Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler

October 27, 2020 by Admin 3 Comments

Spread the love

Dah lama sebenarnya aku tengok video youtube Azfar Heri masak maggie goreng basah… Teringin tapi malas… Tapi baru-baru ni teringin tu datang bersekali dengan rajin. Makanya 10 minit kemudian hasilnya pun seperti di bawah…

Korang kalau tak terliur tengok maggie goreng basah aku ni, maksudnya korang sedang mengalami kerosakan saraf makan. Hahaha… Sebenarnya aku nak buat video masak maggie goreng basah ni hari tu tapi kalau aku buat video, masak 10 minit akan jadi 45 minit. So, tak jadi buat video sebab tekak dah teringin sangat nak makan maggie goreng basah ni.

Tapi takde video pun takda hal, aku boleh share resepi dengan korang kat dalam blog aku ni…

Maggie Goreng Basah

Bahan-bahan

1 bungkus maggie kari
1 sudu bawang kisar
1 sudu cili mesin
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap
1/2 paket perencah kari maggie
2 sudu Air
Sayur, ayam, udang, ketam atau apa jer yang korang suka

Cara-cara

  • Rendam atau rebus maggie bagi lembut.
  • Sementara tu, panaskan api dan kemudian tumis bawang kisar
  • Dah naik bau wangi, masukkan semua bahan lain tu.
  • Kemudian masukkan la udang ke.. ayam ke… sotong ke… Ikut suka nak masuk apa. Tapi aku tak advise korang masukkan telur sebab bila masuk telur terus kurang menarik. Kalau nak makan dengan telur, better buat telur mata goyang letak atas… Fuhhh…
  • Bila dah kering sikit… Masukkan maggie yang dah lembut dan juga sayur.
  • Kacau dan sedia untuk dihidang.

Sumpah sedap giler wehh… Korang wajib try. Kalau ada udang lagi mengancam. Sebelum makan pastikan ambik gambar dan tayang kat social media dulu. Nikmatnya akan berganda… Hahaha…

Selamat mencuba!

Loading

Filed Under: Food, resepi Tagged With: azfar heri, maggie goreng basah

« Install Smart Door Lock kat rumah.. Antara kelebihan yang korang perlu tahu..
Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall »

Comments

  1. Diana Rashid says

    October 28, 2020 at 2:53 pm

    sawi mana sawi?

    hahaha..

    Ni kena buat 2 bungkus ni.Mana cukup sebungkus je.

    Reply
  2. Perodua says

    February 9, 2021 at 4:40 pm

    sebelum tengok posting dah lapar, lepas tengok makin bertambah lapar.. kena buat satu ni nanti !

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative