kalau kami boleh DIY sendiri, korang lagi la boleh.
Berapa kos projek DIY SPC Floor?
Aku tau ramai yang nak tahu info pasal harga kan… Sebelum aku cerita kos sebenar, meh aku bagi panduan untuk korang buat budget.
Contohnya macam rumah aku ni, keluasan lantai living dan dining area adalah 9.5′ lebar dan 22.5′ panjang. Total area yang aku nak pasang SPC Floor adalah 243 kaki persegi. Untuk kira area ni better guna pita ukur supaya dapat keluasan yang lebih tepat.
Harga kasar bagi bahan sahaja adalah RM4.60 sekaki persegi. So, untuk keluasan lantai yang aku ukur tu kemudian darabkan dengan RM4.60 maka anggaran kasar adalah RM1,117.
Anggaran Kasar
243 kaki persegi x RM4.60 = RM1,117
Tapi bila korang beli nanti, die tak jual ikut keluasan tapi jual per box. Kiranya korang kena beli lebih dari keluasan sebenar..
- Setiap box ada 10 keping = 24 kaki persegi / box
- Harga 1 box = RM110/box.
Contoh macam rumah aku ni, keluasan lantai adalah 243 kaki persegi dan aku perlukan 11 box untuk cover area tu. (24 sqf X 11 box = 264 kaki persegi). Memang akan ada lebih, jangan beli ngam-ngam sebab nanti ada part nak kena potong dan buang. Sebab tu perlu lebih.
So, kos 11 box adalah RM1,210. Itu belum kira lagi kos aksesori lain macam pvc profile atau skirting jika ada. Kos penghantaran pun nak kena ambik kira, bergantung kepada lokasi korang.
Korang faham ke tak ni macam mana nak kira anggaran kos?
Alaaa tak yah pening kepala. Korang whatsApp terus dengan Nii Floor dan bagi tau berapa lebar dan panjang bilik yang nak dipasang. Nanti diorang akan bagi tau berapa kotak yang diperlukan dan berapa kosnya. Settle!
WhatsApp Nii Floor : 012-883 2362 (klik)
TAPI INGAT! Harga yang aku bagi ni adalah harga harga promosi yang aku dapat hari tu. By the time korang nak beli mungkin harga benda ni dah jadi lebih mahal atau lebih murah. Korang kena sentiasa chek social media Nii Floor untuk harga terkini sebab diorang selalu juga buat harga promosi.
Facebook : Nii Floor
Instagram : @nii_floor
Website : www.niifloor.com
Email : sales@niifloor.com
Contact : 012-883 2363
Menariknya pasang spc ni.. sejuk x kaki kalau pijak atas tu..
tak sejuk.. selesa sangat…
Dah baca ini terus rasa macam nak buat juga di rumah sendiri.
Kira-kira tu membantu juga untuk tetapkan bajet sebelum mula projek.
Terima kasih bro kongsi proses diy ini.
ya silakan buat… rs selesa sangat bil apijak dan paling best rs mcm kat hotel skit.. haha
Wahh suka camni cantik n tak licin. Senanglah boleh diy sendiri je.
Foam tu dia bagi skali ke?
bukan bagi tp kena beli.. supplier tu ada jual skali…
kalau kita mop lantai tak pe ke?Air meresap ke foam dalam tu tak?
Boleh.. Takde masalah… Air tak meresap masuk pun..
Harga dah naik rm134 sekotak. Beza jauh
Ha a laaa.. Aku br chek harga dah x sama… Korang try ushar lagi sbb harga berubah2 kekadang..
Maaf yea sye nk tanya apa tujuan “proses pengembangan & pengecutan” tu?
Pengembangan dan pengecutan tu adalah tindakan semulajadi apabila sesuatu jisim mengalamai perubahan suhu. Jadinya benda tu akan jadi mengambang dan dgn adanya ruang skit kat hujung, boleh la dia mengembang tanpa bg tekanan kat bhgn tgh penyambungan. Kalau x, nnti bhgn tgh akan mula nmpak kesan tercungkil ke atas… Haa aku explain pnjg lebar… Fhm ke x ni.. Haha
Means, utk proses ni penyudahnya kena letak silicon tu ke? Atau mmg tak boleh rapatkan langsung ke dinding since sblum tuan letak silicon tu pun ada gap kan. Tp kata tak boleh ada gap, then rapatkan jg? Acane? Hehehe
yg tepi hujung dinding tu kena ada gap supaya ada ruang utk tindakbalas pengembangan dan pengecutan… pasang silicon sbb bila berlaku pengembangan dan pengecutan, ia tak menjejaskan spc… yg x boleh ada gak tu kat tgh2.. hujung dinding shj kena ada gap sikit…
salam tuan, dlm satu kotak ada berapa keping.harga sekarang.
satu kotak tu ada 10 keping… Harga skrg rasanya dalam Rm135 sekotak..
Salam
Saya nak tanya, bahagian yg you tutup dengan silicon tu boleh ke tutup dengan pvc profile
Tq
Situ dah x muat nak selit pvc profile.. Mmg kena letak silicon jer..
Kenapa kene buat ikut susunan tangga?tak boleh ke pasang sama rata je?maksudnya sebaris and sejajar tak perlu buat susunan tangga..tak boleh ye?
boleh jer.. takde masalah… cuma aspek estetika atau kecantikan jer…
Tuan admin, ape code spc nii floor ni? S209 ke?
BUkan.. Code saya S092
Terbaik tuan! BY THE WAY, SPC banding dan Vinyl mana lagi bagus tuan?
SPC lagi bagus… sbb x merosakkan permuakaan lantai sedia ada… kalau vinyl tu akan ada kesan gam.. dr segi kualiti, spc lg selesa pijak..
Foam tu beli kat mana & berapa RM?
harga tak ingt tp dari supplier yg sama… biasanya yg jual spc ni ada jer jual foam skali…
Foam tu beli kat mana ye
beli dgn supplier yg sama.. dia ada jual gak..
Nii Floor ni ada ke penghantaran ke johor
tak sure… kena contact tanya sendiri dgn supplier tu..
Tq share nak tanye 2soalan.
Sesuai tak pasang kat bhgn dapur?
Kalau asal lantai simen, ok ke direct pasang spc ni?
sesuai jer wpun kat dapur dan lantai simen.. tp make sure surface lantai simen tu rata… kalau berombak ada tinggi rendah tak boleh.. kena ratakan dulu…
X silap kalau beli online dekat shopee harga dalam Rm70 satu kotak so better try check dekat sana kot ♀️
chek juga kualiti produk…
salam bang. nk tnya harga nii floor skrg dh mahal sket ke? sb tgk online rm150-170 …trm ksh..
Nak tanya sikit tentang foam.. Foam tu kena overlap tak dari sekeping ke atas keping sebelah?
saya buat overlap sikit… susah kalau nak bg bersambung terus…
Terima kasih utk content yg sangat menarik. insyallah nak cuba. cuma saya berpendapat, utk profile tu, sepatutnya ada satu link aluminium ataupun c-channel, utk di drill kedalam spc/lantai, dan selepastu akan di clipkan profile keatasnya. jadi x memerlukan sebarang glueing/silicone work. maafkan sy sekiranya saya silap
brpe rm yang dihabiskan seluas rumah tu
Assalamualaikum…Menarik perkongsian dan video kat youtube Tuan mengenai cara -cara pemasangan lantai SPC ini. Nak tanya yang lapisan foam tu dijual berasingan ke? Tahniah atas semangat muafakat seisi keluarga, isteri dan anak-anak. “Rumahku Syurgaku”
yup.. foam tu dijual berasingan… tp biasanya yg jual spc ade jual foam tu jgak… Alhamdulillah.. TQ tuan.. semoga bermanfaat.
A’kum, just nak tanya kalau benda berat atau tajam macam mainan budak2 atau gunting terjatuh atas spc ni, ada kemungkinan retak atau pecah tak? sebab spc diperbuat dari campuran batu-batuan dan plastik.
tak pecah pun… sbb benda ni plastic composite jgak.. tahan lasak.
salam tuan..tumpang tanya…kalau lah ada benda berat atau tajam jatuh kemungkinan akan dented x.?
Kalau bende berat macam dumbbell tu, memang akan dented or mayb pecah terus.. Sebab SPC bukan dari getah. Kalau benda tajam macam buah durian jatuh dari atas meja ke lantai, dia akan bg kesan jugak skit.